ALAMANDA PUTRAJAYA TERUS KOMITED DENGAN CSR, SANTUNI ANAK-ANAK YAYAKEM SEMPENA RAMADAN & SYAWAL

ALAMANDA PUTRAJAYA TERUS KOMITED DENGAN CSR, SANTUNI ANAK-ANAK YAYAKEM SEMPENA RAMADAN & SYAWAL | Dalam semangat Ramadan dan Aidilfitri, Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya mengukuhkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (YAYAKEM). Seramai 41 orang anak-anak YAYAKEM berusia antara 9 hingga 12 tahun hadir ke Alamanda untuk menikmati pengalaman membeli-belah persiapan raya di mana mereka memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu yang ditaja oleh rakan niaga seperti Bata. 

Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Alamanda dan TUCZ. Suasana menjadi lebih bermakna apabila anak-anak YAYAKEM diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama para media, tetamu kehormat dan pengurusan Alamanda.

ALAMANDA PUTRAJAYA TERUS KOMITED DENGAN CSR, SANTUNI ANAK-ANAK YAYAKEM SEMPENA RAMADAN & SYAWAL
ALAMANDA PUTRAJAYA TERUS KOMITED DENGAN CSR, SANTUNI ANAK-ANAK YAYAKEM SEMPENA RAMADAN & SYAWAL
ALAMANDA PUTRAJAYA TERUS KOMITED DENGAN CSR, SANTUNI ANAK-ANAK YAYAKEM SEMPENA RAMADAN & SYAWAL
ALAMANDA PUTRAJAYA TERUS KOMITED DENGAN CSR, SANTUNI ANAK-ANAK YAYAKEM SEMPENA RAMADAN & SYAWAL


Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Sebagai pusat beli-belah utama di Putrajaya, Alamanda memainkan peranan penting dalam memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti. Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyuntik sinar keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati suasana Ramadan dan Syawal seperti rakan sebaya mereka.”


Encik Muhammad Hanafi Bin Jalalludin, Naib Yang Dipertua YAYAKEM turut meluahkan rasa terima kasih atas inisiatif ini yang membolehkan anak-anak yayasan tersebut menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini.

Selain program CSR, Alamanda turut menghidupkan kempen Hari Raya 2025 dengan hiasan bertemakan Maghribi yang menampilkan rona biru diraja dan emas di Centre Court. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab pada hujung minggu serta aktiviti ‘Moroccan Glass Painting’ untuk ahli VIKids.

ALAMANDA PUTRAJAYA TERUS KOMITED DENGAN CSR, SANTUNI ANAK-ANAK YAYAKEM SEMPENA RAMADAN & SYAWAL


Sebagai tambahan, pengunjung yang berbelanja RM700 dan ke atas akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca, manakala pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima tambahan e-Baucar Alamanda bernilai RM50. Kempen ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental melalui jualan 'Green Ribbon Pin' yang boleh didapati sepanjang tempoh promosi.


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama