HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN | Assalammualaikum semua! Ruby teruja ingin berkongsi tentang majlis yang Ruby hadir baru-baru ini iaitu Majlis Khatam Al-Quran. Masa Ruby melangkah ke Melawati Convention Centre, Ruby tengok semua anak-anak, ibu bapa, guru-guru Hatimurni manis berpakaian putih. Tenang betul pemandangan hari ini. Lebih 1000 tetamu di dalam dewan ini. 

Bersempena Ulang Tahun ke-17 Harimurni, Majlis Khatam Al-Quran turut diadakan bagi meraikan penubuhan Pusat Pendidikan Agam Islam yang dipercayai oleh ibu bapa iaitu Hatimurni. Semoga terus sukses mendidik anak-anak agar mendalami Islam dengan sebaiknya pada peringkat awal usia. 

HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN


WUJUDKAN KEMBALI MAJLIS KHATAM AL-QURAN 

Hatimurni wujudkan kembali tradisi Khatam Al-Quran. Sasar bantu lebih ramai pelajar dalami ilmu agama dan Al-Quran. Masih ingat lagi ketika waktu zaman kanak-kanak kita? Ruby masih ingat sekitar tahun 1993 - 1999. Seronoknya mengaji Al-Quran di rumah ustazah. Setiap bulan pasti ada kawan-kawan Khatam Al-Quran dan edaran pulut kuning beserta rendang ayam atau daging menjadi tumpuan. Seronok bukan kepalang. 

Bukan sahaja seronok dapat makan, seronok nak mengaji bersungguh supaya Ruby pun dapat khatam Al-Quran. Masa zaman Ruby, jika sebutan dan tajwid tak betul, jangan mimpi akan ke muka surat seterusnya. Sehingga betul sebutan dan faham tanda wakaf. Bacaan lancar, baru akan ke surah seterusnya. 

Berbeza dengan zaman mak Ruby, di mana majlis khatam Al-Quran diadakan besar-besaran kendurinya. Adik beradik mak semua khatam Al-Quran pada tahun yang sama. Arwah atok akan mengetuai bacaan Al-Quran. 

Zaman yang tidak dapat diulang kembali, tetapi boleh diwarisi. Tahniah Hatimurni meneruskan tradisi majlis khatam Al-Quran. Pelajar dan Ibu Bapa Hatimurni pasti gembira. Malah majlis ini lebih lengkap dengan pengiktirafan, bacaan Al-Quran

"Tiada warisan yang lebih berharga buat anak-anak selain Al-Quran, kerana di dalamnya tersimpan petunjuk dan hikmah yang akan membimbing mereka sepanjang hayat."

Inilah yang ingin diterapkan oleh Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni menerusi Majlis Khatam Al-Quran & Anugerah Peningkatan Al-Quran Pelajar Tahun 2024 yang baru sahaja berlangsung pada 15 Disember baru-baru ini.

HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Penceramah

HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Ustazah Lily Sofizah, Johan Qariah
Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Pengasas Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni berkata, majlis ini sebagai pengiktirafan atas usaha luar biasa yang ditunjukkan para pelajar sepanjang tahun.

“Hari ini kami adakan majlis Khatam Al-Quran bagi anak-anak Hatimurni di mana seramai 295 orang yang menunjukkan peningkatan dalam bacaan Al-Quran, 45 pelajar berjaya khatam Al-Quran dan yang paling ramai adalah mereka yang menghafal Al-Quran iaitu lebih kurang 177 pelajar.

“Bagi saya ia satu pencapaian yang luar biasa untuk Hatimurni kerana kami ingin memperkasakan bahagian hafazan Al-Quran. Untuk tahun hadapan, ada modul yang akan dipakai di mana sasaran saya ialah pelajar yang masuk dari darjah satu hingga enam di mana sebaik sahaja tamat darjah enam, mereka boleh menghafal juzuk ke-30,” katanya.

Kata Ustazah Siti, kemajuan yang ditunjukkan para pelajar adalah hasil daripada konsep membaca, melihat dan mendengar setiap hari di dalam kelas.

“Saya sentuh dahulu mengenai peningkatan Al-Quran daripada Qiraati ke Al-Quran di mana saya dapati ramai pelajar darjah satu. Mereka bermula awal tahun dan menunjukkan peningkatan Al-Quran. Manakala pelajar darjah empat ke atas, tahap hafazan mereka sudah lebih dari Surah Ad-Dhuha.

“Dalam tempoh masa setahun, setiap hari mereka akan menghafal surah dan membaca bersama-sama sebelum kelas bermula. Konsep membaca, melihat dan mendengar setiap hari ini memberikan kesan luar biasa. Malah bacaan dalam solat juga menunjukkan peningkatan,” tambahnya lagi.

HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pertama kali menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, namun Ustazah Siti mahu menjadikannya sebagai acara tahunan bagi meraikan pencapaian pelajar. Malah dia mahu kembalikan kembali tradisi dahulu di mana anak-anak akan diraikan dalam majlis kesyukuran beserta dengan pulut kuning.

“Ini adalah kali pertama kami mengadakan Majlis Khatam Al-Quran secara besar-besaran dan menfokuskan kepada khatam sahaja.

“Sebelum ini, majlis Khatam Al-Quran dibuat pada bulan puasa namun kami mahukan suasana di mana anak-anak faham betapa pentingnya suasana meraikan kejayaan apabila dapat mencapai tahap tertentu.

“Bukan sekadar fokus kepada majlis konvokesyen, namun majlis Khatam ini elok diketengahkan supaya anak-anak boleh merasai bagaimana suasana Khatam Quran seperti zaman kita dahulu.

“Hari ini kami ketengahkan tradisi itu dan ia memberi impak yang besar kerana ibu bapa turut terlibat untuk menghargai anak-anak. Ia merapatkan ‘bonding’ anak dan ibu bapa itu sendiri.

“Program ini juga bersempena ulangtahun ke-17 penubuhan Hatimurni dan ini cara kami menyampaikan kesyukuran dengan meraikan anak-anak,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, tambah Ustazah Siti, setakat ini Hatimurni yang merupakan sekolah Kafa swasta hanya menfokuskan kepada pelajar 7 hingga 12 tahun sahaja.

ULANG TAHUN KE 17 HATIMURNI

Signifikasi Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan buat pertama kali ini juga bersempena ulang tahun ke 17 penubuhan Hatimurni. Tidak dinafikan suatu perjalanan yang panjang dan penuh cabaran. Namun, ia ada manisnya. Tahniah Hatimurni. 


HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Ustazah Siti Khadijah Mohni, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Tijarah Hatimurni Sdn Bhd 
(Pusat Pendidikan Islam Swasta)


Bercerita kembali detik penubuhan Hatimurni, Ustazah Siti berkata pusat pengajian ini berkembang daripada kelas mengaji sehingga tertubuhnya kelas kafa.

“Hatimurni diwujudkan pada tahun 2007 dan pada peringkat permulaan, kami fokus kepada kelas mengaji Al-Quran namun kami dapati ramai ibu bapa yang bertanyakan mengenai kelas Kafa dan transit. Kami sesuaikan strategi dengan mewujudkan Kafa dan transit. Malah pada tahun 2020 juga, Hatimurni wujudkan kelas Kafa secara online.

“Dan pada hari ini, ramai juga pelajar online yang naik ke pentas. Walaupun tidak masuk ke kelas secara fizikal, namun saya bangga kerana mereka berjaya menunjukkan peningkatan dalam pengajian Al-Quran.

“Saya sasarkan untuk bantu lebih ramai lagi pelajar secara online demi memenuhi keperluan anak bangsa dalam mendalami ilmu agama dan Al-Quran,” kongsinya.

Selain sedang giat dalam mewujudkan lagi pusat pengajian di bandar utama, Hatimurni juga dalam fasa perancangan untuk sistem francais.

“Kami juga sedang dalam perancangan untuk wujudkan center di bandar besar. Setakat ini kami mempunyai lima center dan rancang untuk sistem francais pada tahun 2025 di mana dalam masa tiga tahun, InsyaAllah kami akan ada 13 cawangan.

“Setakat hari ini kami mempunyai 1001 pelajar termasuk kelas dan online,” katanya lagi.

Hatimurni bukan sekadar tempat menuntut ilmu, namun para guru dididik untuk memberikan masa berkualiti anak-anak bersama ibu bapa di rumah.

“Saya selalu sarankan ibu bapa agar gunakan masa berkualiti bersama anak-anak selepas mereka balik sekolah. Sebab itu saya minta cikgu-cikgu di Hatimurni supaya tidak beri ‘homework’ untuk anak-anak, latihan selesaikan di dalam kelas. Apa yang saya terapkan ialah latihan biar sedikit namun mereka faham dan boleh buat,” kataya.

HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Majlis Khatam Al-Quran & Anugerah Peningkatan Al-Quran Pelajar Tahun 2024 turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Jelasnya, program yang dianjurkan mampu memberikan kesan positif kepada pelajar.

“Program yang diadakan cukup baik dan memberi kesan positif kepada pelajar dalam usaha kemenjadian pelajar. Kita perlu pastikan pelajar mampu berdikari, terbaik dan corakan diri.

“Jika hanya fokus kepada peperiksaan sahaja untuk melihat nilai, ia seolah-olah satu kerugian kepada kita. Mungkin mereka akan menjadi orang pandai, namun masa mereka hanya padat memikirkan peperiksaan. Jadi matlamat untuk lahirkan pelajar terbaik dan seimbang akan gagal,” tuturnya.

Tuan Kamaldin turut berkongsi laporan Bank Dunia di mana Malaysia ketinggalan daripada Vietnam daripada segi Pelajaran, malah pelajar Malaysia juga semakin ramai yang buta huruf.

“Menurut laporan Bank Dunia, pelajar Malaysia masih ketinggalan sedikit daripada Vietnam kerana tempoh belajar yang berbeza. Pelajar Vietnam mempunyai masa belajar yang lebih panjang berbanding pelajar Malaysia. Dan lebih ramai pelajar Malaysia buta huruf.

“Disebabkan itu, kami membuat kajian dan akan mengubah silibus dan modul pengajian pada 2027. Kami difahamkan jika hanya fokus kepada isu peperiksaan, kita akan ketinggalan untuk membina pelajar,” ulasnya lagi.

DAFTAR HATIMURNI UNTUK ANAK-ANAK KITA

Ibu ayah yang masih tercari-cari Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) bagi mengisi masa anak-anak kita dari terbuang begitu sahaja. Amat digalakkan menghantar anak-anak ke KAFA. Sebagai umat Islam, pendidikan awal usia sangat penting. Ketika ini, anak-anak mempunyai perasaan ingin tahu. Beri mereka teroka tentang Islam dan amalan sebagai Muslim sejati dari sekarang. 

Tanamkan pendidikan agama kepada anak-anak anda yang kini sudah berusia 7-12 tahun! Hatimurni menyediakan perkhidmatan Kelas Fardhu Ain, Kelas Mengaji, Kelas Transit dan Pengangkutan untuk anak-anak anda.

HATIMURNI RAI ULANG TAHUN KE-17 DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Hubungi Hatimurni di talian 014-800 2779 untuk pendaftaran ke KAFA 2025 bagi cawangan Wangsa Maju, Setiawangsa, Sri Rampai, Melawati dan Seksyen 7 Shah Alam.

Dah lebih dari 100 ibu bapa yang sudah mendaftar anak di Hatimurni untuk pengajian 2025. 

www.hatimurni.com.my

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال