SELERA MAYA 2025 BUFFET RASA ASLI DESA DAN KONTEMPORARI DI BALLROOM HOTEL MAYA KUALA LUMPUR
Selasa, Januari 21, 2025SELERA MAYA 2025 BUFFET RASA ASLI DESA DAN KONTEMPORARI DI BALLROOM HOTEL MAYA KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Kembali lagi kita ke Selera Maya 2025! Hotel yang paling Ruby gemari kalau berbuka puasa. Malah hotel ini juga Ruby sangat rekemen untuk berbuka puasa ramai-ramai. Sama ada bersama rakan pejabat sehingga 30 hingga 100 pax atau hanya bersama seisi keluarga seramai 13 orang pun boleh. Selesa dan sedap!
Hotel Maya KLCC merupakan hotel 5 bintang yang terletak di lokasi strategik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasi utama yang menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada pengembara perniagaan dan percutian.
Mempunyai 238 buah bilik yang terdiri daripada Deluxe, Heritage, Premier, Grand Premier dan Executive Suite, Hotel Maya menawarkan kemudahan seperti restoren, kolam renang, gimnasium, bilik permainan dan dewan serta bilik mesyuarat. Menjadikannya pilihan penginapan yang sempurna untuk meneroka dan mengalami kota Kuala Lumpur.
Hotel Maya Kuala Lumpur telah melancarkan promosi bufet Ramadan iaitu Selera Maya 2025. Diadakan di Ballroom tingkat 2 berkonsepkan rasa asli desa dan kontemporari, Selera Maya 2025 yang diketuai oleh Chef Mokhzani Mazmadi menawarkan lebih 100 juadah istimewa berbuka puasa yang pastinya bakal memberikan kepuasan kepada semua pelanggan.
Bermula daripada pembuka selera, menu utama, aneka sup, aroma bakar, citarasa barat, menjelang raya, aneka bubur manis, sajian Thai, roti Malaysia dan hidangan penutup istimewa, semuanya tersedia di lima (5) buah kaunter dan tiga belas (13) warung dengan dekorasi menarik.
Diantara menu wajib yang menjadi tarikan dan pilihan pengunjung adalah Kambing Bakar, aneka Ikan Bakar, Ketam Masak Kam Heong, Daging Tetel Asam Pedas Melaka, Udang Masak Lemak Nenas, Telur Itik Masak Lemak Pucuk Paku, Sup Kambing, Sup Tulang, Bubur Lambuk, Ketupat Palas dan Rendang Ayam, Spaghetti Carbonara dan Marinara, Roti John, Kerabu Maggi, Apam Balik dan aneka bubur manis seperti Bubur Jagung, Bubur Pengat Pisang, Bubur Nangka Keladi dan Bubur Cha Cha.
“Kami ingin semua tetamu untuk berkumpul bersama keluarga dan berbuka puasa dengan hidangan yang menyelerakan, oleh itu kami menawarkan bufet berbuka puasa bermula dengan harga serendah RM98 nett bagi tempahan awal (early bird) sehingga 28 Februari 2025”, kata Sharmini Moganasundram, Pengurus Besar di Hotel Maya Kuala Lumpur.
Bufet Ramadan Selera Maya 2025 akan bermula dari 7 Mac sehingga 28 Mac 2025 di Ballroom.
Harga Selera Maya 2025 (Isnin - Jumaat)
✨ Dewasa RM109 nett
✨ Warga Emas RM59 nett
✨ Kanak-Kanak RM49 nett
Harga Selera Maya 2025 (Sabtu & Ahad)
✨ Dewasa RM119 nett
✨ Warga Emas RM69 nett
✨ Kanak-Kanak RM59 nett.
Bagi keselesaan para pengunjung, Ballroom Hotel Maya Kuala Lumpur boleh memuatkan seramai 300 orang tetamu. Surau untuk kemudahan pelanggan terletak di tingkat tiga (3).
Sebarang tempahan, boleh hubungi:
WhatsApp: +6012 507 0151
E-mail: [email protected] atau [email protected]
HOTEL MAYA | INSTAGRAM | FACEBOOK
Hanya beberapa minit berjalan kaki dari Hotel Maya, anda boleh melihat Menara Berkembar Petronas yang ikonik, stesen kereta api bawah tanah RapidKL, destinasi membeli-belah utama dan mercu tanda bandar. Hotel Maya KLCC sememangnya pintu masuk utama ke Kuala Lumpur.
Hotel Maya Kuala Lumpur telah melancarkan promosi bufet Ramadan iaitu Selera Maya 2025. Diadakan di Ballroom tingkat 2 berkonsepkan rasa asli desa dan kontemporari, Selera Maya 2025 yang diketuai oleh Chef Mokhzani Mazmadi menawarkan lebih 100 juadah istimewa berbuka puasa yang pastinya bakal memberikan kepuasan kepada semua pelanggan.
Bermula daripada pembuka selera, menu utama, aneka sup, aroma bakar, citarasa barat, menjelang raya, aneka bubur manis, sajian Thai, roti Malaysia dan hidangan penutup istimewa, semuanya tersedia di lima (5) buah kaunter dan tiga belas (13) warung dengan dekorasi menarik.
Diantara menu wajib yang menjadi tarikan dan pilihan pengunjung adalah Kambing Bakar, aneka Ikan Bakar, Ketam Masak Kam Heong, Daging Tetel Asam Pedas Melaka, Udang Masak Lemak Nenas, Telur Itik Masak Lemak Pucuk Paku, Sup Kambing, Sup Tulang, Bubur Lambuk, Ketupat Palas dan Rendang Ayam, Spaghetti Carbonara dan Marinara, Roti John, Kerabu Maggi, Apam Balik dan aneka bubur manis seperti Bubur Jagung, Bubur Pengat Pisang, Bubur Nangka Keladi dan Bubur Cha Cha.
HIDANGAN RASA ASLI DESA
KAMBING BAKAR
HIDANGAN LEBARAN
ANEKA SUP DAN BUBUR
ANEKA BUBUR
ROJAK
AROI THAI & KERABU
CITARASA BARAT
APAM BALIK
ROTI JOHN DAN MURTABAK
KAUNTER ULAM-ULAMAN, SALAD DAN SAMBAL
MANISAN DAN SNEK
MINUMAN PANAS, SEJUK DAN ABC
BUAH-BUAHAN
Para tetamu juga akan dihiburkan oleh kugiran Alpha Buskers yang mendendangkan lagu berkonsepkan Ramadan dan Hari Raya pada bufet berbuka puasa di bulan Mac yang akan datang.
“Kami ingin semua tetamu untuk berkumpul bersama keluarga dan berbuka puasa dengan hidangan yang menyelerakan, oleh itu kami menawarkan bufet berbuka puasa bermula dengan harga serendah RM98 nett bagi tempahan awal (early bird) sehingga 28 Februari 2025”, kata Sharmini Moganasundram, Pengurus Besar di Hotel Maya Kuala Lumpur.
Bufet Ramadan Selera Maya 2025 akan bermula dari 7 Mac sehingga 28 Mac 2025 di Ballroom.
✨ Dewasa RM109 nett
✨ Warga Emas RM59 nett
✨ Kanak-Kanak RM49 nett
Harga Selera Maya 2025 (Sabtu & Ahad)
✨ Dewasa RM119 nett
✨ Warga Emas RM69 nett
✨ Kanak-Kanak RM59 nett.
Semua harga adalah termasuk cukai.
Harga bagi tempahan awal (early bird) adalah RM98 nett (dewasa sahaja) bermula sekarang sehingga 28 Februari 2025.
Harga bagi tempahan awal (early bird) adalah RM98 nett (dewasa sahaja) bermula sekarang sehingga 28 Februari 2025.
Sebarang tempahan, boleh hubungi:
WhatsApp: +6012 507 0151
E-mail: [email protected] atau [email protected]
HOTEL MAYA | INSTAGRAM | FACEBOOK
0 comments
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.