HERBALIFE BEKERJASAMA DENGAN UITM, UPM DAN NSM BAGI MENERUSKAN KOMITMEN TERHADAP PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN MAHASISWA MAHASISWI DI MALAYSIA

HERBALIFE BEKERJASAMA DENGAN UITM, UPM DAN NSM BAGI MENERUSKAN KOMITMEN TERHADAP PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN MAHASISWA MAHASISWI DI MALAYSIA | Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, telah mempelopori bidang kesihatan dan pemakanan di Malaysia. Menerusi kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Herbalife telah membawa impak positif kepada lebih daripada 5,000 pelajar, atlet dan profesional kesihatan masa depan sepanjang tempoh lima tahun yang lepas. 

Sebagai siswazah dari universiti di Malaysia, Ruby memahami kehidupan para mahasiswa dan mahasiswi yang sentiasa sibuk fokus belajar dan tugasan setiap semester. Ada ketika, kita tidak menjaga pemakanan. Makan apabila rasa betul-betul lapar. Pada ketika itu, waktu makan sudah melebihi masa yang sepatutnya. Waktu tengah malam sebelum tidur dan jenis makanan pula yang tidak menyihatkan. Jadi, beruntungnya mahasiswa dan mahasiswi mendapat perhatian dari Herbalife. 

(dari kiri ke kanan) Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Timbalan Dekan Hubungan Industri Penyelidikan UiTM; Profesor Dr Mohad Anizu Mohd Nor; YBhg. Profesor Dr Shahriman Zainal Abidin; Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura; Subashni Sundarasan, Ketua Komunikasi Korporat, Asia Tenggara menandatangani MoU antara UiTM dan Herbalife sejak 2021.

Atlet dan pelajar UiTM menghadiri sesi perkongsian ilmu yang diketuai oleh Dr Dana Ryan (tengah)

Herbalife bekerjasama dengan MASM dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM untuk memperkasakan jurulatih bola sepak Malaysia. (Dari kiri ke kanan) Profesor Madya Dr Mahenderan Appukutty, Naib Presiden MASM; Profesor Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam dan juga Ketua Kecergasan Persatuan Bola Sepak Selangor; Reuben Jude Balraj, Ketua Jurulatih Prestasi Tinggi dan Bola Sepak, Persatuan Bola Sepak Malaysia; Subashni Sundarasan, Ketua Komunikasi Korporat, Asia Tenggara.

Dari kiri: Dr Tee E Siong, Presiden NSM dan Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, yang perkongsiannya telah memupuk perbincangan dan inisiatif yang diketuai pakar yang menyumbang kepada kemajuan kesihatan awam.


Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar HerbalifeMalaysia dan Singapura, mengulas, "Kami sukacita kerana telah membentuk pakatan berharga berlandaskan wawasan bersama untuk membina negara yang lebih sihat. Menerusi kerjasama ini, kami telah berjaya mendidik, memberi inspirasi dan mendorong perubahan positif dalam kesihatan dan kesejahteraan. Meninjau ke hadapan bagi tahun 2025 dan seterusnya, kami tetap komited untuk menerajui inisiatif untuk memperkasakan individu denganilmu pemakanan berlandaskan sains."
Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi pengedar bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk berlandaskan sains kepada pengguna di lebih daripada 90 pasaran menerusi pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif untuk menikmati kehidupan terbaik mereka.

KERJASAMA SAINS SUKAN DENGAN UITM DAN UPM


Salah satu perkongsian yang paling bermakna telah dijalindengan UiTM, universiti terbesar di Malaysia. Sejak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi UiTM pada tahun 2021, Herbalife telah menggalakkan pemakanan yang sihat dan kehidupan seimbang melalui sesi perkongsian ilmu dan kerjasama dengan badan sukan penting seperti Institut Sukan Negara, Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM), dan Persatuan Sains Senaman dan Sukan Malaysia (MESSA).

Pada tahun 2022, Herbalife meluaskan usahanya dengan menyediakan pendidikan pemakanan sukan bersasar kepada pasukan bola sepak profesional dan atlet pelajar UiTM. Sesi 'Protein Soya dan Prestasi Sukan', yang diketuai oleh Pengarah Prestasi dan Pendidikan Sukan Herbalife, membawa manfaat kepada lebih 100 atlet dan profesional sukan dengan menyediakan ilmu pemakanan penting untuk mengoptimumkan prestasi.

Momentum itu diteruskan pada 2023 dengan Siri Bengkel Sains Bola Sepak MASM, yang melibatkan lebih 100 pelajar, atlet dan jurulatih dalam sesi yang diketuai oleh ahli Lembaga Penasihat Kecergasan Herbalife dan Ketua Kekuatan dan Kecergasan LA Galaxy, Adam Waterson. Beliau telah berkongsi pandangan tentang latihan prestasi elit dan pemulihan. Pada tahun yang sama, Herbalife melancarkan Program Keusahawanan pertamanya dengan UiTM, untuk melengkapkan 80 pelajar dengan pengetahuan perniagaan dan kepakaran pemakanan.

Prof Madya Dr. YM Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM, berkata, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Herbalife, yang telah memainkan peranan penting dalam usaha memajukan pendidikan pemakanan sukan dan prestasi sukan UiTM. Perkongsian ini telah memperkasakan pelajar dan atlet kami dengan ilmu dan alat yang diperlukan untuk cemerlang dalam kerjaya sukan dan mencapai cita-cita keusahawanan mereka."

Pada tahun 2024, Herbalife melanjutkan perkongsian sains sukan menerusi kerjasama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Satu inisiatif penting yang dilaksanakan ialahwebinar 'Ketetapan Minda Atlet dan Latihan Berpandukan Data' yang menghubungkan pelajar dengan pakar-pakar pemakanan dan prestasi sukan global, memberikan pandangan tentang penghidratan, masa pengambilan nutrien dan teknik pemulihan.

MEMAJUKAN SAINS PEMAKANAN DAN KESIHATAN AWAM DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PEMAKANAN MALAYSIA (NSM)

Selain pakatan akademik, Herbalife telah memainkan peranan penting membangunkan bidang sains pemakanan dan kesihatan awam melalui kerjasamanya dengan NSM. Sejak tahun 2020, kerjasama ini telah menyaksikan penganjuran webinar yang dikendalikan pakar dan perbincangan saintifik mengenai topik pemakanan kritikal seperti hubung kait usus-otak dan kesihatan kognitif dalam penuaan. Di samping itu, Herbalife telah bergabung tenaga dengan pakar-pakar pemakanan NSM untuk menerbitkan pelbagai artikel penyelidikan, sejajar dengan usahaNSM untuk menggalakkan penyelesaian pemakanan yang mampan dan berasaskan bukti.

Herbalife juga telah menaja Hadiah Penerbitan NSM sejak tahun 2020, sebuah inisiatif yang mengiktiraf sumbangan cemerlang dalam bidang penting seperti makanan fungsian, penuaan, pemakanan sihat, aktiviti fizikal, serat makanan, protein soya, dan status pemakanan orang awam.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Presiden NSM, Profesor Madya Dr Mahenderan Appukutty, berkata, "Kerjasama kami dengan Herbalife sejajar dengan misi kami untuk menggalakkan, memajukan dan menyebarkan pengetahuan saintifik tentang makanan dan pemakanan sambil memupuk amalan pemakanan sihat dan kehidupan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui perbincangan saintifik yang berterusan, kami terus mempelopori inovasi dalam bidang pemakanan untuk meningkatkan kesihatan awam, yang akhirnya membawa manfaat kepada masyarakat di seluruh negara dan juga di rantau ini."

Semoga usaha murni dari Herbalife dapat diteruskan dan menembusi universiti-universiti di Malaysia yang lain. 

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama