WAJAH BERSERI-SERI DENGAN MANJA BERRIES

WAJAH BERSERI-SERI DENGAN MANJA BERRIES | Assalammualaikum semua! Amalan mengamalkan makanan pengganti memjadi semakin popular di kalangan di seluruh dunia. Konsep yang lebih mudah diamalkan dan pengguna boleh memilih produk berdasarkan matlamat gaya hidup masing-masing. 

Umum mengetahui manfaat produk berasaskan beri. Namun buah-huahan tersebut sukar untuk diamalkan secara harian dan paling bimbang adalah pertukaran musim. Kini anda tidak perlua bimbng lagi. Ada produk MANJABerries yang setia menemami anda! 

WAJAH BERSERI-SERI DENGAN MANJA BERRIES

Memikirkan sukarnya mendapatkan produk makanan tambahan yang `natural’ membuatkan, Founder produk MANJABerries, Norhasmiza Md Ghaus terpanggil untuk menghasilkan produk sendiri yang berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

“Mak saya merupakan testimoni pertama kami, dimana dia mengalami masalah tumit kiri dan kanan kaki yang sering melepuh dan bernanah. Dalam masa tiga hari dah tunjuk perkembangan yang cukup memberangsangkan dan ini menyakinkan saya untuk mengeluarkan produk tersebut.

“Selepas itu saya sendiri mencubanya selepas lebih enam bulan melalui tempoh R&D. Saya juga ada masalah kulit muka yang agak teruk, jeragat, ada beberapa kesan lubang jerawat di hidung yang besar, liang pori yang besar dan bila mekap memang akan ketara lubang tersebut.

“Waktu itu memang saya tak kisah, sebab saya nak tunjukkan pada pengguna perubahan wajah saya dari awal sebelum gunakan produk MANJABerries dan selepas. Waktu itu saya buat live tik tok setiap hari hinggakan ada orang yang bertanya saya tak tidur atau tak makan ke?

“Sebenarnya waktu tiga bulan terawal sebelum produk ini meletup, tak ada siapa pun yang melihat saya bersiaran di Tik Tok. Namun saya tak kisah kerana saya memang nak tunjukkan wajah saya sebelum dan selepas gunakan produk keluaran sendiri.

Menurut Norhasmiza, tiga bulan awal bersiaran, dia hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja.

“Setiap hari sepanjang tiga bulan pertama itu, dari jam 9 pagi hingga 10.30 pagi saya akan mula bersiaran. Berhenti pun selama 30 minit dan lepas tu saya akan sambung balik kerja dari jam 11 hingga 1 tengahari dan seterusnya hingga jam 12 tengah malam atau 1 pagi. 

"Waktu itu saya buat macam masuk kerja mempromosikan produk tersebut live di Tik Tik, 

“Masa awal tiga bulan itu memang tak ada siapa yang nak beli produk yang saya jual. Masuk bulan kedua, mereka dah mula nampak perubahan kulit wajah saya yang semakin bersih dan lembab membuatkan mereka berminat membeli produk yang saja jual. Mereka dah mula nampak kulit saya semakin lembab, jerawat kecut, jeragat dan melasma di muka pun semakin pudar.”

WAJAH BERSERI-SERI DENGAN MANJA BERRIES

(Dari kiri) Pengacara majlis, Raja Suefia Raja Arif Shah, Dr Nurul A'in Sa'ari,  Doctor & Women's Health Advocator serta Founder MANJABerries, Norhasmiza Md Ghaus,.

WAJAH BERSERI-SERI DENGAN MANJA BERRIES

Produk MANJABerries yang berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ini bagus untuk kesan dalaman ataupun luaran termasuk kulit muka, badan hingga kaki.

“Saya tahu produk makanan tambahan ini memang banyak dipasaran. Namun pengguna takut akan keselamatan dan kesan pada kesihatan. Ditambah pula tidak banyak produk makanan tambahan yang natural.

“Kalau nak tahu natural atau tidak sesuatu produk tersebut tengok pada testimoni produk tersebut. Macam produk saya, testimoni dan dutanya adalah pelanggan saya sendiri,’’ kata Norhasmiza lagi mengenai produknya yang mengandungi khasiat 9 dalam 1.

WAJAH BERSERI-SERI DENGAN MANJA BERRIES

Menurut Norhasmiza yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, produk keluarannya tidak mengandungi sebarang gula putih, gula tambahan, sebarang pewarna dan bahan pengawet

“Makanan tambahan ini dapat membantu untuk menjaga dalaman dan luaran seseorang tak kira lelaki, mahupun perempuan. Ia juga tidak ada had umur penggunanya. Malah produk saya ini juga tidak mengandungi kolagen atau glutathione. Rasa manisnya daripada rasa buah semulajadi.

“Jangan risau dengan produk ini kami ada dokumen ujian makmal dan segalanya berkaitan dengan produk tersebut. Saya juga bersyukur kerana pelanggan kami bkan saja dari Malaysia malah dari Singapura dan Brunei

“Setakat ini sudah lebih 30 ribu botol besar dan kecik MANJABerries yang terjual dan jualan juga sudah melebihi 3 juta. Sasaran akan datang, kalau boleh satu bulan 30 ribu botol MANJABerries dapat kami jual.

Produk MANJABerries banyak dapat permintaan dari pelanggan yang sama dan ia juga dipercayai hasil dari testimoni pengguna sendiri. Produk ini sebenarnya bukannya viral sangat, namun popularitinya disebabkan testimoni itu sendiri yang bercakap.

“Cara pemakanannya mudah, cuma kemam kemam sahaja di dalam mulut dan kesannya kulit wajah akan nampak segar, lembap dan berseri. Produk ini tiada pantang larang dan efek sampingan, anda boleh minum kopi, air gas atau apa sahaja selepas makan,” tambah Norhasmiza sambil mengakui sebelum ini beliau tidak pernah percaya untuk memakan apa apa jenis produk tambahan.

Katanya, walau pun keadaan kulit pada wajahnya teruk sebelum ini tetapi beliau takut untuk mencuba mana mana produk suplemen yang bukan 100% daripada bahan 'natural' sehinggalah mengeluarkan produk sendiri

WAJAH BERSERI-SERI DENGAN MANJA BERRIES

Buat masa ini, syarikatnya HA Skin & Beauty cuma mengeluarkan tiga produk MANJABerries botol besar dan kecil serbuk, MANJABerries Advance kapsul, sabun dan Tinted Serum Sunscreen.

Menurut Norhasmiza yang ditemani suaminya, Mohamed Amir Ridzwan Mansor, buat masa ini beliau memasarkan produknya melalui platform media sosial seperti Tik Tok, website, Ig dan Facebook dan belum bersedia penuh untuk menerima jualan melalui ejen.

“Akan datang saya memang nak keluarkan produk kecantikan yang gunakan bahan natural. Sebenarnya nak keluarkan produk natural ini, memang banyak dan tinggi cabaran. Mana yang biasa beli mungkin perasan produk ini tak sama rasa dan warnanya.

“Kadang beli strawberi merah…kadang manis dan kadang masam rasanya hinggakan ada pengguna yang tanya,ini produk tiruan ke. Terpaksalah saya menerangkan keadaan yang sebenarnya dan syukurlah mereka dapat menerimanya. 

“Bukan saya tak nak buat dalam bentuk sachet, tapi kosnya tinggi. Daripada saya terpaksa jual mahal lebih baik saya masukkan kos itu pada kandungan bahannya. Apabila menggunakan bahan natural ini makan banyak mana pun tak ada masalah sebab ia berasaskan buah-buahan seperti strawberi, cranberry, raspberry, elderberry, delima dan Roselle dan tumbuh-tumbuhan antaranya pegaga.”

Tiada halangan, selepas produk kesihatan dan kosmetik, Norhasmiza anak sulong daripada lima beradik ini juga bercadang untuk mengeluarkan produk penjagaan wajah.

WAJAH BERSERI-SERI DENGAN MANJA BERRIES

“Memang saya ada rancang dan kami juga tengah buat R&D dan kalau ada rezeki kami rancang hujung tahun depan. Saya tak nak gelojoh sangat kerana saya suka buat sesuatu secara perlahan-lahan dan hasilnya cukup membanggakan. 

“Walaupun tak ada bahan pengawet, namun produk saya boleh bertahan selama 2 tahun. Tapi buat masa sekarang, keluar sahaja habis dipasaran.” 

Turut hadir pada majlis bersejarah ini ialah Dr Nurul A'in  Sa'ari,  Doctor & Women's Health Advocator, Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Produk MANJABerries dan Nafisah Aqhirah Zolkepli, Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Produk MANJABerries, Nur Haffizah Azhar.

MANJABerries : TIKTOK | INSTAGRAM | FACEBOOK


PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال