MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025
Selasa, Disember 24, 2024MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 | Assalammualaikum semua! Pembukaan tahun 2025 jom kita hidupkan kembali gaya hidup sihat dengan menyertai fun run? Ruby tertarik dengan Malaysia Sarong Music Run yang bakal diadakan pada 8 Februari 2025 di hadapan Menara Berkembar Petronas.
Malaysia Sarong Music Run 2025 ialah acara yang menghimpunkan orang ramai dari semua peringkat umur untuk mempromosikan gaya hidup aktif sambil mempamerkan tawaran pelancongan Malaysia yang kaya. Larian unik ini menyerlahkan kepelbagaian budaya negara melalui laluan larian yang indah, persembahan kebudayaan, muzik tradisional, pameran kulinari, meraikan warisan dan perpaduan Malaysia dalam suasana yang meriah dan inklusif.
Acara yang dikuasakan oleh Keretapi Sarong, Locco ini mengetengahkan budaya 14 negeri Malaysia, menampilkan persembahan seperti Dikir Barat dan Wau Bulan (Kelantan), Kuda Kepang (Johor), Tarian Sumazau (Sabah), tarian tradisional Melayu dari pelbagai negeri, dan pameran lain yang meraikan warisan budaya Malaysia.
Ia juga mempromosikan hidangan tradisional dari semua 14 negeri, seperti Rendang Tok (Perak), Pasembor (Pulau Pinang), Nasi Ambeng (Johor), Patin Tempoyak dan Sambal Hitam (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu), dan pelbagai lagi menu tradisional yang mewakili keunikan setiap negeri.
Pendaftaran di buka dari 24 Disember 2024 hingga 15 Januari 2025 atau sehingga penuh. Setiap penyertaan akan memerima sehelai tshirt larian dan medal. Para peserta juga berpeluang untuk menikmati semua hidangan di sepanjang checkpoint. Larian seperti ini yang kebiasaannya di luar Kuala Lumpur pastinya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
TENTATIF PROGRAM
APA YANG ADA DI MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025?
MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 MINI KARNIVAL
Menghimpunkan pelbagai aktiviti serta jualan makanan. Jom sertai Malaysia Sarong Music Run 2025 Mini Karnival sementara menunggu flag-off larian dan setelah selesai larian.
0 comments
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.