LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Sabtu, Februari 08, 2025

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM | Assalammualaikum semua! Wahh hujung minggu kami sangat bermanfaat! Kami menyertai larian Malaysia Sarong Music Run 2025 yang buat julung kali diadakan! Selepas kejayaan Keretapi Sarong sejak 2017 dianjurkan oleh LOCCO. 


Tahun 2025 adalah tahun yang membawa tuah buat LOCCO kerana penganjuran Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR2025) dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Larian, budaya, tradisi, warisan dan perpaduan dalam satu acara yang bermakna.

MSMR2025 secara rasmi berlangsung hari ini di hadapan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Acara ini berjaya mengumpulkan seramai 10,500 penyertaan peserta dalam satu keraian luar biasa yang mengangkat budaya, warisan dan gaya hidup aktif.

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Dari kiri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Perdana Menteri Malaysia; Dato’ Sri Tiong King Sing, YB Menteri Pelancongan, Seni dan BudayaYB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg Dato’ Seri Dr. Maimunah Binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika flag-off melepaskan peserta Malaysia Sarong Music Run 2025.

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Acara ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing, yang menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia dalam suasana penuh warna-warni yang menampilkan kepelbagaian tradisi dan semangat kebersamaan.

Turut hadir sama memeriahkan acara adalah YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg Dato’ Seri Dr. Maimunah Binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.


LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Wira Si Beruang Matahari! Maskot Rasmi Visit Malaysia 2026

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Manja Si Beruang Matahari! Maskot Rasmi Visit Malaysia 2026

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Kami semasa beratur sebelum flag-off. Cuaca agak panas pada ketika ini. 4:30pm - 5:30pm kami berdiri.

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Sambil menunggu, boleh tonton secara langsung persembahan Pancaragam PDRM. 

Berbeza dengan larian seperti yang lazimnya diadakan, MSMR 2025 mengintegrasikan elemen budaya sepanjang laluan larian, memberikan peserta pengalaman menyelami tradisi Malaysia dengan lebih mendalam. Antara intipati utama acara ini ialah:

Sarong sebagai Simbol Perpaduan & Warisan; Peserta mengenakan sarong tradisional, mencerminkan identiti budaya Malaysia yang pelbagai tetapi bersatu.

Checkpoint Budaya; Menampilkan Tarian Singa, Caklempong, Bhangra dan Dhol, serta pelbagai persembahan tradisional lain yang menghidupkan warisan Malaysia sepanjang laluan larian.

Permainan Tradisional & Pameran Warisan; Aktiviti interaktif seperti congkak, gasing, batu seremban, serta pameran seni dan kraf Malaysia.

Pameran Sajian Warisan; Jelajah kulinari dengan hidangan istimewa dari pelbagai negeri di Malaysia, memberikan peserta peluang merasai keunikan rasa setiap negeri.

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIMLARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Platform untuk Bakat Tempatan; Dimeriahkan dengan konsert menampilkan artis tempatan seperti IamNeeta, Cherpen dan Sixth Sense yang menjanjikan malam penuh hiburan untuk semua yang hadir.

Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), bersama Malaysia Marathon sebagai Penganjur Bersama serta SCORE Sports Management sebagai Rakan Teknikal.

LOCCO, yang terkenal dengan acara Keretapi Sarong turut bersama dalam memastikan sambutan budaya ini berjalan dengan penuh elemen kebudayaan dan warisan negara.

Malaysia Sarong Music Run 2025 juga turut disokong oleh rakan strategik dan para penaja, termasuk Tourism Malaysia, PROTON, ASICS, Decathlon, BOOM+, ASTRO Radio, HeyJom, Jantzen, Hameediyah, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan KL Hop-On Hop-Off.

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Pada pendapat Ruby, acara sebegini wajib dijadikan sebagai acara tahunan. Malaysia Sarong Music Run boleh diadakan di lokasi yang sama tetapi pada waktu pagi. Ruby dah kenyang makan siang, dan tak dapat menikmati roti canai, karipap, kuih tradisional lain. Sepatutnya kami bawa bekal makanan kosong. Boleh tapaww. Hahaha. Tahun depan kami akan lebih bersedia! Hahahaha! 

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Ruby salute dengan pengurusan acara ini, tshirt selesa, medal berkualiti dan produk-produk dari jenama sponsor berikan memang terbaik. Hausboom tak lokek sediakan minuman isotonik. Free flow minum lah puas-puas. Sejuk pula tu. Decathlon pula siap beri bag. Memang Ruby love freebies macam ni. Tak rugi pun daftar Malaysia Sarong Music Run. Macam-macam aktiviti ada. Lokasi pula di Menara Berkembar Petronas. Ambil lah gambar dan video puas-puas. Hari ini, Jalan ini kita yang punya! 

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Paling mudah lokasi larian berdekatan dengan LRT KLCC. Lepas tu nak shopping boleh masuk dalam Suria KLCC Mall. Kami sekeluarga parking di basement Suria KLCC hari ni dari jam 2 petang. RM 13.00 sahaja. 

Semoga pihak LOCCO terus adakan lagi acara begini pada masa akan datang! Jom kembali aktif untuk diri sendiri. Dah lama juga Ruby tak masuk larian, kita mulakan balik dengan Malaysia Sarong Music Run dengan 3KM Brisk Walk dan tahun depan 5KM larian pula. Jika larat le. Hahaha. 

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Lapar? Jom ke Signature Food Court Suria KLCC aje! 

LARIAN MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Tahniah LOCCO, Kerajaan Madani dan kita semua yang menyertai dan menamatkan Brisk Walk dan Larian. Sakit kaki sambung di rumah ya. Sekarang kita enjoy! Hehehe. 

You Might Also Like

0 comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.