ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA | Assalammualaikum semua! Bermula 17 Julai 2024 sehingga 21 Julai 2024 sedang berlangsung Jerayawara Ulang Tahun Ke-95 BOH bertemakan ‘Bru Untuk Masa Hadapan’ di 1UTAMA Old Wings! Rabu hingga Ahad ini jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan sambutan ulang tahun BOH! Datang bersama seisi keluarga kerana ada pelbagai aktiviti menarik dan pastinya ada jualan promosi dari AEON!

2024, BOH menyambut ulang tahunnya yang ke-95. Meraikan legasi sebagai penanam teh Cameron Highlands yang dipercayai di Malaysia sejak sembilan dekad yang lalu, BOH terus mengembangkan visinya melalui ‘Bru Untuk Masa Hadapan’ berlandaskan nilai teras pemikiran jauh kehadapan, peka terhadap kelestarian dan hubungan sejagat ‘communiTEA’ setempat.

Detik-detik menghirup secawan teh BOH bersama insan tersayang adalah saat istimewa dalam hidup kita. Hanya secawan teh BOH mampu membawa kita menyusuri detik-detik Ummph dengan penuh kenikmatan deria rasa dan ini dapat menghubungkan kita dengan diri sendiri, rakan dan keluarga, serta alam sekitar dengan lebih erat.

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA 

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

Meraikan Ummph! BOH dengan janjinya untuk memupuk Kelestarian (SustainabiliTEA) dan Komuniti (CommuniTEA). Suasana meriah bersama BOH, pengeluar teh terbesar di Malaysia dari Cameron Highlands meraikan Ulang Tahunnya yang ke-95. Sambutan yang meriah dianjurkan di 1Utama bertemakan ‘95 dan Bru Untuk Masa Hadapan’.

Perjalanan jenama BOH selama 95 tahun bermula pada tahun 1929 apabila pengasas BOH, J.A. Russell, bersama dengan penanam veteran A.B. Milne, membangunkan ladang teh pertama di Malaya, iaitu Ladang BOH, di Cameron Highlands. Ia sewaktu Zaman Kemelesetan Besar di mana kemelesetan ekonomi telah bermula. Walaupun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat mahupun pandangan jauh Russell kerana beliau melihat wujudnya peluang besar dalam industri teh.

Nama BOH berasal daripada 'Bohea', bukit di Wilayah Fujian, yang terkenal dengan gred teh premium dalam perdagangan awal teh di China. Lantas, bermulalah sebuah legasi teh yang kukuh bertapak di Malaysia.

BOH sentiasa fokus dan komited untuk menjana semula persekitaran ladang penanaman teh dengan menerapkan prinsip kemampanan melalui setiap aspek operasi merentasi amalan pertanian, pembungkusan produk dan penglibatan komuniti di BOH.

Kesejahteraan diri menjadi pendorong utama dalam usaha mengembangkan dan memperkayakan pengalaman pengguna BOH melalui rangkaian rasa teh yang luar biasa dan berkarakter unik. Aspirasi BOH adalah untuk menambah baik kesejahteraan generasi demi generasi agar terus menjalin ikatan dan berkongsi detik-detik bermakna dalam hidup mereka dengan secawan teh BOH.

Pusat Teh BOH di Sungei Palas terkenal dengan pemandangan panorama yang menawan di kalangan pengunjung tempatan dan antarabangsa. Nikmat menghirup secawan teh akan terasa melalui pengalaman penerokaan teh yang unik.

BOH, di bawah kepimpinan dan visi mantan Pengerusi, mendiang Datuk Tristan Russell, telah memodenkan seni pembuatan teh dengan melabur dalam teknik dan infrastruktur inovatif yang meninggalkan impak perubahan terhadap operasi BOH. Sebagai sebahagian daripada sambutan ke-95 BOH, teh edisi terhad, Tristan's Reserve, telah dicipta khas sebagai penghormatan istimewa buat insan ini.

Kini, 95 tahun setelah ia ditubuhkan, BOH terus berdiri teguh dalam pasaran. Sebagai salah satu daripada beberapa syarikat teh yang masih mengawal sepenuhnya keseluruhan proses pembuatan hingga ke pemasaran teh, BOH menghidangkan teh paling segar kepada pengguna, dari 'ladang teh ke cawan teh'.

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

Caroline Russell, cucu J.A. Russell dan kini Pengerusi Eksekutif BOH, mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan dan kepercayaan luar biasa yang diberikan kepada BOH sepanjang 9 dekad ini.

"Tatkala kita maju melangkah ke hadapan, BOH sentiasa berpandangan jauh dan di samping terus prihatin untuk memelihara kelestarian (sustainabiliTEA) kami. Malah kami terus memupuk hubungan kami bersama komuniti, dalam usaha kami untuk membina masa hadapan yang lebih baik berteraskan visi Bru Untuk Masa Hadapan (Brewing for Tomorrow). Ini membentuk sebahagian daripada jati diri BOH.

"Harapan kami yang tulus ialah komuniti kami, baik hari ini mahupun hari esok, dapat membina hubungan erat dan ikatan mesra ketika mereka berkongsi pengalaman, menambah baik kesejahteraan mereka dan menikmati pelbagai detik Ummph bersama. Secawan teh BOH dapat membantu menghubungkan kita dengan diri kita sendiri, rakan-rakan dan keluarga kita, dan juga Bumi," kata Caroline.

Menyelusuri tahun-tahun perjalanannya, BOH telah mengembangkan rangkaian tehnya untuk memenuhi citarasa pelanggan di dalam dan di luar negara. Pilihan ini turut menampilkan teh hitam, teh dari satu ladang, teh hijau, teh ais, teh campuran segera, teh herba dan buah-buahan, serta teh berperisa.

Berfokuskan teh untuk masa hadapan dengan gaya hidup yang lebih sihat, BOH baru-baru ini telah mengeluarkan Imunitea, teh susu segera perisa Hazelnut pertama di Malaysia yang diperkaya dengan Wellmune®, beta glucan semulajadi terkemuka yang telah terbukti secara klinikal membantu menguatkan sistem imun.

Hari ini, BOH ditanam di atas tanah pertanian yang subur seluas 1,000 hektar di tiga ladang di Cameron Highlands iaitu Habu, Fairlie, dan Sungei Palas. BOH juga mempunyai ladang teh di Bukit Cheeding yang merupakan tempat memproses teh sahaja dan tidak dibuka untuk kunjungan orang awam. BOH menghasilkan 2.8 juta kilogram teh setiap tahun. Secara keseluruhannya, telah menghasilkan 5 juta cawan teh BOH setiap hari.

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

Mengulas bagaimana BOH telah mengintegrasikan kelestarian ke dalam keseluruhan operasinya, Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, menjelaskan, “Sebagai penanam teh yang bertanggungjawab, kami sentiasa berusaha untuk memahirkan lagi kepakaran kami dalam seni pembuatan teh. Seiring dedikasi ini, kami juga nekad untuk beroperasi tanpa merosakkan alam sekitar dan yang lebih penting, untuk menjana semula alam sekitar. Oleh itu, kami telah memulakan pelbagai inisiatif di seluruh operasi kami di mana semua ini menyokong janji BOH untuk terus mencorak masa depan yang lebih baik, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap Kelestarian (SustainabiliTEA) dan Komuniti (CommuniTEA).

“Kira-kira 45% daripada tanah kita di Cameron Highlands terpelihara sebagai hutan. Ekosistem yang seimbang ini memelihara biodiversiti dan integriti tanah..

"Antara amalan pertanian bertanggungjawab kami ialah dengan memilih hanya teh yang terbaik untuk penanaman, menanam tumbuhan anti-perosak untuk mengurangkan kebergantungan kepada racun serangga dan menanam rumput untuk menguatkan lagi tanah bagi mencegah hakisan.

"Selain itu, di pusat-pusat teh kami yang juga merupakan destinasi pelancongan popular, kami menggunakan straw kertas biodegradasi dan beg oksodegradasi manakala sisa makanan dikomposkan menjadi baja.

"Kami secara beransur-ansur menukar semua pembungkusan kami kepada bahan yang boleh dikitar semula dan terbiodegradasi serta menggunakan kertas yang disahkan oleh Forest Stewardship Council Hutan (FSC) yang diperolehi dari hutan yang diurus dengan bertanggungjawab."

“Panel solar yang dipasang di kilang-kilang kami juga menyediakan tenaga solar untuk mengurangkan kebergantungan kami kepada bahan bakar fosil dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida,” katanya. 

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

Salah satu acara utama sambutan ulang tahun ke 95 ialah inisiatif BOH Wish Tree. Komuniti dijemput untuk menulis buah fikiran mereka tentang bagaimana mereka boleh bersama-sama BOH dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk Bumi kita.

Untuk setiap ‘wish card’ yang diterima, BOH akan menyumbangkan RM 20 kepada Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) untuk menyokong usaha-usaha Biodiversiti Bandar. BOH menjangkakan untuk mengumpul 1,000 kad dan akan membuat sumbangan keseluruhan sebanyak RM 20,000 untuk membiayai pengumpulan kira-kira 500 anak benih baru. Anak benih ini akan disemai oleh TRCRC untuk aktiviti menanam pokok di masa depan, demi meningkatkan biodiversiti bandar.

Para peserta juga berpeluang untuk menghadiri bengkel pendidikan dan praktikal ‘Caring for Our Forest’ yang ditaja sepenuhnya. Ini akan diadakan di Elmina Rainforest Knowledge Centre TRCRC di Shah Alam pada Sabtu, 5 Oktober 2024, sempena Hari Habitat Sedunia 2024. Mereka juga berpeluang untuk melaksanakan pemindahan anak benih.

Sementara itu, duta jenama BOH, Fazura, telah melancarkan koleksi tudung terbaru Tudung Fazura, yang direka khas untuk Ulang Tahun ke-95 BOH.

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

Deskripsi Koleksi Teh merupakan minuman kegemaran masyarakat di seluruh dunia dari Asia, Timur Tengah, Afrika dan seterusnya ke Eropah. Budaya meminum teh yang bermula di Asia Timur sememangnya popular untuk menikmati pelbagai perisa unik dan khasiat kesihatan teh, tetapi ianya juga penting dalam amalan hidup bermasyarakat budaya tinggi.

Buat julung kalinya, BOH Tea Malaysia bekerjasama dengan FAZURA menampilkan koleksi istimewa, Mutia Unggul Tudung FAZURA. Koleksi unik ini menawarkan 10 rekaan individual corak berbunga dengan warna lembut dan kehalusan perincian yang menarik, untuk menterjemahkan secara visual setiap rasa unik teh BOH kepada jenama tudung Milik Semua. Setiap tudung FAZURA dipadankan dengan pelbagai rasa teh untuk menggamit pancaindera.

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEAULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

  1. Palas Fiora
  2. Damai Senjakala
  3. Cheeding Blossom
  4. Jelita Markissa
  5. Kirana Kamomilla
  6. Cita Bangsawan
  7. Hana Segaraya
  8. Mutia Unggul
  9. Anggun Rosa
  10. Chantik Bloom

Jangan lupa dapatkan koleksi Tudung “FAZURA X BOH” hanya bernilai RM 37 sehelai!

PENAMPILAN ISTIMEWA AZIRA SHAFINAZ PADA SABTU 20 JULAI 2024 2 PETANG

Sementara itu, Azira Shafinaz pula akan membuat penampilan pada 20 Julai dengan persembahan cukup istimewa.

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

AKTIVITI DAN PROMOSI DI JERAYAWARA ULANG TAHUN KE-95 BOH

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aktiviti dan permainan menarik dianjurkan untuk penglibatan komuniti. Jadi, ayuh kunjungi beramai-ramai dan sertai keseronokan ini.

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA

Ruby juga berpeluang berjumpa dengan Influencers Mekyunn. Terinspirasi dengan kandungan media sosial beliau yang memupuk kasih sayang dalam keluarga. 

"Selamat Ulang Tahun Ke-95 BOH! Teh BOH sentiasa di hati! "

Ketahui lanjut bagaimana BOH melanjutkan usaha supaya dapat bru untuk masa hadapan di www.bohtea.com, like Facebook BOH dan ikuti Instagram BOH dan TikTok BOH.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال