GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB | Assalamualaikum semua! Scott Calorie Absorb direka khusus untuk penyerapan minyak yang unggul, menjaga kesihatan keluarga kita. Tisu dapur baru yang baharu dari Scott dipertingkatkan dengan lebih kukuh dan corak timbul yang kuat walaupun basah. Inisiatif Scott adalah ingin menekankan langkah praktikal masyarakat Malaysia ke arah pemakanan seimbang sepanjang bulan Ramadan yang mulia. 

Scott telah menjadi peneraju dalam menyediakan keperluan harian berkualiti tinggi selama lebih satu abad. Dikenali dengan produk kertas inovatif dan boleh dipercayai, Scott® menawarkan pelbagai penyelesaian yang direka khas untuk keperluan rumah dan perniagaan. Dengan komitmen teguh terhadap kelestarian alam sekitar, produk Scott diperakui oleh Forest Stewardship Council® (FSC®), memastikan sumber bahan diambil secara bertanggungjawab dari hutan yang diurus dengan baik. Scott terus memberikan nilai, prestasi, dan kemudahan terbaik, sambil mengutamakan kelestarian alam.

Ketika rakyat Malaysia sedang menyambut bulan Ramadan, amalan-amalan kerohanian pada bulan ini turut disertai dengan tradisi menu masakan yang digemari. Namun, dengan pelbagai hidangan yang mewah dan lazat yang dinikmati semasa iftar dan sahur, terdapat keperluan untuk menerapkan tabiat pemakanan yang lebih sihat demi kesejahteraan tubuh badan.

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB

Gerakan "Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang cara mudah dan berkesan untuk mengekalkan diet seimbang sambil tetap menikmati juadah perayaan mereka. Dengan kadar obesiti yang semakin meningkat di peringkat global dan dengan Malaysia mencatatkan kadar tertinggi di Asia Tenggara bagi penduduk dewasa yang berlebihan berat badan dan obes, inisiatif ini hadir tepat pada masanya untuk menawarkan penyelesaian yang mudah dan praktikal bagi membuatkan pemakanan yang lebih sihat itu adalah mudah sekali. Misi ini juga merupakan misi jangka panjang yang akan diperkukuhkan oleh Scott bermula pada bulan puasa ini. 

Fokus utama gerakan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan kecil tetapi berimpak besar yang boleh dilakukan oleh seseorang individu—seperti mengurangkan lebihan minyak dalam makanan—bagi memastikan manfaat kesihatan jangka panjang tanpa menjejaskan rasa atau tradisi.

Nor Syafiqah Zainal, iaitu Pakar Diet Klinikal di Avisena Women and Children’s Specialist Hospital, menekankan bahawa berbuka puasa dengan makanan yang tinggi lemak atau berminyak boleh menjurus kepada masalah pencernaan. “Walaupun kita kurang makan pada bulan Ramadan, kenaikan berat badan masih boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai pilihan makanan lazat yang menggiurkan di bazar Ramadan atau di majlis berbuka puasa, seperti murtabak, kuih, dan bubur lambuk, yang secara purata boleh mencecah 700 kalori. Semasa berpuasa, badan akan memperlahankan metabolisme untuk menjimatkan tenaga, menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan lebihan kalori sebagai lemak. 

Namun, ini tidak bermaksud seseorang perlu meninggalkan masakan-masakan tradisional. Dengan membuat perubahan kecil—seperti mengurangkan penggunaan minyak—rakyat Malaysia boleh mengekalkan tradisi masakan mereka sambil tetap memberi keutamaan kepada kesihatan mereka. Sama seperti perubahan gaya hidup lain, kuncinya adalah keseimbangan, bukan pengorbanan sepenuhnya. Penyesuaian mudah, seperti penggunaan tisu dapur, boleh menyerap sehingga enam sudu teh minyak daripada hidangan lengkap yang mengandungi beberapa jenis lauk.”

Bagi menyampaikan mesej ini terus kepada masyarakat, inisiatif ini telah turun padang ke bazar-bazar Ramadan, berkolaborasi dengan peniaga-peniaga tempatan untuk menunjukkan cara yang mudah bagi menjadikan hidangan tradisional lebih sihat. Pada 6 Mac 2025 Ruby berkesempatan hadir ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam untuk melihat sendiri bagaimana penggunaan Scott Calorie Absorb ke atas makanan kegemaran rakyat Malaysia. 

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
Kedai Ayam Singgit Mak Tiri ini membuat demo menggoreng dan mengangkat ayam. Anda boleh lihat minyak yang terdapat pada ayam goreng jika tidak menggunakan Scott Calorie Absorb. 127 kalori boleh diserap dengan Scott Calori Absorb.

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB

"Dengan bekerjasama dengan peniaga-peniaga bazar, kami menunjukkan bagaimana langkah mudah seperti menekap tisu Scott Calorie Absorb pada makanan boleh menghilangkan lebih daripada satu sudu teh minyak berlebihan. Sudah tentu, segalanya perlu diambil secara sederhana, tetapi yang pentingnya di sini adalah bagaimana Scott menawarkan penyelesaian praktikal yang sesuai dengan gaya hidup dan tabiat pemakanan sedia ada," kata Yap Li Vern, Pengurus Pemasaran Scott.

Gerakan ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ oleh Scott akan berlangsung di bazar-bazar Ramadan utama di seluruh Lembah Klang. Di bazar-bazar ini, demonstrasi memasak secara langsung akan menampilkan langkah-langkah mudah seperti menggunakan tisu dapur Scott yang menyerap 127 kalori ke atas makanan-makanan kegemaran ramai seperti keropok lekor, ayam goreng, dan pisang goreng dapat mengurangkan pengambilan minyak berlebihan tanpa menjejaskan rasa atau tekstur.

Hasilnya? Semua keenakan dan kerangupan yang disukai rakyat Malaysia masih dirasai, tetapi dengan jumlah kalori yang lebih rendah. Selain demonstrasi secara langsung, pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik di reruai, termasuk cabaran ‘Spin the Wheel’ di mana mereka berpeluang memenangi barangan eksklusif bertemakan Raya daripada Scott seperti beg tote, balang kuih, dan sampul duit raya. Menambahkan lagi kemeriahan, maskot Scott Kitchen Towel turut membuat penampilan istimewa untuk menceriakan suasana di bazar.

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
Dari kiri Mawardi Yunus, Ruby dan Amir Nanawi dengan maskot Scott Kitchen Towel dan goodie bag yang penuh dengan barang dagangan eksklusif.

Selain membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih sihat di bazar, Scott juga adalah teman yang terbaik semasa persiapan sahur dan berbuka puasa di rumah. Dengan lebih ramai keluarga memasak sendiri sepanjang Ramadan, tisu dapur Scott menawarkan cara yang pantas dan berkesan untuk membersihkan tumpahan, menyerap lebihan minyak, serta memastikan dapur sentiasa bersih dan kemas sepanjang bulan puasa.

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
Peniaga Ayam Bakar Madu Tempayan

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
Peniaga Moon Star Beef Roti Viral

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
Gerai Aneka Goreng

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
Gerai Nasi Briyani Ghafur

GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" DENGAN SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB
Gerai Karipap Bikin Panas

SCOTT KITCHEN TOWEL CALORIE ABSORB AKAN BERADA DI BAZAR RAMADAN USJ 4 


Pastikan anda mengunjungi Bazar Ramadan USJ 4 dari 13 hingga 15 Mac 2025 untuk turut serta dalam keseronokan ini! Kempen ini juga diperluaskan ke platform digital, dengan lebih 10 pencipta kandungan bekerjasama untuk mencipta serta berkongsi resipi-resipi yang sihat dan mudah sepanjang Ramadan. Sebagai bulan yang menekankan kebersamaan, kesyukuran, dan keakraban, inisiatif ini mengingatkan bahawa perubahan kecil mampu memberi impak yang besar, membolehkan semua orang dapat meraikannya dengan lebih riang, seimbang, dan sihat.

Bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadan dan Raya, satu kempen turut dijalankan di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada Promosi Raya Kimberly-Clark, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 untuk produk yang terpilih akan menerima pinggan pencuci mulut eksklusif, manakala mereka yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menyertai peraduan Gold Bar bernilai RM50,000.

"Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" dengan Scott Kitchen Towel Calorie Absorb

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama