TERHIBUR MENONTON PERSEMBAHAN MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR

Rabu, Februari 12, 2025

Assalammualaikum dan hai semua! Pada 12 Februari 2025, jam 8:30 malam telah berlangsung Maksim Segmenti World Tour anjuran Lo-Fi Entertainment di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Tepat jam 8:30 malam pemain Piano Dunia iaitu Maksim memulakan persembahan beliau. Seramai 2000 penonton hadir dan kesemuanya gembira dengan persembahan bertenaga Maksim. 

Kehadiran Maksim ke Kuala Lumpur, Malaysia adalah bersempena album terkini beliau iaitu Segmenti. Album oleh Orkestra Studio Hungary, Krisztian Balassa, dan Maksim Mrvica. Walaupun mempromosikan album terkini, lagu yang akan dimainkan di konsert terdiri dari lagu hit beliau. Sudah semestinya Ruby menantikan beliau memainkan muzik Exodus, Game of Thrones dan Medley hits. 

TERHIBUR MENONTON PERSEMBAHAN MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR

TERHIBUR MENONTON PERSEMBAHAN MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR

TERHIBUR MENONTON PERSEMBAHAN MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR

Pertama kali Ruby bawa anak-anak menonton konsert pemain piano dunia. Mereka sangat teruja dengan persembahan, pencahayaan dan kepantasan jari jemari Maksim bermain Piano. Bagaimana salutasi selepas setiap lagu sebagai tanda hormat juga perkara baru buat anak-anak tonton. Persembahan Maksim diiringi oleh orkestra juga memberi impak yang besar. Seronok melihat kerjasama dalam menghasilkan muzik yang indah. 

MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR KUALA LUMPUR PLAYLIST


  1. NEW WORLD CONCERTO
  2. GLORIETTA
  3. THE SHOW MUST GO ON
  4. EXODUS
  5. CHOPIN PRELUDE
  6. PROKOFIEV FANTASY
  7. VICTORY
  8. ASTURIAS
  9. FIESTA
  10. THE MOUNTAIN KING
  11. CLOCKS
  12. NEW SILK ROAD
  13. GAME OF THRONES
  14. PIRATES OF CARIBBEAN
  15. DANCING QUEEN
  16. MEDLEY
  17. CORRIDA

Persembahan yang menghiburkan dan menakjubkan! Ruby sentiasa teruja ingin ke konsert Maksim. Setiap petikan piano yang dimainkan sangat mendamaikan. Maksim Mrvica adalah seorang pianis berasal dari Šibenik, Croatia dan cukup terkenal sebagai ikon dalam genre classical crossover. Jika ramai meminati selebriti dan penyanyi pada tahun 2003, Ruby lebih ke arah meminati pemain muzik. Maksim sangat kreatif dalam menggabungkan elemen-elemen muzik pianonya. 

TERHIBUR MENONTON PERSEMBAHAN MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR

TERHIBUR MENONTON PERSEMBAHAN MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR

TERHIBUR MENONTON PERSEMBAHAN MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR

TERHIBUR MENONTON PERSEMBAHAN MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR



Flight of the Bumble-bee, Exodus dan Croation Rhapsody sentiasa kegemaran Ruby. Semoga Maksim terus berkarya dan kembali ke Malaysia untuk World Tour seterusnya. Terima kasih Maksim dan Lo-Fi Entertainment! 

You Might Also Like

0 comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.