FIPPER X JUJUTSU KAISEN: LANGKAH BERGAYA DENGAN SEMANGAT ANIME RAYA 2025 | Assalammualaikum semua! Fipper dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama siri anime terkenal, Jujutsu Kaisen, untuk memperkenalkan koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen yang pastinya dinantikan oleh peminat setia dan pencinta fesyen. Koleksi khas ini hanya tersedia dalam kuantiti terhad sempena sambutan Hari Raya 2025!
Sebagai jenama terkemuka dalam industri Kasut, Fipper sentiasa berusaha untuk menginovasikan produk yang bukan sahaja selesa tetapi juga bergaya. Dengan populariti Jujutsu Kaisen, siri anime yang telah mencetuskan fenomena global, kolaborasi ini bakal menjadi antara edisi yang paling dinantikan tahun ini. Menariknya, anime ini turut menjadi kesukaan rakyat Malaysia kerana dalam salah satu episodnya, terdapat rujukan kepada Malaysia, khususnya Kuantan, yang menjadikan hubungan peminat tempatan dengan siri ini lebih istimewa.
Koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen menggabungkan unsur-unsur anime dengan ciri keselesaan yang menjadi identiti utama Fipper.
Menurut Fadila Aziz, Ketua Pemasaran Fipper, "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen kepada para peminat kami. Kolaborasi ini bukan sekadar satu gabungan fesyen dan anime, tetapi juga satu penghargaan kepada komuniti peminat Jujutsu Kaisen, terutamanya di Malaysia. Kami berharap koleksi ini bukan sahaja memenuhi keperluan peminat dari segi keselesaan tetapi juga membolehkan mereka mengekspresikan minat mereka terhadap anime ini dengan penuh gaya."
Koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen menampilkan dua jenis produk utama yang direka khas untuk keselesaan dan gaya peminat anime serta peminat Fipper:
1. Slip-On – Hadir dalam tiga warna eksklusif dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada dua watak ikonik Jujutsu Kaisen, iaitu Gojo Satoru dan Geto Suguru, serta logo rasmi Jujutsu Kaisen. Slip-On ini memberikan keselesaan optimum dan gaya yang unik kepada pemakainya, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mengutamakan keselesaan tanpa mengabaikan gaya.
2. Slipper – Versi bercetak eksklusif yang menampilkan elemen seni Jujutsu Kaisen dalam rekaan penuh gaya. Sesuai untuk kegunaan harian dan memberikan keselesaan kepada pemakai tanpa mengorbankan elemen fesyen. Direka untuk semua peringkat umur, slipper ini adalah pilihan terbaik untuk peminat tegar anime dan juga mereka yang ingin tampil dengan gaya unik pada musim perayaan ini.
Koleksi khas ini bukan sekadar produk fesyen biasa, tetapi juga satu bentuk penghormatan kepada dunia anime yang semakin mendapat tempat di hati peminat di seluruh dunia. Setiap rekaan dalam koleksi ini menampilkan elemen-elemen visual yang dihasilkan dengan penuh teliti untuk memastikan setiap butiran daripada Jujutsu Kaisen terserlah dalam rekaan akhir.
Dengan penggunaan teknologi cetakan berkualiti tinggi, Fipper memastikan setiap produk dalam koleksi ini tahan lama dan memberikan pengalaman pemakaian yang terbaik kepada pengguna.
Koleksi khas ini bakal menjadi rebutan kerana ia dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan hanya tersedia untuk musim perayaan Raya 2025. Koleksi ini kini boleh didapati di semua kedai Fipper dan juga secara dalam talian.
Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, Fipper telah menyediakan hadiah untuk setiap pembelian. Sementara stok masih ada!
1. Dapatkan Kipas Mini secara percuma apabila anda membeli RM 50 dan ke atas. Hadiah ini tersedia di semua cawangan Fipper.
2. Dapatkan Sampul Raya secara percuma dengan setiap pembelian RM 30 dan ke atas. Hadiah ini tersedia melalui pembelian secara dalam talian sahaja.
3. Dapatkan Phone Grip secara percuma dengan setiap pembelian RM 30 dan ke atas. Hadiah ini tersedia melalui pembelian secara dalam talian sahaja.
#FipperxJujutsuKaisen #FipperLimitedEdition #Raya2025 #StepWithStyle
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.