‘DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KONSEP TENGOK HARI INI & ESOK BOLEH BELI!

‘DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KONSEP TENGOK HARI INI & ESOK BOLEH BELI! | Ramadan ini, Gempak dengan kolaborasi bersama susu Goodday mempersembahkan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton, sebuah program realiti drama masakan pertama di Malaysia dengan konsep ‘tengok hari ini dan esok boleh beli!’ Program ini akan menemui penonton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO. Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai Bazar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac. 

‘DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KONSEP TENGOK HARI INI & ESOK BOLEH BELI!

Istimewanya, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa. Antara juadah popular Ramadan yang akan melengkapkan menu masakan ialah nasi hujan panas, roti john, bread and butter pudding, kari ikan bawal, ayam percik dan banyak lagi.

Selain membeli menu di bazaar tersebut, turut disediakan aktiviti yang boleh disertai oleh semua seperti ‘fortune wheel’, beramah mesra bersama selebriti dari program Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton dan menangi hadiah istimewa dari Astro Shaw dan susu Goodday. Di booth bazaar itu juga terdapat kod QR yang boleh di imbas untuk dapatkan menu resepi pada hari tersebut.

Tambah menarik, program masakan ini menampilkan watak-watak popular dari drama Ramadan tahun lalu, Khun:sa seperti Che Ton yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad bersama watak Sarimah oleh Zarina Zainoordin dan Tuyah lakonan Ezu Hashim. Kali ini, Che Ton kembali bersama rakan-rakannya, termasuk kemunculan Sarimah dan Tuyah ke bumi selepas diculik oleh UFO turut membuatkan mereka turut serta dalam program tersebut.

Bagaimanapun, Sarimah dan Tuyah diberi satu misi daripada seorang lelaki misteri untuk membuat kebaikan dalam masa 29 hari. Sekiranya Sarimah dan Tuyah berjaya menyelesaikan misi itu, mereka boleh tinggal di bumi selamanya.

Selain mereka bertiga, setiap episod turut menampilkan tetamu jemputan iaitu watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel), Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud), P Ramlee (Tony Eusoff) dan ramai lagi.

Menurut Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bukan sekadar program realiti drama masakan, tetapi satu inovasi dalam pengalaman kandungan yang menghubungkan dunia hiburan dengan realiti. Buat pertama kalinya, penonton bukan hanya menonton kulinari dan belajar resipi di kaca televisyen, tetapi kita bawakan secara dekat kepada penonton untuk merasai sendiri hidangan yang disaksikan dengan membelinya di bazaar Ramadan.

Lebih mengujakan, barisan selebriti yang tampil dalam program masakan ini akan turut turun di bazaar pada hujung minggu sepanjang Ramadan untuk menjual dan beramah mesra bersama peminat dan pembeli. Ini membuka peluang baharu dalam industri kandungan, menggabungkan hiburan, pengalaman pengguna, dan nilai komersial yang lebih luas. Kami rasa berbesar hati usaha ini mendapat kerjasama strategik susu Goodday dan mengharapkan dapat memberi nilai tambah baru kepada kandungan tanah air serta pengalaman baru kepada penonton.” 

KEMERIAHAN DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON DI BAZAR RAMADAN STADIUM SHAH ALAM


7 Mac 2025, bazar dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti jemputan dari episod mingguan seperti Joey Daud, Tony Eusoff, dan Evertts Gomes. Mereka bukan sahaja beramah mesra dengan peminat dan pengunjung, tetapi mereka turun padang membantu menjual juadah yang disediakan. Menariknya, set menu hari ini menampilkan hidangan istimewa seperti set 1 : Nasi Hujan Panas, Daging Masak Kurma, dan pencuci mulut Kuih Onde Onde serta Creme Brulle dengan harga RM8.00, manakala set 2 : Nasi Putih, Thai Green Curry Chicken, dan Kek American Chocolate Fudge dengan harga hanya RM5.00.

15 Mac 2025, bazar dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti jemputan dari episod mingguan seperti Ropie, Zarina Zainoordin dan Ezu Hashim. Mereka bukan sahaja beramah mesra dengan peminat dan pengunjung, tetapi mereka turun padang membantu menjual juadah yang disediakan. Menariknya, set menu hari ini menampilkan hidangan istimewa seperti set 1 : Lamb Chops, Salad, Kentang Goreng dan pencuci mulut Bubur Jagung dengan harga RM5.00.

‘DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KONSEP TENGOK HARI INI & ESOK BOLEH BELI!

Pada 19 Mac 2025, program realiti drama masakan pertama di Malaysia dengan konsep ‘tengok hari ini dan esok beli’, Dapur Goodday : Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton telah menemui penonton setiap hari, jam 5.30 petang di saluran Astro Ria serta platform On Demand dan Astro GO. Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan di dalam program itu di bazar Ramadan, Stadium Shah Alam. 

‘DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KONSEP TENGOK HARI INI & ESOK BOLEH BELI!

Bazar dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti jemputan dari episod mingguan seperti Selebriti Sherry Al Hadad, Bell Ngasri, dan Nas Muammar Zar. Mereka bukan sahaja beramah mesra dengan peminat dan pengunjung, tetapi mereka turun padang membantu menjual juadah yang disediakan. Menariknya, set menu hari ini menampilkan hidangan istimewa seperti set 1 : Lasagna Ayam dan pencuci mulut Jeli Kelapa & Kacang dan set 2 : Nasi Lemak, Nasi Berempah dan pencuci mulut Jeli Kelapa & Kacang dengan harga RM5.00 setiap satu set. 

‘DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KONSEP TENGOK HARI INI & ESOK BOLEH BELI!

Program masakan ini menampilkan watak-watak popular dari drama Ramadan tahun lalu, Khun:sa seperti Che Ton yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad bersama watak Sarimah oleh Zarina Zainoordin dan Tuyah lakonan Ezu Hashim. Kali ini, Che Ton kembali bersama rakan-rakannya, termasuk kemunculan Sarimah dan Tuyah ke bumi selepas diculik oleh UFO turut membuatkan mereka turut serta dalam program tersebut. Bagaimanapun, Sarimah dan Tuyah diberi satu misi daripada seorang lelaki misteri untuk membuat kebaikan dalam masa 29 hari. Sekiranya Sarimah dan Tuyah berjaya menyelesaikan misi itu, mereka boleh tinggal di bumi selamanya.

Selain mereka bertiga, setiap episod turut menampilkan tetamu jemputan iaitu watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel), Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud), P Ramlee (Tony Eusoff) dan ramai lagi.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO. Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO. Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama