KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU

KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU

Ruby
0

KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU | Assalammualaikum semua! Pada 13 Jun 2024 telah berlangsung pelancaran produk baharu dari KAO Malaysia iaitu Bioré GUARD Mos Block Serum. Ia merupakan produk berbentuk serum yang menghalau nyamuk dari mendekati kita. Formulasi yang digunakan adalah berbeza dengan krim, spray atau patch anti nyamuk yang berada di pasaran. 


Ruby telah mencubanya dan teruja untuk berkongsi dengan anda semua. Bioré GUARD Mos Block Serum tersedia dalam 2 jenis wangian iaitu Fresh Lavender dan Sweet Blossom. Kedua-duanya memiliki bau yang menenangkan. Tidak berbau seperti minyak angin yang kebiasaannya kita bau terhadap produk anti nyamuk. 

KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU


KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU


KAO Malaysia turut bekerjasama dengan Kerajaan Selangor dan Takeda Malaysia untuk melindungi komuniti daripada Penyakit Bawaan Nyamuk. Inisiatif melindungi kehidupan di masa hadapan daripada ancaman Penyakit Bawaan Nyamuk, KAO melancarkan produk penghalau nyamuk baharu iaitu Bioré GUARD Mos Block Serum di Malaysia. 

KAO Malaysia telah mengumumkan pelancaran Bioré GUARD Mos Block Serum baharunya, yang dirumus dengan ‘anti-landing tech’ yang dikhususkan menghalang nyamuk daripada menghinggapi kulit manusia. Pengumuman tersebut bersempena dengan pengembangan projek GUARD OUR FUTURE di peringkat global untuk melindungi pengguna daripada ancaman nyamuk. GUARD OUR FUTURE tertumpu pada teknologi dan formulasi produk inovatif yang menyediakan perlindungan bagaikan perisai yang menjauhkan nyamuk daripada kulit manusia, dan dengan itu menghalang gigitan nyamuk.

Sebelum ini, Bioré GUARD Mos Block Serum telah diperkenalkan di Thailand sejak dua tahun lalu dan juga telah dilancarkan di Singapura, Taiwan dan Hong Kong tahun ini. Di bawah projek GUARD OUR FUTURE, KAO Malaysia akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Takeda Malaysia dalam rangkaian aktiviti yang bertujuan melindungi nyawa rakyat Malaysia daripada gigitan nyamuk dan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi.

KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU
Dari kiri ke kanan, Mr. Dion Warren, Area Head of Takeda India & Southeast Asia; Mr. Nishimaki Akira, President of KAO Malaysia Sdn. Bhd.; Mr. Nishida Masahide, President Skin Care Business, KAO Corporation; His Excellency (Mr.)Takahashi Katsuhiko, Ambassador of Japan to Malaysia; Yang Berhormat Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, EXCO Public Health & Environment, Selangor State; Mr. Kamiya Mitsutoshi, Vice President Health & Beauty Care Asia International Business, KAO Corporation; Ms. Tan Poh Ling, Vice President of Marketing, KAO Malaysia Sdn. Bhd. dan Dr. Lynette Moey, Country General Manager, Takeda Malaysia & Singapore.



“Dengan perkembangan landskap global yang pesat lagi penuh dengan pelbagai cabaran baharu, pihak kami giat memacu strategi ESG KAO Corporation, iaitu Pelan Gaya Hidup Kirei, untuk merealisasikan masyarakat yang benar-benar mampan di sementara membangunkan perniagaan dan meminimumkan risiko akibat kegiatan kami,” Masahide Nishida, Presiden Perniagaan Penjagaan Kulit, KAO Corporation Berkata semasa majlis pelancaran kerjasama antara KAO Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan Takeda Malaysia. 

“Pada 2023, kami telah mempercepatkan usaha ke arah Rancangan Pertengahan 2027 (K27) bagi merealisasikan visi kami untuk ‘Melindungi kehidupan masa depan — Kemampanan sebagai satu-satunya laluan’. Salah satu daripada usaha tersebut termasuk pelancaran Bioré GUARD Mos Block Serum baharu yang disertakan dengan projek GUARD OUR FUTURE, menggabungkan teknologi unik dan kerjasama kami dengan pelbagai pihak untuk menyelamatkan nyawa masa hadapan.”

TANGGUNJAWAB SOSIAL KAO KEPADA DUNIA


Nyamuk merupakan ancaman yang cukup berbahaya di seluruh pelusuk dunia. Berdasarkan data 2022 daripada platform dalam talian Jerman Statista, seramai satu juta orang maut setiap tahun akibat penyakit berjangkit bawaan nyamuk. Walaupun kebanyakan mangsa berada di benua Afrika, penyakit berjangkit bawaan nyamuk juga kekal sebagai isu sosial yang berleluasa di Asia Tenggara, khususnya kepada golongan kanak-kanak yang terdedah kepada demam denggi.


Projek GUARD OUR FUTURE adalah selaras dengan strategi tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) KAO—Pelan Gaya Hidup Kirei (KLP) —yang menghuraikan matlamat bercita-cita tinggi untuk masa depan dan menyediakan hala tuju terperinci untuk aktiviti ESG kami. KLP berfungsi dengan menyelitkan objektif ESG secara strategik ke dalam kegiatan perniagaan KAO, berdasarkan matlamat K27 untuk menyelesaikan isu social, di samping membangunkan perniagaan kami dan juga merealisasikan dunia yang mampan.


“Sememangnya demam denggi telah sekian lama merupakan masalah kemasyarakatan yang meruncing, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia Tenggara. Selain itu, fenomena perubahan iklim dan peningkatan urbanisasi juga telah meluaskan habitat nyamuk dan meningkatkan kejadian demam denggi dari tahun ke tahun,” kata Encik Nishimaki Akira, Presiden KAO Malaysia. 

“Sebagai sebahagian daripada komitmen KAO terhadap strateginya, kami berhasrat menggabungkan semua usaha dan mengembangkan matlamat GUARD OUR FUTURE dalam membendung dan membasmi ancaman denggi kepada komuniti kami.”

Selaras dengan komitmen KAO untuk menyelesaikan isu sosial mengikut visinya untuk melindungi kehidupan masa depan, barisan produk yang tersedia di bawah jenama Bioré dikhususkan melindungi kulit daripada pelbagai ancaman persekitaran. Perlindungan ini berdasarkan pemahaman bahawa kulit adalah "antara-muka manusia" yang menghubungkan orang kepada orang lain dan juga kepada masyarakat sepanjang kehidupan seharian. 

Berlandaskan idea untuk menyediakan lapisan pelindung tambahan di atas permukaan kulit, Bioré menawarkan rangkaian produk perlindungan kulit yang melindungi pengguna daripada pelbagai ancaman persekitaran seperti sinaran UV, haba yang terik dan penyakit berjangkit.


KAO akan mempromosikan projek GUARD OUR FUTURE untuk mencapai komitmen masa depannya, dengan matlamat mengetengahkan syarikat dalam usaha mencapai masyarakat mampan, menerusi pelbagai usaha untuk melindungi kehidupan masa depan. Dengan ini, Bioré GUARD Mos Block Serum baharu merupakan produk penghalau nyamuk berasaskan teknologi penghalau yang menjadikan permukaan kulit tidak disukai nyamuk lantas mencegah mereka daripada menghinggap dan menggigit pengguna. 

Matlamat produk tersebut bukanlah untuk membunuh nyamuk, tetapi berfungsi mengurangkan jangkitan yang disebabkan oleh nyamuk dengan melindungi kulit pengguna. Produk ini mewakili komitmen KAO untuk menyelesaikan isu social, mengikut visinya untuk melindungi kehidupan masa depan.

PROJEK GUARD OUR FUTURE DI MALAYSIA


Di Malaysia, kes denggi telah dirakam meningkat dengan ketara, dengan 123,133 kes yang telah dilaporkan bagi tahun 2023. Peningkatan ini bersamaan dengan 86.3% berbanding kepada tahun sebelumnya. Kes maut akibat denggi juga telah meningkat sebanyak 78.6%, dengan frekuensi kes tertinggi di Selangor. Pada suku pertama 2024, sebanyak 41,565 kes jangkitan dan 28 kematian akibat komplikasi demam denggi telah direkod, menunjukkan peningkatan berbanding tempoh yang sama pada 2023.


Sempena pengembangan projek GUARD OUR FUTURE di Malaysia, KAO Malaysia akan memadankan sumbangan unit Bioré GUARD Mos Block Serum yang baru dilancarkan kepada bilangan kes demam denggi aktif di negeri Selangor pada tahun 2023, iaitu 61,080 unit produk yang bernilai RM15.90 bagi setiap unit 50g, dengan nilai sumbangan berjumlah RM971,172. 

Unit sumbangan tersebut akan diagihkan sehingga Jun 2025 di semua aktiviti sempena GUARD OUR FUTURE, termasuk program dan kempen pencegahan denggi yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama agensi dan jabatan berkaitan. Pengagihan sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Julai 2024.

KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU
KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU

“Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Kesihatan Awam Negeri Selangor akan melaksanakan Program Pencegahan Denggi di Selangor bersama KAO (Malaysia) Sdn Bhd menerusi aktiviti pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai tentang ancaman demam denggi. Kami juga akan berkongsi langkah pencegahan yang diperlukan berikutan peningkatan kes demam denggi di Negeri Selangor,” YB Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Selangor berkata.


“Sebagai sebahagian daripada program ini, kami akan menganjurkan bengkel pendidikan dan aktiviti gotong-royong di sekitar Selangor bersama KAO Malaysia, berserta pengagihan Bioré GUARD Mos Block Serum kepada semua peserta. Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan kerjasama dengan pihak swasta dalam program kesihatan awam sebagai langkah strategik untuk meningkatkan tahap pemahaman masyarakat setempat ke arah pemeliharaan kesihatan awam yang lebih berkesan dan cekap. Kerjasama awam-swasta ini juga selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kesihatan rakyat Selangor sentiasa terjamin,” YB Puan Jamaliah berkata.

Mulai hari sehingga Disember 2024, GUARD OUR FUTURE akan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk:
● Menandatangani MoA dengan Kerajaan Negeri Selangor dan MoU dengan Takeda Malaysia
● Ceramah kesedaran tentang bahaya demam denggi, cara mencegah dan mengurangkan penularan, di 50 sekolah terpilih
● Tiga sesi pembersihan komuniti di kawasan wabak denggi terpilih di negeri Selangor

MENGENAI TEKNOLOGI PRODUK BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM


Bioré GUARD Mos Block Serum baharu merupakan penghalau nyamuk berasaskan teknologi penghalau yang menjadikan permukaan kulit tidak mesra kepada nyamuk. Berfokus kepada tindakan nyamuk apabila ia hinggap pada kulit, KAO telah menghasilkan penghalau nyamuk tidak berminyak lagi bertekstur ringan seperti losyen badan, yang boleh disapu secara meluas dan memberikan liputan menyeluruh pada kulit, seolah-olah suatu perisai untuk melindungi pengguna daripada gigitan nyamuk.


Produk ini melindungi pengguna daripada nyamuk dan dirumus untuk penggunaan selesa seperti serum kulit tanpa perasaan melekit. Dengan menghalang nyamuk daripada menghinggap di atas kulit pengguna sama sekali, mekanisme teknologi ini berbeza daripada penghalau serangga konvensional yang biasanya menggunakan bahan aktif meruap seperti diethyltoluamide (DEET) atau Picaridin yang mungkin mengakibatkan reaksi sensitif.

2 PILIHAN WANGIAN BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM


KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU


KAO BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM PENGHALAU NYAMUK BAHARU


Bioré GUARD Mos Block Serum baharu menawarkan perlindungan sehingga lapan jam dan boleh didapati dalam dua wangian yang menarik iaitu Fresh Lavender dan Sweet Blossom. Dijual pada Harga Runcit Disyorkan RM24.90 untuk tiub 100g. Bioré GUARD Mos Block Serum tersedia untuk pembelian di dalam talian, farmasi dan peruncit utama di seluruh negara.

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !