JOM SERTAI ENSANY GLOBAL PEACE DALAM PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN

JOM SERTAI ENSANY GLOBAL PEACE DALAM PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN | Assalammualaikum semua! Dalam kita meniti kehidupan harian, pasti ada insan yang lebih memerlukan bantuan. Ensany Global adalah platform sebuah institusi yang ditubuhkan di Malaysia pada 2014. Ia telah didaftarkan secara rasmi pada 2017 di bawah nombor pendaftaran (W-1239385). Objektif pertubuhan ini adalah untuk mencapai sokongan positif daripada dan kepada masyarakat global. 

Fungsi platform ini ingin menjadikan pembiayaan boleh diakses oleh organisasi sosial dan badan amal di seluruh dunia. Diterima daripada individu dan orang awam, sambil memberikan sokongan untuk sektor amal dan pembangunan. Ensany Global beroperasi secara meluas di 72 negara di seluruh dunia. Bidang bantuan tumpuan termasuk untuk anak yatim, pendidikan, kes kecemasan, penjagaan kesihatan, projek bermusim, individu yang memerlukan bantuan dan asnaf.

JOM SERTAI ENSANY GLOBAL PEACE DALAM PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN

Hari ini, pelbagai situasi kehidupan yang sedang di alami oleh masyarakat. Ruby terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan dengan cara menderma. Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap yang ambil tahu dan suka bersedekah. Melalui pengalaman kehidupan ahli keluarga yang pernah melalui zaman kesusahan, kita faham kesukaran masyarakat sekeliling. Pengalaman dan kisa-kisah itu memberi kita keinsafan dan betapa patriotiknya kita melindungi negara Malaysia. 

Kita bersyukur dapat hidup harmoni di Malaysia bersama masyarakat berbilang bangsa. Solusi lain untuk kita membantu insan-insan yang memerlukan adalah dengan menyertai Program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” yang akan berlangsung pada 30 November 2024, jam 08.00 malam bertempat di IDCC Shah Alam, Selangor. 

Menampillan selebriti popular iaitu Kumpulan Rabbani, Lah Ahmad, Mawi & Oja. Program ini juga menampilkan Sheikh Abdul Karim Al Makki merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan membaca doa dan alunan ayat-ayat suci Al Quran, dan DJ Pyan IKIM Fm sebagai pengacara program tersebut.

JOM SERTAI ENSANY GLOBAL PEACE DALAM PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN
Encik Mustafa Ahmad, PR & CSR Manager, Ensany Global Berhad.


JOM SERTAI ENSANY GLOBAL PEACE DALAM PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN
(dari kiri) Ustaz Asri Ubaidullah, Ahli Kumpulan Rabbani; Selebriti Lah Ahmad; Encik Kamal Aljeffri Albukhari, Ketua Pegawai Esekutif Ensany Malaysia dan Ustaz Azadan bin Abdul AzizAhli Kumpulan Rabbani.

JOM SERTAI ENSANY GLOBAL PEACE DALAM PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN
(dari kiri bawah) Encik Encik Mustafa Ahmad, PR & CSR Manager, Ensany Malaysia; Selebriti Lah Ahmad; Encik Kamal Aljeffri Albukhari, Ketua Pegawai Esekutif Ensany Malaysia; Ustaz Zainal Abidin Malim, Ahli Lembaga Pengarah Ensany Malaysia dan Ustaz Asri Ubaidullah, Ahli Kumpulan Rabbani. (dari kiri atas) Ustaz Zulkiflee bin Azman, Ahli Kumpulan Rabbani; Ustaz Ahmad bin Syafie, Ahli Kumpulan Rabbani; Ustaz Muhammad Rithauddeen bin Yaakob, Ahli Kumpulan Rabbani; Ustaz Azadan bin Abdul AzizAhli Kumpulan Rabbani & Ustaz Muhammad Loqman bin Abd AzizAhli Kumpulan Rabbani semasa di sidang media “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL”. 

JOM SERTAI ENSANY GLOBAL PEACE DALAM PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN
Encik Kamal Aljeffri Albukhari, Ketua Pegawai Esekutif Ensany Malaysia


“Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia komited dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan program. Kami telah lama berdedikasi dalam menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan, menyebarkan mesej kemanusiaan, dan memupuk semangat perpaduan. Dengan itu, program ini adalah manifestasi dari usaha kami untuk terus memperkukuh nilai-nilai keamanan, kasih sayang, dan persaudaraan sejagat.

Program ini diadakan dengan kerjasama rakan strategik kami Rabbani Empire Resources yang terdiri daripada ahli kumplan Rabbani sendiri. Pemilihan artis terlibat berdasarkan pencapian dan kredebiliti mereka dalam menyampaikan mesej-mesej kerohanian, kemanusiaan dan nasihat kepada peminat dan umum.

Sasaran untuk kita dapat mengumpul kutipan sepanjang Program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” adalah sehingaa RM 600,000. InsyaAllah. Sumbangan yang diterima akan diserahkan kepada Gaza City Council dan kepada RM 5 For Hunger untuk para Asnaf yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam tempatan.” jelas Encik Kamal Aljeffri Albukhari, Ketua Pegawai Esekutif Ensany Malaysia

Diharap dengan pengumuman ini dapat menarik peminat, orang ramai, rakan korporat, rakat NGO, GLC dan lain-lain untuk menyumbang dengan pembelian pakej jualan meja tersebut:

🌟 Platinum RM10,000
🌟 Emas RM7,000
🌟 Perak RM5,000
🌟 Gangsa RM3,000

(Setiap meja untuk 10 Orang).

Program Ensany Global Peace bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi satu usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang universal. Kami berharap acara ini akan memberi impak yang mendalam kepada semua yang hadir, dan juga kepada masyarakat yang lebih luas. Ia adalah peluang untuk kita bersama-sama maraikan keamanan dan perpaduan, serta menyumbang kepada usaha membantu golongan yang memerlukan.

Kepada semua rakan usahawan, Syarikat GLC, badan NGO dan orang persorangan berpeluang untuk berkerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia bagi merealisasikan program tersebut di atas agar berjalan lancar dengan jayanya melalui pakej-pakej penajaan yang kami sediakan.

Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia mengharapkan penganjuran program “Ensany Global Peace” ini dapat memberi impak kepada semua lapisan masyarakat agar cakna terhadap isu-isu kemanusiaan dan mengambil sebanyak mungkin peluang untuk kita sama-sama menyumbang kepada aktiviti yang dilakukan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia, orang ramai boleh terus menyumbang melalui no akaun seperti di bawah:

Nama : Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank : Bank Islam
No Akaun : 1416 201100 2557

Bagi anda yang ingin membuat tempahan meja atau seat program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” boleh terus berhubung dengan wakil melalui email: [email protected] atau whatsapp: 011 2059 9834. atau depatkan maklumat kami melalui Facebook atau Instagram kami (EnsanyMalaysia).

ENSANY GLOBAL MERUPAKAN PERTUBUHAN AMAL TELUS DAN AMANAH


Ensany Global adalah platform sebuah institusi yang ditubuhkan di Malaysia pada 2014. Ia telah didaftarkan secara rasmi pada 2017 di bawah nombor pendaftaran (W-1239385). Pada 2019, Ensany Global menerima pelbagai anugerah daripada organisasi antarabangsa dan tempatan yang mengiktiraf usaha kami. Dianugerahkan Sijil Kecekapan Saintifik oleh organisasi Tanggungjawab Sosial Korporat tempatan, ahli program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ensany berjaya menyelesaikan lebih 120 kes pada tahun itu, membantu komuniti dan individu yang kurang bernasib baik dalam yang situasi sukar.

Walaupun menghadapi cabaran semasa pandemik COVID-19 pada tahun 2020, Ensany Global terus berusaha untuk memberikan sokongan kepada individu yang terjejas. Pelbagai bantuan untuk pelajar, pekerja barisan hadapan dan keluarga yang terjejas akibat pengangguran akibat penutupan perniagaan. 

Dengan permulaan tahun 2023, Ensany Global melancarkan projek ecd, satu inisiatif global yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kewangan pertubuhan amal melalui crowdfunding. Projek ini melibatkan penciptaan platform dalam talian yang berfungsi sebagai platform pembiayaan kolektif.

Sebanyak 500 organisasi amal dari seluruh dunia telah menyertai, selaras dengan perjalanan kemanusiaan sebagai rakan kongsi yang dihargai. Platform Ensany telah meningkatkan keupayaan teknologinya dan memperkenalkan cara yang lebih inovatif untuk pemberian amal, seperti Gift A Donation dan Purify Income dan Program Gabungan.

Empat teras Ensany Global iaitu Interaktiviti, Kesaksamaan, Ketelusan dan Impak. Ensany Global bercita-cita untuk menjadi jambatan antara mereka yang kurang bernasib baik dan individu yang bersedia menyumbang, mewujudkan peluang untuk semua orang mengambil bahagian dalam mencapai perubahan serta membina masa depan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di:
📞 03-4131 1271 atau 011-2059 9834
Email: [email protected]

Semoga program ini mendapat keberkatan dan mencapai matlamatnya dalam membawa kebaikan kepada semua. Mari bersama-sama menyumbang dan menikmati malam yang bermanfaat untuk tujuan kemanusiaan! Setiap sumbangan anda akan membantu mereka yang memerlukan.

ENSANY GLOBAL | FACEBOOK

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال