INFAQ KASIH X USIM LIVING LAB PERKASA PROGRAM CSR WTCKL

Isnin, Januari 20, 2025

WTCKL meneruskan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui program Infaq Kasih yang memasuki tahun kedua penganjurannya. Tahun ini, program ini diperhebatkan dengan kerjasama strategik bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menyalurkan bantuan kepada golongan miskin bandar. 


INFAQ KASIH X USIM LIVING LAB PERKASA PROGRAM CSR WTCKL

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato' Seri Dr. Hj Irmohizam Ibrahim, menyatakan bahawa program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini bertujuan menggalakkan umat Islam untuk beramal jariah sambil menyantuni saudara yang kurang berkemampuan. "Bulan Ramadan merupakan peluang terbaik untuk kita mengumpul ganjaran pahala berganda dengan membantu mereka yang memerlukan, supaya mereka juga dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih bermakna. 

"Saya percaya program ini mampu mencipta kesan gelombang positif atau 'positive ripple effect', yang akan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk bersikap lebih pemurah dan memberi kesan berpanjangan kepada generasi akan datang. INFAQ KASIH X USIM LIVING LAB PERKASA PROGRAM CSR WTCKL “Semoga bantuan yang diberikan dapat membantu golongan gelandangan dan miskin bandar menjalani Ramadan serta menyambut Hari Raya dengan lebih baik," katanya pada Majlis Peluncuran Infaq Kasih X USIM Living Lab yang diadakan bersempena dengan bufet Ramadan WTCKL 2025, baru-baru ini. 

Majlis peluncuran tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi WTCKL, Datuk Seri Utama Dr. Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengarah WTCKL, Datuk Seri Akhil Bulat; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL, Mohd Yusri Mohd Junos; Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab; Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani; Pengasas Food For Gelandangan (FFG), Tuan Haji Azizan Zainal; Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin dan Pengarah Pemasaran Creative Seven Legacy, Anne Dalissa Ariff. Program ini turut mendapat sokongan strategik daripada rakan-rakan kerjasama seperti Food For Gelandangan (FFG), Ronald McDonald House Charity (RMHC), dan Creative Seven Legacy. 

Dato' Seri Dr. Hj Irmohizam turut memaklumkan pengumpulan barangan infaq akan bermula pada pertengahan Februari. Antara barangan yang boleh disumbangkan termasuk mainan terpakai, keperluan asas seperti sabun, ubat nyamuk dan paracetamol serta makanan kering seperti beras, mee segera, roti, minyak masak dan snek kanak-kanak "Aktiviti pengagihan akan diadakan pada 21 Mac 2025, di mana para sukarelawan akan berkumpul di WTCKL sebelum bergerak ke beberapa lokasi yang telah dikenalpasti di sekitar ibu kota Kuala Lumpur bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar," tambah beliau. 

Orang ramai yang berminat untuk turut serta dalam kempen ini boleh menghantar sumbangan barangan keperluan di WTCKL. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 019-267 8921. 

You Might Also Like

0 comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.