PAKEJ UMRAH ZIARAH AWAL RAMADAN BERSAMA RABBANI | Assalammualaikum semua! Seronoknya apabila dapat menunaikan Umrah dan Ziarah pada musim yang kita semua impikan iaitu pada bulan Ramadan 2025. Waktu yang umat Islam berlumba-lumba kumpul pahala dan tidak henti meminta ampun kepada Allah s.w.t.
Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 2023. Ibu pejabat syarikat bertempat di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang ahli perniagaan berjaya yang berasal dari Baling, Kedah iaitu Ybhg Dato Abd Muin b. Abd Rahman.
Sebagai umat Islam, impian ke Tanah Suci adalah paling utama. Buat anda yang tercari-cari pakej Umrah Ziarah yang berbaloi dan mampu milik. Anda boleh dapatkan Pakej Umrah dari Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd dan Rabbani ini. Sebab mereka sememangnya berpengalaman dalam menyediakan pakej Umrah. Kolabrasi dengan Radius Worldwide mengukuhkan lagi Pakej Umrah Awal Ramadan bersama Rabbani.
Kita semua sedia maklum, Rabbani sentiasa sibuk pada bulan Ramadan untuk program berbuka puasa. Kali ini, Rabbani komited untuk bersama-sama Radius Worldwide untuk bawa jemaah ke Tanah Suci! Best kan?
Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 2023. Ibu pejabat syarikat bertempat di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang ahli perniagaan berjaya yang berasal dari Baling, Kedah iaitu Ybhg Dato Abd Muin b. Abd Rahman.
Syarikat ini ditubuhkan atas dasar ingin sama sama merancakkan perkembangan industri pelancongan dalam dan luar negara. Pencapaian cemerlang dan kepimpinan pemilik syarikat ini dalam pelbagai cabang perniagaan terutama pembuatan & pengilangan produk kecantikan, kosmetik dan kesihatan selama lebih 25 tahun merupakan nadi kekuatan Radius Worldwide Travel & Tours untuk tampil dengan tersusun supaya mampu berada sebaris dengan peneraju industri yang sudah lama bertapak di pasaran.
Bermula Oktober 2024 ini, syarikat mula mengorak langkah untuk menawarkan pelbagai pakej umrah dan juga percutian yang menarik. Penggerak utama Radius World Wide Travel & Tour terdiri daripada kakitangan dan pasukan yang berpengalaman luas dalam industri umrah dan pelancongan. Kebanyakan dari kami merupakan Pemimpin & Mutawif yang sudah lebih puluhan tahun berpengalaman untuk menyantuni jemaah umrah dan pakej percutian.
Majlis sidang media dan pelancaran Radius Worldwide Travel & Tours ini juga sekaligus sebagai pengumuman perlantikan kesemua anggota kumpulan Rabbani sebagai Duta dan rakan Kerjasama strategik bagi menyantuni tetamu Allah SWT untuk menunaikan Umrah bagi sesi 2025.
Dalam masa yang sama, majlis pada hari ini turut mewarwarkan program wakil jualan pakej umrah Radius Worldwide Travel. Melalui program istimewa ini, pihak Radius Worlwide Travel membuka peluang kepada individu individu yang berminat menjadi wakil jualan kami. Setiap wakil jualan akan dibimbing dengan bantuan dari sudut pengetahuan tentang industri umrah dan pelancongan sehingga mampu mendapat pendapatan tambahan dari mempromosikan pakej pakej umrah yang kami tawarkan.
Untuk keterangan lanjut peminat dan orang ramai boleh ke laman media sosial Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Semoga dengan kerjasama ini dapat memberi semangat dan kekuatan kepada team Radius Worldwide Travel & Tours dan kumpulan Rabbani sendiri menyantuni peminat dan orang ramai menunaikan ibadah umrah dan ziarah sambil menikmati alunan zikir dan selawat sepanjang perjalanan lawatan dengan lagu lagu sejarah di Mekah dan Madinah.
Pemilihan kumpulan Rabbani sebagai Duta dan rakan kerjasama Radius Worldwide Travel & Tours adalah berdasarkan pengalaman luas kumpulan Rabbani melebarkan sayap mereka dalam bidang hiburan mendidik jiwa ini sehingga mendapat sambutan di dalam dan luar negara juga terhadap percapaian mereka dalam program anugerah yang berprestij.

Menurut Ustaz Azadan Rabbani, "Penerimaan sebagai Duta adalah kerana syarikat yang masih baru dan di dalam syarikat mempunyai pasukan yang berpengalaman. Malah Rabbani juga mempunyai 27 tahun pengalaman dalam industri ini. Sebagai duta, Rabbani tidak terkecuali terlibat dalam pengurusan, pemasaran dan persiapan.
Umrah ini adalah perjuangan. Ia bukan membawa jemaah sahaja. Kami perlu hertanggungjawab dalam mendidik jemaah. Melalui mesej dari lagu nasyid kami. Jemaah juga dari pelbagai latar belakang, ada yang pertama kali menunaikan Umrah, ada yang sudah travel banyak negara dan ada yang memang banyak kali menunaikan Umrah.
Pengurusan yang berbeza dari syarikat yang pernah kami bekerjasama juga kami telah melalui. Apa yang pasti, kami semua berniat untuk memudahkan jemaah. Cabaran Umrah bukan hanya di Malaysia, malah di negara Arab juga ada cabarannya.
Jemaah perlu membuat ulangkaji tentang pakej. Perbezaan "full board" pun perlu tahu. Penyediaan makanan adakah perlu atau tidak juga perlu ambil tahu. Jangan hanya murah, anda terus beli pakej. Jika menunaikan Umrah pada bulan Ramadan sememangnya banyak penjimatan kerana kita berpuasa dan boleh berbuka di Masjidil Haram. "
Menurut Ustaz Azzadan lagi, "Masalah teknikal seperti pertukaran hotel, penerbangan tertangguh dan servis yang tidak dapat diberikan oleh agensi perlu diselesaikan dengan lebih awal. Sebagai contoh memaklumkan lebih awal kepada jemaah, jarak hotel dan Masjidil Haram lebih kurang 500 meter atau setaraf. Jadi jemaah akan lebih bersedia. Apa yang penting amal ibadat kita di sana.
Umrah Awal Ramadan 2025 merupakan projek kali ke-2 buat kumpulan Rabbani yang buat pertama kali pada 2007. Pastinya ini adalah saat yang terbaik kita menyambut Ramadan di sana.
Semoga kolaborasi ini memberi suntikan dan semangat kepada peminat dan orang ramai berusaha menunaikan ibadah umrah walaupun sekali dalam hidup mereka dan mengambil peluang menginsafi diri kita sebagai hambanya dan mencari keredhaannya."
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI akan bermula dari 21 Feb hingga 4 Mac 2025. Pakej 12 hari ini merangkumi perjalanan Umrah ziarah dan jemaah akan merasai 3 hari pertama Ramadan di bumi Madinah iaitu pada 3 hari terakhir keberadaan jemaah umrah sebelum pulang ke tanah air Malaysia.
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI akan bermula dari 21 Feb hingga 4 Mac 2025. Pakej 12 hari ini merangkumi perjalanan Umrah ziarah dan jemaah akan merasai 3 hari pertama Ramadan di bumi Madinah iaitu pada 3 hari terakhir keberadaan jemaah umrah sebelum pulang ke tanah air Malaysia.
Dalam masa yang sama, majlis pada hari ini turut mewarwarkan program wakil jualan pakej umrah Radius Worldwide Travel. Melalui program istimewa ini, pihak Radius Worlwide Travel membuka peluang kepada individu individu yang berminat menjadi wakil jualan kami. Setiap wakil jualan akan dibimbing dengan bantuan dari sudut pengetahuan tentang industri umrah dan pelancongan sehingga mampu mendapat pendapatan tambahan dari mempromosikan pakej pakej umrah yang kami tawarkan.
RADIUS WORLWIDE BERDAFTAR DENGAN MOTAC
Memahami kerisauan para jemaah, ahli keluarga dan tular isu penipuan dalam industri pelancongan. Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd memiliki lesen perniagaan pengendalian pelancongan luar negeri bagi Umrah dan Ziarah. InsyaAllah Umrah anda tip top diuruskam oleh mereka.
Untuk keterangan lanjut peminat dan orang ramai boleh ke laman media sosial Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.