THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR

THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Gabungan penghibur nusantara Judika dan Dato' Sri Siti Nurhaliza bakal menemui peminat pada 14 Disember 2024 anjuran Universe Gateway. Universe Gateway merupakan syarikat pengurusan acara terulung, didorong oleh pasukan berprestasi tinggi. Lokasi konsert ini diadakan di Stadium Merdeka yang penuh bersejarah dan bakal menjadi memori bersejarah buat kita semua. 

Stadium Merdeka adalah lokasi bagi detik paling bersejarah apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Merupakan mercu tanda ikonik telah dibuka kepada orang ramai pada suku pertama 2024 selepas ia ditutup sejak 2016. Stadium berkapasiti 26,000 tempat duduk ini kini gah beroperasi di sebelah menara kedua tertinggi di dunia iaitu Menara Merdeka 118.

Stadium Merdeka juga telah menyaksikan beberapa penganjuran konsert artis terkenal dunia termasuk Michael Jackson pada 1996, Linkin Park, Mariah Carey, Jennifer Lopez, My Chemical Rommance, Celine Dion, Avril Lavigne, Justin Bieber, Big Bang, FT Island, EXO, G Dragon, Leehom Wang, Jay Chou, One Republic, Tom Jones dan terkini Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Judika. 

THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Judika bergambar bersama wakil penganjur konsert The Journey of Sound iaitu Universe Gateaway dan wakil Hotel St. Giles Boulevard sebagai penaja sidang media.


Pemilihan Judika dan Dato' Sri Siti Nurhaliza adalah pilihan dari pihak penganjur Universe Gateway. Ia adalah kolabrasi istimewa yang disatukan dari maklum balas para peminat yang menginginkan gandingan mereka berdua di atas pentas berprestij. Kedua-duanya mempunyai magis tersendiri yang telah membawa kebahagiaan buat peminat dengan karya ciptaan dan nyanyian sepanjang lebih 20 tahun berkecimpung sebagai penyanyi.

Dua figura ini merupakan puspawati Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza dengan pencapaiannya sepanjang bergelar penyanyi dan pemilik vokal lelaki mantap dari Indonesia iaitu Judika. Dua pesohor dunia hiburan dari dua negara serumpun dengan dua pesona tersendiri siap siaga untuk memukau dan menggegarkan peminat di seluruh Nusantara.

Tahukah anda? Signifikasi nama tajuk konsert ini juga berkait dengan nama Judika dan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Perkataan awalan nama mereka digunakan sebagai idea tajuk konsert. Nama Judika bermula dengan huruf J dan J dijadikan sebagai JOURNEY. Manakala nama Dato' Sri Siti Nurhaliza sering dipanggil para peminat dan rakan industri sebagai Siti, maka huruf S diambil sebagai SOUND. Maka, terbitlah The Journey of Sound. 

Perjalanan seni dua figura ini sudah melebihi 20 tahun dan telah melalui pelbagai genre muzik. Jika konsert ini berjaya, penganjur berhasrat untuk membawa The Journey of Sound ke Indonesia. Sebelum ini, Judika dan Dato' Sri Siti Nurhaliza pernah membuat persembahan sepentas di majlis anugerah dan segmen medley duet di konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada Mac 2024 yang lalu. 

Kolabrasi ini bakal menampilkan kepelbagaian dan mungkin ada lagu duet yang akan dipersembahkan semasa konsert. Kejutan terbaru juga mungkin ada lagu duet baharu akan dicipta khas untuk peminat Judika dan Dato' Sri Siti Nurhaliza yang hadir di konsert nanti. Semestinya yang terbaik untuk semua.

The Journey of Sound bakal bertemu peminat di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 dengan harapan besar daripada penganjur yang mahu konsert ini menjadi tanda aras dan penutup tahun 2024 yang sentiasa melestarikan ‘persahabatan’ dua negara menerusi bidang hiburan.

THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
(Dari kiri) Encik Isaruddin; CFO Universe Gateaway; Dato' Sri Siti Nurhaliza, Penyanyi No. 1 Malaysia; Judika, Penyanyi Popular Indonesia


THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Judika

“Kami di Universe Gateway sangat berbesar hati menganjurkan The Journey of Sound yang menampilkan kolaborasi dua figura hebat dunia hiburan Nusantara iaitu Judika dan Dato' Sri Siti Nurhaliza di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 ini.

“Mungkin khalayak sudah pernah menonton Siti Nurhaliza dan Judika berduet atau satu pentas sebelum ini tapi percayalah The Journey of Sound akan menjadi panggung yang menyaksikan mereka mempersembahkan sesuatu yang di luar jangkaan anda.

“The Journey of Sound akan menjadi konsert mega daripada dua penyanyi daripada negara berbeza namun dengan tujuan sama iaitu mengukuh dan mengeratkan silaturahim peminat muzik di Nusantara,” ujar Isa yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan daripada Universe Gateaway.

“The Journey of Sound akan dipenuhi warna warni perjalanan seni dan ‘bunyi’ muzik yang telah mengharumkan nama Siti Nurhaliza dan Judika sepanjang perjalanan seni mereka,” tambah Isa lagi.

Lebih daripada itu, nama The Journey of Sound juga digunakan bersempena dengan perjalanan karier dan jatuh bangun sepanjang dua anak seni berkaliber ini mencetak sejarah dalam dunia hiburan.

THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Judika semasa sidang media konsert The Journey of Sound


Menurut Dato' Sri Siti Nurhaliza, "Persediaan masih di peringkat awal dan pihak saya dan Judika sedang dalam fasa pemilihan lagu-lagu yang bersesuaian untuk konsert kali ini. Agar konsert ini menjadi kenangan terindah buat kita semua. Kami akan berikan yang terbaik kerana setiap wang ringgit para peminat amat kami hargai. 

Senarai lagu, konsep dan siapakah Pengarah Muzik yang kami akan pilih juga masih dalam perbincangan. Di konsert ini nanti anda akan dapat lihat dua jenis susunan muzik. Malah alat muzik dari pihak Judika tidak sama dengan saya", jelas beliau.

28 tahun pengalaman Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai penghibur yang telah melakar pelbagai sejarah dan pengiktirafan serta membawa Malaysia dikenali dunia. Sementara itu, Judika atau nama sebenarnya, Judika Nalon Abadi Sihotang juga telah berkecimpung dalam industri seni selama 20 tahun. Pastinya konsert The Journey of Sound akan memberi pengalaman luar biasa. 

Sementara itu Judika melahirkan keterujaan dan berbesar hati untuk berkolaborasi dengan penyanyi yang disegani dan dihormati, Siti Nurhaliza.

THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Judika

“Tentu sahaja saya tidak punya alasan untuk menolak satu panggung bersama Dato Sri Siti Nurhaliza yang saya hormati, apa lagi berkolaborasi dengan beliau dalam sebuah konsert berjudul The Journey of Sound.

“Saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi percayalah anda akan menikmati sebuah pengalaman luar biasa di The Journey of Sound bukan hanya kerana saya dan Siti Nurhaliza selaku subjek utama tetapi bagaimana keseluruhan produksi konsert ini mempersembahkan konsep yang spektakular untuk ditonton,” ujar Judika.

 

PENYANYI PEMBUKAAN KONSERT THE JOURNEY OF SOUND BAKAL DIUMUMKAN

Seperti konsert-konsert yang kita pernah tonton, pasti persembahan dari penyanyi pilihan penganjur akan di beri mandat untuk tampil membuat persembahan sebagai penyanyi pembukaan konsert. Penampilan penyanyi semasa pembukaan konsert, Judika dan Dato' Sri Siti Nurhaliza memiliki gimik persembahan tersendiri. Ini yang memberi wow impak yang sering dinantikan oleh para penonton. 

CABUTAN BERTUAH UNTUK 10,000 PEMBELI TERAWAL

THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
Encik Isaruddin, CFO Universe Gateaway

Menurut Encik Isa, CFO Universe Gateaway, "Kami berbesar hati ingin mengumumkan berita gembira. Cabutan bertuah bakal diadakan pada hari konsert The Journey of Sound 14 Disember 2024. Caranya mudah sahaja! Jadi 10,000 pembeli tiket terawal sahaja!" 

✨ 10,000 pembeli terawal tiket bernilai RM 500 ke atas boleh menang kenderaan BMW M135i
✨ 10,000 pembeli terawal tiket bernilai RM 500 ke bawah boleh menang sebiji motosikal skuter.

Pergi konsert naik MRT, balik rumah bawa BMW. Semoga kita semua bertuah dan menang besar! 

TIKET MULA DIJUAL PADA 12 OKTOBER 2024

Jualan tiket THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR akan mula dijual pada 12 Oktober 2024 Sabtu 10 Pagi. Ia bakal menjadi fenomena jualan tiket konsert terpantas dalam sejarah. 

THE JOURNEY OF SOUND JUDIKA DAN DATO' SRI SITI NURHALIZA 14 DISEMBER 2024 DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR


Buat peminat Judika dan Dato' Sri Siti Nurhaliza jangan terlepas peluang membeli tiket-tiket dengan harga kategori bermula RM 199 (CAT 5), RM 299 (CAT 4), RM 399 (CAT 3 LOWER / UPPER), RM 499 (SEAT 3), RM 599 (SEAT 2), RM 699 (SEAT 1), RM 799 (ROCK ZONE), RM 799 (VIP ROYAL BOX), RM 899 (VIP ROCK ZONE), RM 1,199 (VIP), RM 1,299 (SUPER VIP).

Penjualan tiket EARLY BIRD akan berlansung daripada minggu pertama sehingga ketiga. Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi WWW.TICKET2U.COM.MY.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال