RESTORAN TEPPAN MARU-TAKE MENYEDIAKAN HIDANGAN AUTENTIK OSAKA JEPUN CHEF TAKESHI WADA | Assalammualaikum semua! Peminat hidangan masakan Jepun sudah semestinya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kita mengenali Sushi, Teppanyaki, Tempura, Omakase, Salmon, Edamame, Tamagoyaki iaitu Telur Gelung, Chicken Katsu, Chicken Karaage, Takoyaki, Okonomiyaki Teh Hijau, Matcha, Yuzu dan banyak lagi.
Tanpa disedari, ia sebenarnya "comfort food" kita rakyat Malaysia. Ada suatu ketika, kita jadi mengidam Sushi, Okonomiyaki dan Edamame. Kita beruntung di Malaysia semakin banyak restoran hidangan masakan Jepun tersedia. Mereka terkenal dengan kualiti dan tahap kebersihan dalam penyediaan makanan. Malah ada yang patuh dengan piawaian HALAL JAKIM.
Walaupun ada yang tidak mendapat pensijilan HALAL JAKIM kerana penjualan alkohol. Namun, pembekal bahan mentah dari syarikat HALAL dan di dalam bahan masakan tiada unsur khinzir. Sedaya upaya mereka ingin berkongsi citarasa Jepun kepada rakyat Malaysia yang sudah tentu majoriti masyarakatnya beragama Islam.
Ruby ingin berkongsi tentang restoran hidangan Jepun yang kami cuba pada November 2024 yang lalu. Kalian sedia maklum di The Exchange (TRX) terdapat banyak restoran. Kami sebenarnya buntu nak makan apa di mana, sehinggalah kami masuk ke dalam SEIBU Foodhall Dining dan nampak Restoran Teppan Maru-Take. Restoran ini diklasifikasilan sebagai Pork Free kerana terdapat penjualan alkohol. Jangan bimbang, semua alkohol dijual dalam cawan berasingan.
Teppan Maru-Take ini diasaskan oleh Chef Takeshi Wada dari Osaka, Jepun. Beliau memiliki kepakaran lebih 15 tahun dalam dunia masakan. Restoran ini berkonsepkan minimalis neutral dan desa, kita akan berasa selesa macam di rumah Jepun. Malah, anda juga boleh melihat chef memasak melalui tingkap kaca.
Di Teppan Maru-Take, Okonomiyaki menjadi tumpuan utama. Okonomiyaki adalah makanan comfort food Jepun yang digemari seluruh dunia. Malah digelar Pizza Jepun.
Teppan Maru-Take menyediakan 11 variasi Okonomiyaki untuk anda pilih. Original Okonomiyaki yang kami cuba adalah adunan harmoni jagung manis, kubis dan chicken ham. Okonomiyaki Set ini juga boleh dikongsi bersama seisi keluarga.
Teppan Maru-Take juga menghidangkan pelbagai jenis hidangan Jepun yang lain bagi memenuhi citarasa pelanggan. Lihat sahaja menu di sini! Rambang mata nak pilih!
TEPPAN MARU-TAKE
C-15, C.DS, Seibu Department Store,
TRX Tun Razak Exchange,
Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11AM - 10PM
Dibuka setiap hari
Instagram : @teppanmarutake