NANDO'S LANCAR INISIATIF "QUARTER FOR KASIH"

NANDO'S LANCAR INISIATIF "QUARTER FOR KASIH" | Assalammualaikum semua! Bersempena bulan Ramadan yang mulia. Nando's telah melancarkan ‘Quarter for Kasih’ Berkongsi Kemuliaan Ramadan, Satu Hidangan pada Satu Masa. Ramadan adalah bulan untuk muhasabah diri, bersyukur dan berkongsi kebaikan. Ketika matahari terbenam dan ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa, terdapat kegembiraan yang unik dalam berkongsi hidangan bersama insan tersayang. 

NANDO'S LANCAR INISIATIF "QUARTER FOR KASIH"

Tahun ini, Nando's akan menambahkan lagi kemuliaan Ramadan dan PERi-PERi dengan "Quarter for Kasih", satu usaha yang mengubah setiap hidangan menjadi detik bermakna. Nando's menjemput rakyat Malaysia untuk sama-sama berkongsi kemuliaan, kasih (dan ayam!) pada 5 hingga 19 Mac 2025 bersama komuniti yang memerlukan. Bagi setiap hidangan yang didermakan, Nando's akan padankan pemberian itu dan menyebarkan lebih banyak keriangan kepada 24 buah rumah kebajikan di seluruh Malaysia!

Ini bukan hanya tentang makanan semata-mata kerana setiap penderma akan menerima satu kad Ramadan khas untuk menyampaikan nukilan dari hati dengan harapan agar kata-kata itu dapat menceriakan hari mereka. Hidangan (dan nota) akan disampaikan sekali dengan hidangan yang akan diberikan pada tempoh pelaksanaan dari 7 hingga 27 April 2025.

Nando's bukan sekadar sebuah restoran – ia adalah sebuah jenama yang dibina dengan semangat, keaslian dan hubungan yang bermakna. Menjunjung semangatnya yang membara, Nando's percaya akan penyatuan masyarakat melalui makanan lantas menjadikannya sebagai saluran untuk kebaikan sejagat.

"Dengan 'Quarter for Kasih,' kami menjemput semua orang untuk membuat perbezaan melalui perbuatan berkongsi yang nampak mudah tetapi sangat berkuasa. Inisiatif ini bukan semata-mata menyediakan hidangan; kita mahu mencipta detik-detik kebersamaan terutamanya dalam bulan Ramadan," kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando's' Malaysia & Singapura.


Sertai Nando's dan sama-sama menyebarkan kebaikan serta senyuman riang, satu hidangan pada satu masa! Ikuti cara berikut untuk menyumbang:

1. Derma 1⁄4 ayam dan 1 hidangan sampingan di mana-mana cawangan Nando's dengan membuat pesanan secara dalam talian di meja atau di kaunter.

2. Tulis satu nukilan peribadi pada kad Ramadan.

3. Nando's akan padankan setiap hidangan yang didermakan dan menyerahkannya ke rumah kebajikan dalam tempoh pelaksanaan!

NANDO'S LANCAR INISIATIF "QUARTER FOR KASIH"

Sempena semangat kebersamaan ini, Nando's turut memperkenalkan menu Riuh Raya Together-Gather yang sedia dipesan dari 25 Februari hingga 6 April 2025. Menu ini sesuai untuk berbuka bersama rakan, keluarga atau sepupu yang suka mencuri kentang goreng anda. Datanglah untuk merasai PERi-PERi, makan di sini untuk berkongsi kasih dan marilah kita menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna, satu hidangan pada satu masa.

Kisah Nando's bermula di sebuah kawasan pinggir bandar kecil di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 1987 dengan semangat mendalam terhadap ayam PERi-PERi panggang berapi yang terinspirasi daripada masakan Portugis. Pada tahun 1998, Nando's membuka restoran pertama di Kuala Lumpur dan sejak itu telah memikat selera rakyat Malaysia. Kini, 78 buah restoran Nando's telah bertapak di seluruh Malaysia dan terkenal dengan ayam PERi-PERi panggang berapi yang ikonik serta lazat. Di Nando's, kami menyambut pelanggan dengan ramah, mesra dan seronok sambil menyajikan hidangan yang pasti meninggalkan kenangan manis.

Nando's menawarkan pelbagai hidangan serta resipi yang pasti memikat selera semua dengan pelbagai tahap kepedasan ikonik – Lemon & Herb, Mild, Hot & Extra Hot – sama ada dengan tulang atau tanpa tulang, dalam wrap atau burger dan dihidang bersama hidangan sampingan, salad, pembuka selera dan menu boleh kongsi yang lazat. Anda pasti akan teruja dengan pelbagai pilihan yang ada! Tidak kira sama ada untuk makan ringan, majlis keluarga atau keluar bersama rakan, anda pasti mencapai kepuasan melampaui deria rasa anda.


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama