STARA MAHU LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH FOKUS AKADEMIK DARI AWAL USIA

STARA MAHU LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH FOKUS AKADEMIK DARI AWAL USIA | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby telah menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang STARA yang bertujuan menghargai dan meraikan kecemerlangan murid-murid STARA dan Ibu Bapa yang sentiasa menyokong dan percaya kepada STARA. STARA merupakan tuisyen online khusus untuk murid sekolah rendah, darjah 1 sehingga darjah 6.

Hari Anugerah Cemerlang amat dinantikan oleh pelajar dan ibu bapa. Jika kebiasaannya hanya pihak sekolah sahaja yang mengadakan majlis ini. Kini, pihak pusat tuisyen dalam talian STARA juga mampu memberi penghargaan kepada pelajar STARA. 

Ini bukan sahaja dapat memberi penghargaan, ini juga pengiktirafan kepada pelajar yang bertungkus lumus belajar dan konsisten fokus sepanjang sesi akademik pada tahun tersebut! Tahniah buat semua penerima anugerah. 

STARA MAHU LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH FOKUS AKADEMIK DARI AWAL USIA


TEKNIK PEMBELAJARAN DI STARA LEBIH KREATIF


STARA wujud dari impian Madam Ieka yang ingin memberi pendidikan kepada pelajar tidak kira dari berlainan latar belakang walau di mana mereka berada. Ramai pelajar pandai, tapi kurang keyakinan diri. Di STARA, kami ingin gilap diri mereka agar lebih fokus. Pelajar di sekolah rendah dari 7 tahun hingga 12 tahun masih belum ada keyakinan untuk membuat keputusan. STARA ingin pelajar ini tahu peperiksaan tahunan ini penting. Perlu dapat A untuk semua pelajaran, bahagiakan Ibu Ayah yang telah berkorban dalam memberi pendidikan yang terbaik. 

STARA MAHU LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH FOKUS AKADEMIK DARI AWAL USIA


Seramai 15 orang tutor yang mengajar di STARA. Kesemua guru ini berkelulusan Universiti dan bekerja sebagai Guru Sekolah Rendah dan Pensyarah Universiti. Kelas di STARA bermula hari Isnin hingga Khamis pada jam 8 malam hingga 10 malam. Setiap subjek mengambil masa 1 jam sahaja. 

Di STARA, setiap sesi pembelajaran menggunakan pendekatan visual yang menarik minat para pelajar. Perlu diingatkan bahawa pelajar ini semua masih kanak-kanak. Untuk menarik minat, fokus dan komitmen mereka. STARA perlu lebih kreatif dan bersiap sedia dengan soalan-soalan dari pelajar. Malah, kenapa jawapannya begitu juga turut diterangkan. Agar pelajar faham dan lebih seronok belajar. 

PELAJAR ISTIMEWA JUGA LAYAK MENYERTAI STARA


Pelajar Istimewa juga ada di STARA, STARA ada pelajar Dyslexia yang memerlukan perhatian. Namun, tutor akan menasihati ibu bapa untuk anak istiewa ini fokus dari awal pelajaran mereka. Sebagai contoh jika anak ini tidak boleh faham dan mereka bergelut untuk memahami silibus. Pihak STARA akan maklum kepada ibu bapa untuk memulakan pembelajaran dari awal seperti kelas dari Tahun 1 agar dapat kukuhkan asas setiap subjek. Jika sudah mahir, tutor akan maklum untuk ke kelas tahun seterusnya. Beri peluang kepada anak-anak untuk memahami subjek tersebut terlebih dahulu. 
 

3 PENGIKTIRAFAN SEMASA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG STARA


Buat julung kali Anugerah Cemerlang STARA diadakan pada tahun 2024 setelah 5 tahun ditubuhkan. Ini merupakan langkah bagi memberi penghargaan kepada pelajar dan dalam masa yang sama mereka akan gembira dengan anugerah pencapaiaan yang mereka terima. 

ANUGERAH BINTANG STARA

Anugerah Bintang Stara merupakan anugerah istimewa yang merangkumi semua aspek prestasi pelajar dan pemilihan adalah dari penerima-penerima Anugerah Aspirasi Stara dan Anugerah Icon Stara. Cemerlang dalam akademik dan sahsiah. Anugerah ini merupakan hadiah kejutan dan tiada makluman kepada pelajar, ibu bapa dan penjaga. Pelajar yang menerima Anugerah Bintang Stara akan menerima Sijil dan Trofi. 

STARA MAHU LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH FOKUS AKADEMIK DARI AWAL USIA

ANUGERAH ASPIRASI STARA

Anugerah Aspriasi Stara merupakan anugerah buat pelajar yang konsisten peningkatan dalam pembelajaran, hadir setiap kelas sepanjang tahun dan menjadi lambang aspirasi terbaik kepada rakan-rakan. Pemarkahan dari tercorot di Sekolah Kebangsaan meningkat naik kepada cemerlang. Pelajar yang menerima Anugerah Aspirasi Stara akan menerima Sijil.

ANUGERAH ICON STARA

Anugerah Icon Stara merupakan anugerah kehadiran dan komitmen pelajar dalam menghadiri setiap kelas sepanjang tahun. Setiap sesi kelas, pelajar hadir awal, sentiasa buka kamera, menjaga adab di dalam kelas dalam talian dan sahsiah terpuji. Selain itu, pelajar ini juga contoh terbaik kepada rakan-rakan. Pelajar yang menerima Anugerah Icon Stara akan menerima Sijil.

HARAPAN DAN VISI STARA

STARA ditubuhkan pada 2019 oleh Nurul Atieka Binti Mohamad Zahari (Madam Ieka) yang berasal dari Pahang. Madam Ieka meninggalkan kerjaya professional sebagai Pegawai Bank dan pada tahun 2020 platform STARA diwujudkan. Nama STARA di ambil dari nama bintang dan Madam Ieka menginginkan semua pelajar STARA mendapat A dalam semua matapelajaran. Dari STAR A, ia menjadi STARA. 

STARA MAHU LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH FOKUS AKADEMIK DARI AWAL USIA


Sebagai Principal STARA, Madam Ieka juga Ibu kepada seorang anak yang aktif dan ceria. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dengan kepakaran dalam membantu kanak-kanak sekolah rendah.

Setiap hari, beliau memulakan tugasnya dengan satu misi: Membimbing anak-anak untuk menemui potensi sebenar mereka. Ketika dunia beralih kepada pembelajaran digital, Madam Ieka mengambil langkah berani untuk memanfaatkan teknologi demi memastikan murid sekolah rendah dapat belajar dengan lebih mudah, di mana sahaja mereka berada.

Dengan moto knowledge matters, STARA telah membantu lebih daripada 25 ribu murid bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga meningkatkan keyakinan diri mereka.

Madam Ieka merancang untuk membawa STARA ke peringkat yang lebih tinggi dengan memperkenalkan program-program seperti kem pembelajaran interaktif, kelas keyakinan diri, dan sokongan tambahan untuk murid.

Beliau juga ingin melahirkan lebih ramai murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai daya saing dan keberanian untuk menghadapi masa depan.

PAKEJ-PAKEJ KELAS DALAM TALIAN STARA 2025

Ibu Bapa dan Penjaga pelajar darjah 1 sampai darjah 6 boleh mula memilih pakej yang bersesuaian untuk para pelajar. 

STARA MAHU LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH FOKUS AKADEMIK DARI AWAL USIA

PAKEJ ELITE

RM145/bulan
•⁠ ⁠5 subjek/bulan
•⁠ ⁠20 sesi sebulan
•⁠ ⁠Bahan pembelajaran disediakan
•⁠ ⁠⁠Rakaman kelas tanpa had
•⁠ ⁠⁠12x kem percuma Jan - Dis

PAKEJ VIP

RM199/bulan
•⁠ ⁠5 subjek/bulan
•⁠ ⁠20 sesi sebulan
•⁠ ⁠Bahan pembelajaran disediakan
•⁠ ⁠⁠Rakaman kelas tanpa had
•⁠ ⁠⁠12x kem percuma Jan - Dis
•⁠ ⁠⁠12x class percuma “Speak With Confidence”
•⁠ ⁠⁠Skema & jawapan trial UPSA & UASA

PAKEJ PREMIER

RM299/bulan
•⁠ ⁠5 subjek/bulan
•⁠ ⁠20 sesi sebulan
•⁠ ⁠Bahan pembelajaran disediakan
•⁠ ⁠⁠Rakaman kelas tanpa had
•⁠ ⁠⁠12x kem percuma Jan - Dis
•⁠ ⁠⁠12x class percuma “Speak With Confidence”
•⁠ ⁠⁠Skema & jawapan trial UPSA & UASA
•⁠ ⁠⁠Group coaching mingguan

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN STARA

STARA komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti buat pelajar. Platform pembelajaran menggunakan aplikasi Google Meet yang mampu memuatkan 1000 Pengguna dalam satu-satu masa.  
 
Rekod kelas boleh di tonton semula selepas kelas. Pihak STARA akan memuat naik ke Youtube Channel khas yang hanya boleh diakses oleh pelajar-pelajar STARA.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke Stara, boleh layari laman facebook rasmi STARA atau hubungi 0182244357 untuk pertanyaan.

"Setiap anak berhak untuk bersinar, dan dengan bimbingan yang betul, mereka boleh capai apa sahaja"

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال