GUARDIAN MALAYSIA SERU RAKYAT MALAYSIA UNTUK SERLAHKAN KEBERSAMAANMU DI TAHUN BARU CINA

Selasa, Januari 07, 2025

GUARDIAN MALAYSIA SERU RAKYAT MALAYSIA UNTUK SERLAHKAN KEBERSAMAANMU DI TAHUN BARU CINA | Assalammualaikum semua! guardian Malaysia terus komited dalam memperjuangkan pemerkasaan dan kesejahteraan diri melalui visi jenama baharunya yang penuh inspirasi, "Serlahkan Pesonamu". Pada sambutan Tahun Baru Cina ini, guardian mengajak rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan dan kebahagiaan diri, sambil meraikan semangat kebersamaan dengan tema "Serlahkan Kebersamaanmu".


GUARDIAN MALAYSIA SERU RAKYAT MALAYSIA UNTUK SERLAHKAN KEBERSAMAANMU DI TAHUN BARU CINA

Priscilla Wu, Pengarah Urusan Guardian Malaysia, berkongsi:

“Visi jenama kami berpusat pada ungkapan ‘Serlahkan’. Pada Tahun Baru Cina ini, kami percaya bahawa kesejahteraan bukan hanya terletak pada rutin penjagaan diri, tetapi ia turut berkembang melalui kegembiraan dan hubungan yang bermakna. Sama ada menikmati hidangan bersama sanak saudara atau menyuburkan semula ikatan dengan orang tersayang dan rakan taulan, musim perayaan ini merupakan peluang terbaik untuk merayakan kebersamaan dan memperkukuhkan hubungan tersebut. Di guardian, kami sentiasa di sini untuk membantu anda mengecapi kesihatan dan kesejahteraan yang baik.”

Sebagai sebahagian daripada perayaan, guardian Malaysia telah melancarkan filem jenama Tahun Baru Cina yang menyentuh hati, ‘Serlahkan Tahun Kebersamaanmu’, yang menggambarkan keindahan perpaduan. Filem ini lebih daripada sekadar kisah perayaan—ia adalah seruan yang memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meraikan semangat kebersamaan dengan keluarga dan orang tersayang sepanjang tahun. Ia menekankan kekuatan dan kebahagiaan yang lahir dalam detik-detik bersama, serta mengingatkan penonton bahawa kejayaan sebenar terletak pada sokongan kolektif dan hubungan yang bermakna.

Filem ini juga menetapkan nada penuh harapan untuk Tahun Ular —tahun yang melambangkan janji, kemakmuran, dan rezeki yang melimpah. Melalui naratifnya, guardian mengajak rakyat Malaysia untuk menyambut tahun baharu yang dinamik ini dengan menyeimbangkan cita-cita mereka dengan kebahagiaan yang terhasil daripada pengalaman bersama.

Priscilla seterusnya menegaskan:

"Dalam dunia yang serba pantas ini, kita sering terlupa untuk berhenti sejenak dan menghubungkan diri dengan mereka yang paling penting dalam hidup kita. Di guardian Malaysia, kami komited untuk menawarkan produk kecantikan, kesejahteraan, dan penjagaan diri terbaik. Namun, kami juga percaya bahawa kesejahteraan sejati melangkaui rutin—ia adalah tentang kegembiraan, kekuatan, dan ikatan yang terbina ketika bersama orang tersayang."

GUARDIAN MALAYSIA SERU RAKYAT MALAYSIA UNTUK SERLAHKAN KEBERSAMAANMU DI TAHUN BARU CINA

Bagi meraikan Tahun Baru Cina ini, guardian Malaysia telah menyusun pelbagai promosi dan aktiviti istimewa untuk membantu pengguna—tanpa mengira usia atau jantina—berpenampilan lebih menarik, berasa lebih baik, dan menjadi versi terbaik diri mereka.

Rakyat Malaysia boleh melayari e-stor dan platform media sosial guardian untuk menyertai perayaan ini dan memulakan pembelian. Antara yang menarik termasuk:

  • Tutorial dalam talian yang menampilkan trend gaya rambut dan kecantikan terkini, rutin penjagaan kulit, tips penjagaan gigi, dan nasihat penjagaan diri.
  • Peraduan menarik dengan hadiah-hadiah hebat.
  • Promosi kesihatan dan makanan tambahan eksklusif, bersama set hadiah istimewa yang telah dipilih susun.
  • Senarai semak 'Balik Kampung’ yang praktikal untuk memastikan anda membawa pulang semua barangan keperluan.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati promosi terhad untuk jenama dan produk terpilih di stor, dengan diskaun sehingga 60% merentasi pelbagai kategori.

Bagi menyambut Tahun Baru Cina kali ini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong komuniti setempat, Guardian turut menyumbangkan produk penjagaan diri dan kesihatan bernilai RM8,000 kepada warga emas di Rumah Orang Tua En Yuan, Kampung Tunku, Petaling Jaya.

GUARDIAN MALAYSIA SERU RAKYAT MALAYSIA UNTUK SERLAHKAN KEBERSAMAANMU DI TAHUN BARU CINA

Pada Tahun Baru Cina ini, guardian Malaysia mengajak orang ramai untuk mencipta kenangan manis, meraikan kegembiraan dalam kebersamaan, serta mengutamakan perjalanan menuju kebahagiaan dan kepuasan. Di guardian, kami percaya bahawa Tahun Baru Cina akan sentiasa lebih bermakna apabila diraikan bersama orang tersayang.

Raikan Tahun Baru Cina ini bersama guardian Malaysia dan mulakan tahun baharu dengan semangat dan penampilan terbaik!

You Might Also Like

0 comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.