MERDEKA 118 AGIH BUBUR LAMBUK BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA

MERDEKA 118 AGIH BUBUR LAMBUK BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA | Assalammualaikum semua! Sempena bulan Ramadan, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah menganjurkan acara tahunan ‘Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118’ buat kali kedua. 
MERDEKA 118 AGIH BUBUR LAMBUK BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA


PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV) ditubuhkan pada Jun 2000 dan merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNBMV ialah pemilik tanah dan pemegang amanah tunggal Stadium Merdeka dan juga Stadium Negara. Kedua-dua stadium ini telah disenaraikan sebagai tapak “Warisan Negara” pada Oktober 2005 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Selepas itu, PNBMV telah menjalankan usaha pemuliharaan yang teliti, sekali gus membolehkan Stadium Merdeka memenangi Anugerah Kecemerlangan UNESCO bagi Program Pemuliharaan Warisan Budaya (Asia Pasifik) 2008. 

Presint Merdeka 118 ialah pembangunan kegunaan bercampur yang terdiri daripada ruang pejabat premium Gred A, Dek Pemerhatian The View at 118, hotel Park Hyatt Kuala Lumpur, pusat beli-belah tujuh tingkat yang dinamakan 118 Mall dan tiga menara kediaman premium yang dikenali sebagai ‘Merdeka Residences’. Pembangunan Merdeka 118 tersergam di taman linear 4 ekar yang dikenali sebagai ‘Merdeka Boulevard at 118’. Menara Merdeka 118 telah diiktiraf sebagai menara bangunan kedua tertinggi di dunia oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH) pada Oktober 2023. Selepas itu, menara ini dibuka secara rasmi pada 10 Januari 2024 oleh Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada tahun ini, acara tersebut bertambah istimewa kerana buat julung kalinya bubur lambuk disediakan dan diagihkan di Stadium Merdeka. Acara ini menghimpunkan sukarelawan dan penduduk setempat yang berpeluang untuk beramah mesra dan menjalin hubungan bermakna.


MERDEKA 118 AGIH BUBUR LAMBUK BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA

MERDEKA 118 AGIH BUBUR LAMBUK BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA


Diadakan pada hari Jumaat yang mulia, acara ini menyaksikan sukarelawan daripada PNB dan PMVSB bersama-sama menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar. Dari jam 7:30 pagi, sukarelawan berganding bahu memasak juadah berbuka puasa ini untuk pengagihan yang bermula pada jam 2:00 petang selepas solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah. Inisiatif ini berjaya menghimpunkan ratusan penduduk setempat, dengan pengagihan 500 bungkus bubur lambuk untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di presint Merdeka 118. 

Mohd Azmi Bin Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam (PA) Seri Sarawak, berkongsi, “Kami amat menghargai keprihatinan PMVSB yang sentiasa komited untuk berhubung dan menyokong komuniti sekeliling. Kehadiran mereka benar-benar memberi impak positif kepada penduduk di sini. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menjalankan program Bubur Lambuk bersama, dan selain itu, PMVSB juga banyak membantu melalui inisiatif seperti projek madu lebah kelulut, Dapur Komuniti, serta baik pulih taman kami. Kerjasama ini sangat bermakna, dan kami berharap ia akan terus berlanjutan pada masa akan datang.”

Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, yang turut hadir semasa pengagihan bubur lambuk berkata, “Inisiatif ‘Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118’ bukan sekadar aktiviti biasa, tetapi satu usaha bermakna untuk merapatkan hubungan dalam komuniti Merdeka 118. Kami tidak mahu terasing daripada komuniti sekeliling, tetapi menjadi sebahagian daripadanya. Penganjuran acara di Stadium Merdeka tahun ini membuka ruang untuk kami lebih dekat dengan komuniti dan mengukuhkan lagi jalinan yang sedia ada. Kami komited untuk terus menganjurkan inisiatif yang mengutamakan serta memberi manfaat kepada komuniti di sini.”

Tahun lalu, program ini bermula dengan pengagihan hampir 450 pek bubur lambuk kepada penduduk PA Seri Sarawak, PA Jalan Hang Tuah, PA Loke Yew, dan PA Seri Selangor. Tahun ini, dengan skala yang lebih besar dan sokongan yang lebih meluas, inisiatif ini berpeluang untuk menyantuni lebih ramai anggota komuniti.

Inisiatif ‘Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118’ adalah salah satu daripada pelbagai program berasaskan komuniti yang dianjurkan di Stadium Merdeka sejak ia diaktifkan semula. Sebagai tempat tumpuan ramai, stadium bersejarah ini terus menganjurkan pelbagai aktiviti, daripada acara sukan, kesenian dan warisan kepada program hiburan dan banyak lagi.


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama