RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO

RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO | Assalammualaikum semua! Setibanya di Jepun. Kami mencari makan tengahari selepas simpan bagasi di APA Hotel & Resort Ryogoku Eki Tower. Daftar masuk hotel pada 3 petang dan daftar keluar pada 10 pagi. Jadi, solusi yang ada adalah dengan mohon bantuan staff hotel untuk menjaga bagasi kami. 

RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO

RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO

RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO

Perut ni dah lapar sangat sebab dah pukul 11:30 pagi. Makanan terakhir kami adalah dari Moslem Meals yang disediakan oleh Japan Airlines iaitu 2 jam 30 minit sebelum mendarat di Narita Airport. Sekitar 3 pagi macam tu. 

Kami menggunakan Google sahaja untuk mencari restoran makanan Halal. Mana yang buka dan boleh berjalan terus ke restoran. Kami pergi ke Restoran Ayam-YA Halal Ramen Tokyo. Dari APA Hotel & Resort Ryogoku Eki Tower ke Restoran Ayam-YA Halal Ramen Tokyo hanya 2 kilometer. Nampak dekat sangat dalam Google Maps. 

APA HOTEL & RESORT RYOGOKU EKI TOWER

Ini adalah kali pertama kami berjalan kaki di Japan. Udara segar, laluan pejalan kaki yang selamat. Penduduk tempatan juga berjalan di sini. Ada juga berbasikal. Hari yang biasa bagi masyarakat Jepun. Perjalanan kami melalui Yasuda Garden. Terkejut kami melihat taman di tengah kota yang bersih begini. Di sebelah taman ini, ada Japanese Sword Museum. Kami tak berkesempatan pergi sebab perut sudah lapar. 

Meneruskan perjalanan dengan pemandangan berbeza dari Malaysia. Betapa selesanya berjalan kaki di sekitar taman perumahan. Melalui Yasuda Gakuen Junior & Senior High School, melintasi Kuramae Bridge dan menyaksikan keindahan Sumida River. Sungai yang jernih dan ada aktiviti pelancongan juga. 

SUMIDA RIVER, JAPAN

TOKYO SKYTREE

TOKYO, JAPAN

LION JAPAN

KIRAMAE POLICE CAR


Kami teruja melihat kenderaan Polis di Jepun. Sempat bergambar di Kiramae Police Station. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan teruja dengan trafik light ada bunyi burung berkicau. Menariknya! Pastinya OKU Penglihatan mudah untuk melintas jalan apabila mendengar bunyi burung sebegini. 

Kami melintas melalui Shinbori Street dan kemudian berjalan di kawasan rumah di kawasan ini. Nampak kedai alat tulis ink stand. Wah dalam lorong kecil macam ni pun ada kedai beroperasi. Bagus betul. Ruby tertarik melihat ibu bersama anak beriadah di Kojima Children's Playground. Landscape di Jepun ini mengetengahkan kehijauan alam walau di mana kita berada. Kesibukan aktiviti harian tidak seharusnya menjadi alasan untuk jauh dari aktiviti beriadah. 

FAMILY MART WHITE RICE

FAMILY MART JAPAN

Jauh juga perjalanan kami demi Ayam-YA Halal Ramen Tokyo, kami kena bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Nampak Family Mart di Saemonbashi Dori Street. Kami masuk dan mencari nasi putih. Terus beli! Beli yang bundle pula tu. 300gram x 6 bungkus. Berat! Hahaha. Masa ni kami tak meneroka lagi Ryogoku Station dan sekitarnya. 

Itu Ruby cerita nanti okay? Betapa dekatnya Lawson, 7-Eleven, Family Mart dan NewDays. Kahkahkah. Kami meneruskan perjalanan dan melalui Lawson pula. Tahan diri, dari masuk. Sebab nak makan dulu. Jalan ke Ayam-YA Halal Ramen Tokyo. Gembira ya amat! Restoran nampak tenang dari luar. Tapi!

RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO
RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO

Benarlah bagai di kata. Kalau ke Jepun, semuanya kena beratur. Ruby ambil masa sekitar 15 minit juga untuk mendapat tempat duduk. Konsep membuat pesanan di sini menggunakan mesin layan diri. Oleh kerana kelam kabut sikit nak baca menu dan nak menunggu kerusi, Ruby dan suami pesan menu yang sama. Sebab kami dah lapar sangat. Campur penat berjalan dari APA Hotel & Resort Ryogoku Eki Tower. Gigih kan?

RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO

RESTORAN AYAM-YA HALAL RAMEN TOKYO
Kami menikmati Tori Ramen Shoyu JPY 990 dan Jus Oren JPY 300. Jumlah JPY 2,580. Sekitar RM 73. 


Pada pendapat kami, menu ni bersesuaian dengan cuaca sejuk di Tokyo yang pada ketika ini 15°C. Kami memilih jus oren sebab ingin menambah Vitamin C. Rasa macam nak selsema pula kan. Selepas makan, kami tidak tahu kemana arah kami ingin pergi. Masa masih berbaki lagi 2 jam untuk kami daftar masuk hotel. 

Kami rasa tidak dapat bertahan dengan cuaca sejuk begini. Jom shopping dekat Uniqlo dan GU di EUNO. Hahaha! Kami jalan kaki lagi! Nantikan kisah itu di blogpost seterusnya. Terima kasih sudi baca! 

Percutian kami ke Tokyo, Jepun adalah hadiah daripada peraduan "Count Me! Contest for Spring Season" yang kami sertai. Ia merupakan peraduan yang dianjurkan oleh AEON Mall Malaysia bersempena Ulang Tahunnya yang ke-40. Kami menerima tiket penerbangan pergi balik Japan Airlines (KLIA1 - Narita Terminal 2 / Narita Terminal 2 - KLIA1) dan penginapan di APA Hotel & Resorts Ryogoku Eki Tower. Terima kasih AEON Mall Malaysia. Syukur alhamdulillah.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال