AMIRA OTHMAN DUTA JENAMA VARISHA, LANCAR KOLEKSI RAYA SERIES DAN LAGU BARU BILA NAK KAHWIN | Assalammualaikum semua! Tahniah Amira Othman di atas berita gembira ini! Pelantikan sebagai duta jenama Varisah dan pelancaran koleksi raya series serta lagi baru Bila Nak Kahwin sememangnya dinantikan oleh ramai. Al maklumlah, Amira Othman terkenal dengan sopan santunnya, manis berbicara dan disenangi oleh semua.
Apabila muncul gosip bersama selebriti lelaki, ramai macam tak percaya. Tak mungkin! Hahaha! Ruby pun tak percaya. Tapi tidaklah menolak jodoh kannnnn. Cuma, Amira Othman kot! Pandang tak jemu, pandang tak jemu. Semoga bertemu jodoh dengan insan yang boleh membimbing ke jalan yang diredhai Allah swt.
Amira Othman ni di antara selebriti yang Ruby sentiasa support sebab dia mempunyai personaliti yang positif. Cantik itu sudah pasti. Ramai sayang Amira Othman. Amira Othman pernah putus cinta juga tau! Tapi dia menghadapi dengan tenang dan redha! Ibarat macam air yang mengalir, teruskan kehidupan seperti biasa. Amira Othman memang wanita hebat. Nampak relax, cool tapi ada wawasan dan impian tersendiri.
Desaa desus berkenaan hubungan yang viral di media sosial di antara Amira Othman dan Fattah Amin juga terjawab. Mereka berdua hanya melakukan gimik pelancaran. Memandangkan lagu terakhir Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif terbaharu, "Raya Series". Pelancaran ini berlangsung selama empat hari, dari 9 hingga 12 Januari 2025, di Central i-City, Shah Alam. Acara ini juga menjadi platform untuk meraikan pelantikan penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha, di samping pelancaran lagu terbaharu beliau yang berjudul "Bila Nak Kahwin".
Dalam acara pelancaran koleksi "Raya Series", Varisha mengetengahkan keunikan fabrik "Ultra Comfort Cotton Voile" yang direka khas menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini menawarkan kelembutan luar biasa, ketahanan yang tinggi, dan reka bentuk yang elegan, sesuai untuk kegunaan harian mahupun acara istimewa.
Pada 11 Januari 2025, acara kemuncak akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan membuat persembahan eksklusif termasuk menyanyikan lagu baharu beliau, "Bila Nak Kahwin", bersama beberapa lagu popularnya seperti "Hati-Hati" dan "Jaga-Jaga". Para peminat juga berpeluang bertemu Amira secara langsung melalui kempen khas "Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman" yang dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung.
Bagi memastikan pelancaran koleksi ini berjaya, Varisha telah melaksanakan pelbagai usaha promosi awal seperti pelancaran kempen media sosial, kerjasama bersama influencers, kolaborasi dengan Key Opinion Leaders (KOLs), dan liputan media yang meluas. Semua langkah ini dilakukan bagi memperkukuh imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan dan kebebasan wanita bergaya setiap hari.
Dengan slogan "Varisha for EVERYONE, EVERYDAY", jenama ini terus komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka berasa yakin dan selesa dalam setiap detik kehidupan.
AMIRA OTHMAN - BILA NAK KAHWIN
Lagu "Bila Nak Kahwin" keluaran Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures, telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025, manakala video muziknya akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2025 jam 3 petang. Lagu bergenre pop ini adalah hasil ciptaan dua komposer terkemuka, Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.
VARISHA RAYA SERIES
Dalam acara pelancaran koleksi "Raya Series", Varisha mengetengahkan keunikan fabrik "Ultra Comfort Cotton Voile" yang direka khas menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini menawarkan kelembutan luar biasa, ketahanan yang tinggi, dan reka bentuk yang elegan, sesuai untuk kegunaan harian mahupun acara istimewa.
Materialnya bukan sahaja mencerminkan gaya dan keanggunan, tetapi juga membuatkan tudung mudah dibentuk, ringan, beralun, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika. Koleksi ini memberikan keselesaan maksimum kepada setiap pemakainya sambil memastikan penampilan sentiasa menawan.
VARISHA ROADSHOW 9 - 12 JAN 2025
Pada 11 Januari 2025, acara kemuncak akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan membuat persembahan eksklusif termasuk menyanyikan lagu baharu beliau, "Bila Nak Kahwin", bersama beberapa lagu popularnya seperti "Hati-Hati" dan "Jaga-Jaga". Para peminat juga berpeluang bertemu Amira secara langsung melalui kempen khas "Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman" yang dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung.
THE LUXURY SERIES - VALERIE
THE LUXURY SERIES - ROSETTA
THE LUXURY SERIES - AZALEA
THE LUXURY SERIES - EUPHORIA
Dengan slogan "Varisha for EVERYONE, EVERYDAY", jenama ini terus komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka berasa yakin dan selesa dalam setiap detik kehidupan.
Shopee: Varisha Daily
TikTok: Varisha.Daily’s