BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Khamis, Februari 06, 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025 | Assalammualaikum semua! Lagi beberapa hari kita akan berpuasa di bulan Ramadan dan paling dinantikan adalah koleksi fesyen Aidilfitri yang diperagakan oleh jenama terkemuka Malaysia iaitu Bulan Bintang. Raya Aidilfitri tidak akan berseri jika tiada Bulan Bintang. 


Bersempena Ulang Tahun Ke-10 Bulan Bintang, acara pertunjukan fesyen raya telah diadakan. Malah, sepanjang acara tersebut adalah meraikan kejayaan Bulan Bintang. Kejayaan tidak berlaku dalam sekelip mata tanpa bantuan ramai pihak. Maka, Bulan Bintang juga turut mengadakan peraduan dan memberi hadiah kepada peminat setia yang memiliki pakaian dari jenama Bulan Bintang khususnya. 

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025


Menampilkan koleksi mampu milik dan sasaran utama adalah untuk seisi keluarga. Bulan Bintang mengadakan pertunjukan fesyen yang berjaya menawan ramai jiwa para peminatnya. Ramai yang memberi maklum balas bahawa pilihan warna dan rekaan Bulan Bintang tahun ini serasi dengan idea pelanggan yang lebih ingin kekalkan gaya tradisional tetapi ingin nampak segar pada Aidilfitri ini. 

Pertunjukkan Fesyen Bulan Bintang Sedekad Menyinar Sempena meraikan ulangtahun kesepuluh Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di KL Convention Center, Kuala Lumpur.

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta.

Kesemua koleksi ini diperagakan oleh barisan selebriti ternama tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali dan Hannah Delisha. Bulan Bintang juga menampilkan barisan duta istimewa seperti, Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus dan Angeline Tan.

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025
Encik Azzim Zahid Azmi, Pengasas Bulan Bintang semasa Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Sedekad Menyinar.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, beliau amat bersyukur jenama Bulan Bintang masih berkembang pesat dan kekal bersinar selama sedekad dalam pasaran yang amat kompetitif ini. Semua ini adalah hasil sokongan rakyat Malaysia disamping penambahbaikan daripada segi kualiti dan khidmat pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Datuk Rosyam Nor turut berkongsi pengalaman sebagai duta kepada Bulan Bintang, "Ya,‬‭ banyak‬‭ jenama‬‭ approach‬‭ saya‬‭ tapi‬‭ saya‬‭ pilih‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ sebab‬‭ saya‬‭ dah‬ lama‬‭ perhatikan‬‭ perkembangan‬‭ jenama‬‭ anak‬‭ muda‬‭ ini.‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ ni‬‭ bukan‬‭ sekadar‬ terkenal‬‭ seluruh‬‭ Malaysia,‬‭ tapi‬‭ saya‬‭ tertarik‬‭ dengan‬‭ usaha‬‭ penambahbaikkan‬‭ selama‬‭ 10‬ tahun‬‭ ini.‬‭ Tahun‬‭ ni‬‭ pula,‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ perkenal‬‭ koleksi‬‭ baharu‬‭ yang‬‭ lebih‬‭ berkualiti,‬‭ design‬ modern dan klasik yang tak merepek sampai tahap menjejaskan nilai baju melayu tu sendiri.‬" jelas beliau.

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Manakala Pelakon Shukri Yahaya kekal‬‭ selama‬‭ 5‬‭ tahun‬‭ bersama Bulan‬‭ Bintang‬‭ sebagai Duta Senior juga turut berkongsi, "Saya‬‭ suka‬‭ dengan‬‭ idea-idea‬‭ kreatif‬‭ daripada‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ ni.‬‭ Idea‬‭ mereka‬‭ asli,‬‭ tak‬ tiru-meniru,‬‭ dan‬‭ mereka‬‭ berani‬‭ buat‬‭ kerja‬‭ gila‬‭ untuk‬‭ memasarkan‬‭ baju‬‭ melayu‬‭ ni.‬‭ 5‬‭ tahun‬ bersama,‬‭ saya‬‭ tengok‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ sentiasa‬‭ improve‬‭ terutamanya‬‭ bab‬‭ kualiti‬‭ dan‬‭ khidmat‬ pelanggan.‬‭ Apa‬‭ sahaja‬‭ masalah‬‭ dengan‬‭ baju,‬‭ customer‬‭ boleh‬‭ hubungi‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ 24‬ jam sehari, 7 hari seminggu! Jadi saya terus yakin dengan jenama ni.‬" jelas beliau.

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Datuk Remy Ishak berkongsi pengalaman apabila bergelar Duta Bulan Bintang sejak dua tahun lepas yang menjadi fenomena‬‭ di‬‭ kalangan‬‭ rakyat‬‭ Malaysia‬‭, "Jujurnya‬‭ saya‬‭ amat‬‭ memilih‬‭ dengan‬‭ siapa‬‭ saya‬‭ bekerja‬‭ dan‬‭ produk‬‭ apa‬‭ yang‬‭ saya‬ wakili.‬‭ Saya‬‭ mesti‬‭ personally‬‭ suka‬‭ dengan‬‭ jenama‬‭ dan‬‭ produk‬‭ tersebut.‬‭ Sebelum‬‭ saya‬ setuju‬‭ dengan‬‭ Bulan‬‭ Bintang,‬‭ team‬‭ mereka‬‭ perlu‬‭ hantar‬‭ semua‬‭ sample‬‭ produk‬‭ untuk‬‭ saya‬ teliti‬‭ dahulu‬‭ kualitinya‬‭ dan‬‭ saya‬‭ nak‬‭ tahu‬‭ apa‬‭ inisiatif‬‭ mereka‬‭ untuk‬‭ memasarkan‬‭ baju‬ melayu‬‭ ni.‬‭ Alhamdulillah,‬‭ kualiti‬‭ terbaik,‬‭ idea‬‭ pemasaran‬‭ yang‬‭ luar‬‭ kotak,‬‭ maka‬‭ saya‬‭ setuju.‬ Ini tahun ke-2, insyaAllah kita teruskan selagi diperlukan.‬"

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Nadhir Nasar dan Mierul Aiman yang merupakan selebriti popular pada hari ini sentiasa menjadi ikutan bagi golongan muda juga turut berkongsi, "Saya‬‭ ada‬‭ minat‬‭ dan‬‭ kecenderungan‬‭ tersendiri.‬‭ Jadi‬‭ Duta‬‭ ni‬‭ pun‬‭ pada‬‭ saya‬‭ adalah‬ berkarya.‬‭ Saya‬‭ sentiasa‬‭ akan‬‭ hasilkan‬‭ karya‬‭ yang‬‭ unik‬‭ dan‬‭ berbeza‬‭ setiap‬‭ kali‬‭ saya‬ berkarya.‬‭ Beza‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ dengan‬‭ jenama‬‭ lain‬‭ adalah‬‭ pada‬‭ karya‬‭ yang‬‭ unik‬‭ setiap‬ tahun.‬‭ Taklah‬‭ mengulang‬‭ benda‬‭ sama‬‭ je‬‭ setiap‬‭ tahun.‬‭ Takkan‬‭ setiap‬‭ tahun‬‭ kita‬‭ kena‬‭ bersilat‬ je.‬‭ Fabric‬‭ yang‬‭ digunakan‬‭ pun‬‭ bertukar‬‭ setiap‬‭ tahun,‬‭ pilihan‬‭ warna,‬‭ cutting,‬‭ inklusiviti‬ sentiasa‬‭ ditambah‬‭ baik‬‭ setiap‬‭ tahun.‬‭ Karya‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ ni‬‭ fresh,‬‭ modern,‬‭ nafas‬‭ baru‬‭ tapi‬ masih original baju melayu, tak merepek.‬"

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Syafiq‬‭ Kyle‬‭ berkongsi pengalaman dilamar sebagai Duta Bulan Bintang kerana di anggap paling eksklusif‬‭ dan tidak pernah‬‭ menyertai‭ mana-mana‬ jenama‬‭ fasyen lain, "Jujurnya‬‭ saya‬‭ impressed‬‭ dengan‬‭ skala‬‭ kerja‬‭ yang‬‭ team‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ sanggup‬‭ buat‬ untuk‬‭ pembeli‬‭ mereka.‬‭ Bab‬‭ kualiti‬‭ semua‬‭ tu‬‭ tak‬‭ payah‬‭ cakaplah.‬‭ Macam-macam‬‭ Bulan‬ Bintang‬‭ buat‬‭ untuk‬‭ hargai‬‭ pembeli‬‭ yang‬‭ dah‬‭ menyokong‬‭ mereka‬‭ selama‬‭ 10‬‭ tahun‬‭ ni.‬ Takdelah‬‭ orang‬‭ cakap‬‭ “founder‬‭ je‬‭ yang‬‭ kaya‬‭ beli‬‭ kereta” kan? Bulan‬‭ Bintang‬‭ bagi‬‭ berpuluh‬ buah kereta pada pembeli! Sampai RM10 juta dibelanjakan untuk hadiah tahun ni.‬"

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Johan Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Jojo turut berkongsi pengalaman dilantik sebagai duta‬‭ baju‬‭ melayu‬‭ dan satu-satunya‬‭ fighter‬‭ dalam‬‭ barisan‬‭ duta‬‭ Bulan‬‭ Bintang, "Setiap‬‭ kali‬‭ saya‬‭ ada‬‭ fight,‬‭ saya‬‭ mewakili‬‭ negara‬‭ saya,‬‭ Malaysia.‬‭ Secara‬‭ tak‬ langsung,‬‭ saya‬‭ akan‬‭ mempromosikan‬‭ negara‬‭ dan‬‭ budaya‬‭ orang‬‭ Malaysia‬‭ di‬‭ luar‬‭ sana‬ sampai‬‭ ke‬‭ US.‬‭ Memang‬‭ saya‬‭ akan‬‭ pakai‬‭ baju‬‭ melayu‬‭ setiap‬‭ kali‬‭ waktu‬‭ PC.‬‭ Saya‬‭ kena‬ berhati-hati‬‭ memilih‬‭ baju‬‭ melayu‬‭ yang‬‭ sesuai‬‭ untuk‬‭ mewakili‬‭ budaya‬‭ orang‬‭ Malaysia.‬ Dengan Bulan Bintang, saya tak perlu risau dah.‬"

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Hannah Delisha yang mewakili‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬‭ Sisters‬‭ selama beberapa‬‭ tahun turut berkongsi koleksi raya sisters tahun ini berkata, "Sudah‬‭ pastinya‬‭ Hannah‬‭ nampak‬‭ banyak‬‭ improvement‬‭ terutamanya‬‭ pada‬‭ identiti‬ Bulan‬‭ Bintang‬‭ Sisters.‬‭ Koleksi‬‭ yang‬‭ ditawarkan‬‭ tahun‬‭ ini‬‭ lebih‬‭ fresh‬‭ dan‬‭ kontemporari‬‭ yang‬ mengutamakan‬‭ keselesaan‬‭ pemakai.‬‭ Design‬‭ Bulan‬‭ Bintang‬ Sisters‬‭ tahun‬‭ ini‬‭ dibuat‬‭ untuk‬ tak‬‭ limitkan‬‭ untuk‬‭ dipakai‬‭ pada‬‭ hari‬‭ raya‬‭ je,‬‭ sesuai‬‭ untuk‬‭ pelbagai‬‭ majlis.‬‭ Selain‬‭ itu,‬‭ design‬ yang‬‭ sama‬‭ akan‬‭ ada‬‭ juga‬‭ pilihan‬‭ untuk‬‭ ‘kids’ atau‬‭ kanak-kanak‬‭ dan‬‭ warna‬‭ yang‬‭ ditawarkan‬ semuanya ada padanan warna untuk baju melayu. Mudah la satu famili nak sedondon.‬" jelas beliau. 

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Sebagai penghargaan kepada pembeli Bulan Bintang selama sedekad ini, Bulan Bintang menawarkan pelbagai hadiah menarik hasil kolaborasi korporat bersama jenama-jenama hebat seperti GB Gold yang menawarkan 1kg jongkong emas, tiket penerbangan percuma selama setahun daripada AirAsia, RM150,000 duit raya daripada Hausboom, pakej haji dan umrah daripada Tabung Haji dan Kahf, 120,000 voucher daripada Tealive dan banyak lagi hadiah menarik yang disumbangkan oleh Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case dan Mokkys Pizza dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10juta. Terdapat juga Biskut Raya Edisi Khas yang boleh didapati secara eksklusif di 7 Eleven seluruh Malaysia. 

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025
BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025
BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025
BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025
BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Kerjasama seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana jenama fashion tempatan. Pertunjukkan fesyen ini diselangselikan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngsterz Dancer, Datuk Jamal Abdillah serta Bunkface.

Selain itu, pengumuman pemenang bagi Bulan Bintang Next Top Model yang menampilkan finalis dalam lingkungan 40 sehingga 70 tahun yang terdiri daripada orang awam. Pemenang juga membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM10,000 melalui undian daripada juri dan penonton yang hadir.

BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025
BULAN BINTANG SEDEKAD MENYINAR RAYA RTW 2025

Azzim menyasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen kali ini dan menggesa orang ramai untuk membeli koleksi raya Bulan Bintang Sedekad Menyinar di 15 butik rasmi Bulan Bintang seluruh negara dan di platform TikTok yang merupakan rakan kerjasama strategik Bulan Bintang dan penghantaran seluruh Malaysia diuruskan oleh Ninjavan selaku rakan logistik rasmi.

"Selamat Ulang Tahun Ke-10 Bulan Bintang. Sedekad Menyinar"




You Might Also Like

0 comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.