MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025 | Assalammualaikum semua! Pertama kali dalam hidup Ruby dapat sertai taklimat pempamer. Terima kasih pihak Absolut Event & Management dan My Events International menjemput, baru Ruby nampak persiapan untuk bazar bukan hanya cari pempamer, cari sponsor dan terus biar pempamer datang tanpa jadual dan susun atur yang selamat. Faktor keselamatan paling kita semua bimbang. Mungkin ada yang dah biasa join bazar akan rasa dihargai apabila join Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya ni. 

Pengalaman Ruby hanya berniaga di Bazar Ramadan hanya masak, logistik ke bazar, sediakan gerai dan hidang makanan. 3 petang hingga 8 malam. Begitulah rutin anak-beranak di Bazar Ramadan. Tapi kalau 66 jam tanpa henti? Jangan degil tak dengar arahan okay? Nanti masa pengunjung sesak membeli-belah, masa itulah pempamer nak tambah stok. Plan bagaimana anda sebagai pempamer nak urus perniagaan semasa di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya okay? Patutlah ramai pempamer ikut rapat selama 4 tahun. Mereka selesa dengan lokasi di MITEC dan bagaimana semua urusan teratur. 

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

8 Mac 2025 telah berlangsung taklimat pempamer Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 (ABxFGR25) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Taklimat ini diadakan untuk memberi penerangan kepada semua usahawan yang menjadi pempamer ABxFGR25. Pada tahun ini, ABxFGR membuka jualan tapak reruai lebih daripada 700 termasuk Mini Absolut Food Fest dan ini adalah yang terbesar berbanding pada tahun 2024.

Pihak penganjur memulakan sesi taklimat dengan mengumumkan barisan rakan penaja untuk ABxFGR25. Pada tahun ini, ABxFGR25 dibawakan secara eksklusif oleh USANITA Sdn Bhd manakala Boost sebagai Bank Digital Rasmi, Proton sebagai Rakan Eksklusif Automotif, Aik Cheong sebagai Minuman Rasmi dan Ombak Exclusive sebagai Rakan Percetakan Rasmi.

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

Selain itu, ABxFGR25 juga mendapat sokongan daripada barisan rakan penaja bersama seperti GlamPick, Wardah, Kahf, Todak, Sugar Bomb, Isetan, Pos Malaysia, Bulan Bintang, Elrah Exclusive, Dally, Kunafa Aiwahhh, Mis-clarie, NIMS Adeliciousz, She Dazzle, Mira Gold, Blanco Fragrance dan Lavvanya Beauty.

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

Di samping itu, penganjur juga turut mengumumkan aktiviti menarik sepanjang 66 jam, yang menawarkan habuan menarik kepada pengunjung. Pada tahun ini pihak penganjur menyediakan hadiah yang sangat lumayan kepada semua pengunjung yang hadir dan berbelanja di ABxFGR iaitu sebuah kereta Proton Saga. Semua pengunjung yang berbelanja dengan nilai minimum RM500 berpeluang untuk menyertai peraduan ‘Teka dan Menang Kereta Raya Bersama Proton’

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

Aktiviti wajib dan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung pada hari pertama ABxFGR tentunya Money Chamber, di mana hanya dibuka kepada 100 pengunjung terawal sahaja. Selain daripada itu, turut disediakan Wheel of Fortune Raya, di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi wang tunai. Aktiviti sampingan setiap tahun seperti jualan ‘Happy Hour’, sesi beramah mesra bersama selebriti Malaysia dan mini konsert juga menjadi tumpuan untuk semua pengunjung ABxFGR.

ABxFGR tahun ini akan dihadiri oleh barisan selebriti ternama, artis, dan hiburan tanpa henti yang merangkumi bintang-bintang besar. Pelbagai artis terkemuka akan menyertai acara ini dan menyajikan hiburan yang menghiburkan.

Absolut Event & Management merupakan jenama baru yang dicipta dengan pengluasan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah-tengah Lembah Klang dengan menempatkan produk mereka di lebih daripada 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha mendekati masyarakat. Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali keempat mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak.

Dengan pengalaman selama 18 tahun, My Events International, merupakan peneraju dalam pengurusan acara, menyediakan pelbagai penyelesaian dan mencipta kandungan global yang memukau. Dengan keupayaan yang telah teruji dan kebolehan untuk berinovasi, syarikat ini mempunyai ibu pejabat di Malaysia dan telah membuka cawangan untuk berkhidmat kepada pasaran global di 10 buah negara lain termasuk Arab Saudi, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda, dan United Arab Emirates. Syarikat ini teguh berdiri dengan matlamat untuk melampaui jangkaan, membina modal insan, dan membentuk acara yang memukau. 


MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025

MENANGI KERETA RAYA IMPIAN DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025


Pihak penganjur menyeru semua warga Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025 yang bakal berlangsung pada 21 - 24 Mac 2025 di MITEC, Kuala Lumpur. Festival raya terbesar 2025 ini akan diadakan selama 66 jam tanpa henti, bermula pada 12 tengah hari (21 Mac) sehingga 6 pagi (24 Mac).

Jumpa anda di ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025!


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama