MAGGI® MENERUSKAN TRADISI BERMAKNA SELAMA 20 TAHUN MEMPERKASA MASYARAKAT MELALUI BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN | Sejak turun-temurun, Bubur Lambuk telah lama menjadi simbol perpaduan dan keikhlasan dalam berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Sebagai jenama seisi rumah di Malaysia, MAGGI® telah memainkan peranan penting membantu keluarga-keluarga menyediakan sajian yang mengeratkan hubungan sesama insan dan menghayati kepentingan tradisi ini. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 inisiatif Bubur Lambuk MAGGI®, mengukuhkan lagi komitmen berterusan dalam menyokong usaha akar umbi dan memperkasa komuniti B40.
Sebagai sebahagian daripada usaha berskala besar ini, MAGGI® menyantuni masyarakat di lebih 280 lokasi di seluruh Malaysia untuk menyemai keharmonian dan berkongsi rezeki melalui semangkuk Bubur Lambuk yang penuh makna. Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama tukang masak berdedikasi, NGO seperti NGO Wanita Hawa Pertiwi, agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), serta para peruncit.
Melalui kolaborasi ini, MAGGI® berhasrat untuk menyediakan dan mengagihkan lebih daripada 300,000 mangkuk Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan MAGGI® CukupRasa™, agar semangat memberi dapat dirasai oleh masyarakat di peringkat akar umbi di seluruh negara. Menerajui inisiatif ini, MAGGI® terus memperjuangkan nilai keikhlasan, keprihatinan, dan tanggungjawab sosial, menyebarkan keberkatan Ramadan kepada seramai mungkin rakyat Malaysia.
Salah satu sorotan utama kempen tahun ini adalah penghargaan MAGGI® terhadap para tukang masak komuniti yang tanpa jemu menyediakan Bubur Lambuk setiap Ramadan untuk masyarakat setempat. Antara wira-wira tidak didendang ini ialah Encik Che Ahmad Bin Abd Hamid dari Kedah, yang menjadi sebahagian daripada usaha MAGGI® dalam menyokong dan memperkasakan tukang masak di seluruh negara. Sebagai tanda sokongan dan dorongan agar tradisi ini terus diwarisi, MAGGI® membantu mereka, termasuk ramai lagi individu untuk menyebarkan kasih sayang melalui penyediaan Bubur Lambuk kepada lebih ramai orang tahun ini.
Pada musim perayaan ini, MAGGI® melancarkan promosi Raya eksklusif dan peraduan seluruh negara. Pembeli yang berbelanja RM10 membeli produk MAGGI® berpeluang untuk memenangi satu daripada 10 Tajaan Rumah Terbuka Raya, setiap satu bernilai RM5,000, di samping hadiah duit raya mingguan dan harian. Rumah Terbuka ini dianjurkan untuk menyatukan hati rakyat Malaysia, mengabadikan detik-detik bermakna bersama rakan dan keluarga sambil menikmati kemesraan dan keriangan bersama-sama menikmati juadah yang dimasak di rumah dan dihidangkan pada setiap Raya.
Di samping itu, aktivasi dalam stor dan demonstrasi memasak juga akan diadakan untuk memaparkan produk dan idea resipi perayaan bagi membantu keluarga-keluarga menyediakan hidangan lazat yang menjalin kemesraan sesama insan, mencetus keseronokan dan mengeratkan silaturahim sempena Ramadan dan Raya ini. Untuk butiran lanjut, layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/ramadan-raya/.
Sebagai sebahagian daripada usaha berskala besar ini, MAGGI® menyantuni masyarakat di lebih 280 lokasi di seluruh Malaysia untuk menyemai keharmonian dan berkongsi rezeki melalui semangkuk Bubur Lambuk yang penuh makna. Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama tukang masak berdedikasi, NGO seperti NGO Wanita Hawa Pertiwi, agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), serta para peruncit.
Melalui kolaborasi ini, MAGGI® berhasrat untuk menyediakan dan mengagihkan lebih daripada 300,000 mangkuk Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan MAGGI® CukupRasa™, agar semangat memberi dapat dirasai oleh masyarakat di peringkat akar umbi di seluruh negara. Menerajui inisiatif ini, MAGGI® terus memperjuangkan nilai keikhlasan, keprihatinan, dan tanggungjawab sosial, menyebarkan keberkatan Ramadan kepada seramai mungkin rakyat Malaysia.
“Menabur budi kepada masyarakat setempat telah menjadi satu tradisi Ramadan bermakna bagi kami. Pengagihan ini mencerminkan nilai-nilai yang kami hargai— iaitu berganding bahu, mengeratkan ikatan keluarga dan berkongsi makanan yang berkhasiat. Sebagai teman setia di dapur, MAGGI® telah menjadi sebahagian daripada pelbagai sajian yang dikongsi bersama keluarga dan masyarakat, dan kami berbangga atas peluang untuk meneruskan usaha ini tahun demi tahun. Kami berbesar hati untuk berkongsi rezeki dan keriangan dengan rakyat Malaysia pada bulan yang mulia ini,” kata Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia.
“Telah lebih daripada 20 tahun saya berbakti kepada masyarakat dengan memasak Kanji (Bubur Lambuk Kedah). Setiap Ramadan, orang ramai dari jauh dan dekat datang untuk membantu memasak dan berkongsi sajian istimewa ini. Pada tahun ini, saya amat gembira dapat berkongsi lebih banyak bubur lambuk dengan masyarakat sekitar. Selagi saya sihat dan tangan saya masih kuat, saya akan meneruskan tradisi ini untuk menceriakan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan begitu ramai insan,” Encik Che Ahmad Bin Abd Hamid.
Pada musim perayaan ini, MAGGI® melancarkan promosi Raya eksklusif dan peraduan seluruh negara. Pembeli yang berbelanja RM10 membeli produk MAGGI® berpeluang untuk memenangi satu daripada 10 Tajaan Rumah Terbuka Raya, setiap satu bernilai RM5,000, di samping hadiah duit raya mingguan dan harian. Rumah Terbuka ini dianjurkan untuk menyatukan hati rakyat Malaysia, mengabadikan detik-detik bermakna bersama rakan dan keluarga sambil menikmati kemesraan dan keriangan bersama-sama menikmati juadah yang dimasak di rumah dan dihidangkan pada setiap Raya.
Di samping itu, aktivasi dalam stor dan demonstrasi memasak juga akan diadakan untuk memaparkan produk dan idea resipi perayaan bagi membantu keluarga-keluarga menyediakan hidangan lazat yang menjalin kemesraan sesama insan, mencetus keseronokan dan mengeratkan silaturahim sempena Ramadan dan Raya ini. Untuk butiran lanjut, layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/ramadan-raya/.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.