BUAT PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA KANAK-KANAK | Assalammualaikum semua! Ruby nak berkongsi pengalaman perbaharui dan buat pasport baru untuk kedua-dua anak lelaki Ruby. Apabila melibatkan urusan di pejabat kerajaan, pasti situasi tidak pasti menyelubungi diri. Walaupun dah berkali-kali perbaharui pasport. Namun kita perlu tanam sikap dalam diri kita untuk ambil peduli. Kita sedia maklum, setiap tahun pasti ada sistem baharu yang akan diperkenalkan untuk memudahkan Rakyat Malaysia.
Kalau anda keliru macam Ruby, jangan malu bertanya okay? Agar dipermudah urusan. Al maklumlah bawa anak-anak dan suami. Mesti siap siaga informasi lengkap. Pada mulanya kami ingin mencari nombor giliran melalui sistem Queue Managment System (QMS ). Tapi, cawangan Wangsa Maju ni tiada dalam senarai. Ruby nampak ada 3 cawangan sahaja ada dalam aplikasi QMS iaitu Mini UTC Keramat, UTC Kuala Lumpur (Pudu) dan UTC Sentul. Wangsa Maju dan Jalan Duta tiada.
Seawal jam 11 pagi kami ke Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Wangsa Maju. Ruby memang suka berurusan di sini. Dari awal memiliki pasport sampai la sekarang. Suami nak perbaharui pasport pun Ruby suruh dia ambil pasport yang dah siap juga di sini selepas selesai mohon di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?passportPMA.
31 Januari 2025 merupakan hari Jumaat dan Ruby fikir, mesti kurang pengunjung. Sangkaan Ruby meleset ya. Sampai di kaunter 1 terus bertanya dengan pegawai bertugas. "Assalammualaikum Tuan, saya nak perbaharui pasport dan buat pasport untuj dua orang anak lelaki saya."
Pegawai maklum kepada Ruby nombor giliran dah habis dan perlu datang kembali untuk sesi selepas Solat Jumaat. Seawal jam 2 petang dah boleh beratur. Kami pun keluar pergi makan tengahari dan siap sedia untuk Solat Jumaat pada jam 1 petang. Lepas Solat Jumaat, kami terus ke Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Wangsa Maju. Nahhhh panjang dah beratur. Masa tu baru 2:10 petang.
Pada jam 2:45 petang pintu pun di buka. Dokumen yang diperlukan memang dah ada salinan asal dan fotostat. Jadi proses pendaftaran semuanya lancar. Nombor pun diberi. Pegawai Imigresen siap asingkan dokumen dan kepilkan mengikut fail individu. Kemas dan tersusun.Sijil Lahir Kanak-Kanak Anak-Anak Perlu Hadir Sama)
MyKad Bapa atau Ibu (Ibu atau Bapa Yang Mendaftar Perlu Hadir)
Nanti 6 bulan sebelum pasport tamat tempoh kita kembali lagi ya! 2029 kami kembali. Hehehe. InsyaAllah. Masa tu semua perbaharui dalam talian sahaja. Kita hadir untuk ambil dan cap jari sahaja.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.