KOLEKSI ANUARFAIZAL DAN ROYAL SEMBILAN DI CIMB MERAH MERIAH RAYA
Khamis, Februari 27, 2025KOLEKSI ANUARFAIZAL DAN ROYAL SEMBILAN DI CIMB MERAH MERIAH RAYA | Assalammualaikum semua! Ramadan dan Syawal bakal menjelma. Setiap tahun pastinya pereke fesyen pakaian merupakan insan yang paling sibuk. Pelbagai idea dan rekaan pakaian pada Hari Raya akan disediakan bagi memenuhi permintaan pasaran. Namun, koleksi yang sentiasa menjadi pilihan adalah koleksi tradisional yang mengangkat budaya kita rakyat Malaysia. Melalui koleksi Hari Raya ini, inovasi demi inovasi telah dilaksanakan oleh pereka fesyen ANUARFAIZAL. Sama ada dari pemilihan fabrik dan warna, ia adalah proses yang penting.
Tiga dari kiri, Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja’afar, Pengasas Royal Sembilan; Anuar Faizal, Pengasas dan Pengarah Kreatif ANUARFAIZAL dan Yang Mulia Tengku Asra Jehan binti Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Tengku Tan Sri Azlan (cucunda DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar dan DYMM Almarhumah Tunku Ampuan Najihah) semasa di pertunjukan fesyen CIMB Merah Meriah Raya yang berlangsung di Yap Ah Shak House.
KOLEKSI RAYA LELAKI BERKONSEP BOHO-CHIC ANUARFAIZAL
ANUARFAIZAL merupakan jenama fesyen Malaysia yang terkenal dengan pendekatan inovatif dalam rekaan pakaian tradisional dan moden. Dengan komitmen terhadap kualiti tinggi dan rekaan berani, jenama ini terus memperkasakan industri fesyen sambil mengekalkan warisan budaya. Jenama ini pernah dilanda kontroversi pada sekitar tahun 2016 dahulu kerana berani tampil dengan pertunjukan fesyen terlalu terperinci yang tidak dilakukan oleh pereka fesyen lain. Sikap yang menerima kritikan dan postifi mengekalkan beliau sehingga hari ini. Kini ANUARFAIZAL tampil dengan rekaan yang lebih berani dan boleh dikatakan memiliki identiti tersendiri. Jika nampak sesiapa pakai Baju Melayu ini, pasti anda tahu ia dari ANUARFAIZAL.
Memperkenalkan koleksi Raya Lelaki berkonsep Boho-Chic Motif Paisley, warna berani, dan gaya santai menyerlahkan penampilan lebaran tahun ini. ANUARFAIZAL kembali dengan koleksi Hari Raya lelaki yang penuh gaya, menggabungkan unsur boho-chic dengan sentuhan moden yang segar. Dihiasi dengan motif paisley yang elegan serta pilihan warna berani seperti fuchsia dan turquoise, koleksi ini memberikan nafas baru kepada Baju Melayu, menampilkan keseimbangan antara keanggunan tradisional dan gaya kontemporari.
Diperbuat daripada kain import berkualiti tinggi, setiap rekaan dalam koleksi ini menitikberatkan keselesaan dan kemewahan. Dengan potongan regular fit hingga oversized, ia sesuai untuk lelaki yang mengutamakan gaya yang santai tetapi tetap kemas. Rekaannya yang versatil juga membolehkan padanan yang mudah, memberikan lebih kebebasan kepada pemakai untuk mengekspresikan identiti mereka dengan penuh keyakinan.
“Melalui koleksi ini, kami ingin mencabar norma fesyen tradisional dengan membawa elemen bohemian ke dalam pakaian Hari Raya lelaki. Motif paisley yang unik, siluet yang lebih relaks, dan warna-warna berani melambangkan gaya moden yang lebih bebas tetapi tetap elegan,” kata Anuar Faizal, Pengasas dan Pengarah Kreatif ANUARFAIZAL.
Koleksi Raya Lelaki ANUARFAIZAL kini boleh didapati secara pre-order. Lengkapkan gaya perayaan anda dengan padanan tradisional yang diberi sentuhan boho-chic moden.
KOLEKSI RAYA ROYAL SEMBILAN 2025
Jenama Royal Sembilan merupakan jenama aksesori agung, diasaskan oleh Yang Mulia Tengku Asra Jehan binti Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Tengku Tan Sri Azlan dan bonda, Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puteri Puan Sri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja’afar, Pengasas Royal Sembilan yang memperjuangkan teknik tenunan tradisional Asia Tenggara. Rekaan ikonik bertemu fabrik luar biasa meraikan warisan melalui kraf dan budaya, menawarkan aksesori serta fabrik diraja yang dikurasi dari rantau ASEAN.
- Prêt-à-Porter: Kaftan sutera bermotif flora dan geometri yang elegan (saiz M–XL), boleh dibasuh mesin, bersumber secara tempatan, dan dibuat di Malaysia.
- Raya Couture: Kaftan edisi terhad diperbuat daripada sutera Thai Jim Thompson. Rekaan satu saiz untuk semua, dibuat di Malaysia, dan hanya cucian kering.
Kedua-dua koleksi ini menggabungkan tradisi dan kemewahan moden, direka khas oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Puteri Jawahir dan pereka tersohor, Anuar Faizal dengan sempurna untuk sambutan Hari Raya. Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian dan di Butik sementara Royal Sembilan bertempat di UGF-26, BANGSAR VILLAGE II, Kuala Lumpur dan juga di Brunei pada 20-23 Mac 2025.
CIMB ‘MERAH MERIAH’: PENGALAMAN EKSLUSIF DAN BERMAKNA
Tahun ini, CIMB komited dalam mencipta pengalaman eksklusif yang memperkukuh hubungan komersil yang bermakna. Kempen CIMB Bazar Siberturahim, yang dimulakan tiga tahun lalu sewaktu pandemik, berjaya mengetengahkan bakat tempatan sambil menjadi platform komersial yang penting. Acara ini menandakan kolaborasi kedua antara Royal Sembilan dan CIMB, yang mencerminkan misi serta komitmen bersama dalam memajukan industri.
Tawaran istimewa buat anda yang memiliki kad CIMB, diskaun sehingga 10% dengan pembelian minimum RM 1,000 untuk mana-mana koleksi ANUARFAIZAL dan Royal Sembilan. Sah sehingga 30 April 2025.
0 comments
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.