KOLABRASI FIPPER DAN BAYU SOMERSET MELENGKAPKAN KOLEKSI LEBARAN
Rabu, Februari 26, 2025KOLABRASI FIPPER DAN BAYU SOMERSET MELENGKAPKAN KOLEKSI LEBARAN | Assalammualaikum semua! Gabungan selesa dan reka bentuk eksklusif di antara kolabrasi unggul Fipper X Bayu Somerset semestinya dinantikan oleh ramai! Dua jenama lokal yang berkualiti bergabung dalam memberikan keselesaan kepada masyarakat ini sentiasa mencari idea untuk memberi lebih lagi kepada kita semua.
Selipar dari jenama Fipper dan pakaian dari Bayu Somerset semestinya kolabrasi yang dinantikan. Sebagai isteri dan ibu, setiap hari Ruby menggayakan pakaian baju kurung Bayu Somerset dan selipar Fipper. Mudah bergerak pantas dan paling penting adalah selesa. Bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Tahniah Fipper dan Bayu Somerset! Harap-harap lepas ni ada koleksi sedondon pakaian Bayu Somerset dan selipar Fipper. Bertambah comel kami yang memakainya.
Fipper, jenama yang terkenal dengan selipar getah ikoniknya mengumumkan kolaborasi istimewa dengan Bayu Somerset, label fesyen tempatan yang dikenali dengan rekaan berani dan komitmen tinggi terhadap keselesaan.
Fipper merupakan peneraju dalam industri kasut Malaysia, dikenali dengan inovasi selipar getah yang mesra alam, berwarna-warni dan sangat selesa. Diinspirasikan oleh warna dan budaya. Dicipta pada tahun 2008, reka bentuk koleksi Fipper yang abadi dan berwarna-warni datang dalam pelbagai gaya yang menarik minat individu dalam cara moden dan berwarna-warni lagi konvensional. Setiap pasangan dibina dengan komitmen untuk membawa kualiti tertinggi, keselesaan, sokongan optimum untuk pengguna serta harga mampu milik.
Bayu Somerset dikenali dengan rekaan yang unik dan berani, direka khas untuk wanita moden. Ditubuhkan pada tahun 2021, bukan sekadar menjual pakaian, Bayu Somerset menekankan nilai seni dalam setiap rekaan yang dihasilkan oleh pereka berbakat dalaman atau artis tempatan, menjadikan setiap koleksi sebagai karya seni yang boleh dipakai, dengan misi untuk menawarkan keseimbangan antara ekspresi berani dan daya tarikan.
Gabungan dua jenama buatan Malaysia ini bukan sahaja menitikberatkan kualiti dan gaya, malah menawarkan koleksi kasut yang mengutamakan keselesaan dalam setiap langkah. Fipper dan Bayu Somerset menggabungkan inovasi dan kreativiti dalam setiap inci produk mereka, sebagai usaha mengangkat jenama tempatan ke peringkat global. Kolaborasi ini tidak hanya menghasilkan koleksi kasut baru, malah menyuntik elemen revolusioner ke dalam rekaan harian.
Salah satu ciri utama adalah bentuk sole baru yang unik. Reka bentuk ini direka untuk menawarkan keselesaan maksimum dengan sokongan ergonomik yang hebat, menjadikannya sesuai untuk keperluan seharian, termasuk perjalanan ‘balik kampung’ dan perjumpaan keluarga. Keunikan sole ini mencerminkan komitmen Fipper terhadap inovasi melalui penggunaan teknologi terkini dalam pembuatan kasut.
Di samping itu, koleksi printed pertama Fipper merupakan manifestasi kreativiti dalam bentuk seni. Corak bercetak yang dihasilkan bukan sahaja menonjolkan identiti tempatan melalui warna dan motif yang kaya, tetapi juga mencipta pengalaman visual yang baru dalam dunia kasut. Gabungan sole inovasi dan rekaan bercetak ini membuktikan bagaimana kedua-dua jenama berjaya menyelaraskan elemen fungsional dan estetika, sekaligus membawa produk yang penuh gaya ke pasaran global.
Walaupun musim Raya sering dikaitkan dengan pakaian tradisional seperti baju kurung, keperluan untuk kasut harian terutamanya bagi mereka yang pulang ‘balik kampung’ atau menghadiri perjumpaan keluarga, selalunya kurang diberi perhati . Menyedari perkara ini, Fipper dan Bayu Somerset mempersembahkan koleksi khas yang menggabungkan keselesaan maksimum dengan rekaan yang penuh warna, dalam memastikan pemakainya selesa dalam masa yang sama kelihatan “presentable” dalam mengunjungi rumah sanak saudara.
Ciri-ciri Koleksi Eksklusif Ini:
- Rekaan Penuh Warna: Corak dan palet warna yang diilhamkan daripada kepelbagaian budaya Malaysia.
- Keselesaan Tanpa Tandingan: Teknologi tapak getah Fipper memasCkan seCap langkah anda selesa dan tahan lama.
- Inovasi Reka Bentuk: Koleksi bercetak kali pertama Fipper digabungkan dengan bentuk tapak baru yang meningkatkan penampilan dan keselesaan.
- Edisi Terhad: Koleksi ini hanya di keluarkan sekali sahaja
Dalam majlis pelancaran, Fadila Aziz, Ketua Pemasaran Fipper, menekankan bahawa kerjasama ini lebih daripada sekadar pengeluaran produk baru – ia adalah satu perayaan bakat dan inovasi tempatan.
Sementara itu, Dania Kamalul, Ketua Pemasaran Bayu Somerset, menyatakan bahawa keselesaan adalah teras dalam setiap rekaan mereka, terutamanya ketika Ramadan dan Raya semakin hampir, di mana setiap langkah perlu dirasai dengan keyakinan dan kemudahan.
Koleksi Fipper x Bayu Somerset tersedia 26 Februari 2025 di seluruh negara serta secara dalam talian di www.fipperslipper.com.my & www.bayusomerset.com.
0 comments
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.