NATURMERIC PERKENAL INOVASI KESIHATAN BERASASKAN KUNYIT HITAM TULEN DENGAN KERJASAMA NATURMEDS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Penyelidikan demi penyelidikan gigih dilaksanakan oleh pakar dalam mencari ketulenan sesuatu bahan herba. Melalui Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semulajadi (NaturMeds), Institut BIOSAINS, Universiti Putra Malaysia, maka terhasil Kunyit Hitam Tulen buatan Malaysia buat julung kalinya Naturmeric. Ini merupakan pencapaian hebat kerana manfaat Kunyit Hitam sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita.
Kunyit Hitam (Curcuma caesia) telah lama dikenali sebagai antara agen penyembuhan anti radang yang paling tertinggi. Berikut adalah sebab mengapa ia begitu berharga:
Tidak banyak syarikat tempatan khususnya daripada kelas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang begitu serius terhadap aspek kajian dan pembangunan (R&D) bagi memastikan produk yang ditawarkan di pasaran benar-benar berkualiti dan selamat digunakan oleh pelanggan. Salah sebuah syarikat yang menyedari manfaat tersebut, Naturmeric telah mengorak langkah berani untuk membawa sumber bahan mentah produk Naturmeric ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjalani kajian dan pembangunan (R&D) secara komprehensif.
Shah Hafiz mengakui bahawa membina kepercayaan dalam industri kesihatan adalah satu cabaran besar, memandangkan Naturmeric masih baharu di pasaran tetapi pihaknya yakin produk yang berkualiti pasti akan mendapat tempat di hati pengguna. Sementara menunggu kajian untuk produk kapsul Naturmeric selesai, syarikat ini merancang untuk melancarkan makanan berfungsi berasaskan Kunyit Hitam, yang digabungkan dengan bahan semula jadi lain seperti habbatus sauda dan madu.
Ikan zebra ialah organisma model vertebrata yang penting dan digunakan secara meluas dalam penyelidikan saintifik, khususnya biologi perkembangan, tetapi juga fungsi gen, onkologi, teratologi, dan pembangunan dadah, khususnya pembangunan pra-klinikal. Ia juga terkenal dengan kebolehan regeneratifnya, dan telah diubah suai oleh penyelidik untuk menghasilkan banyak strain transgenik.
Ketua Pegawai Eksekutif Naturmeric, Shah Hafiz Borhannudin (dua dari kanan) bersama Pengarah Penyelidik Naturmeric Prof Intan Safinar Ismail (tiga dari kiri) berkerjasama dalam membangunkan produk berasaskan kunyit hitam tulen bagi membantu isu kesihatan kronik berkaitan keradangan.
Kita sering dengar tentang pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, arthritis, dan kanser. Tetapi, tahukah anda bahawa sehingga 70% daripada masalah kesihatan ini berpunca daripada keradangan kronik? Kajian juga menunjukkan bahawa 50% hingga 80% penyakit kronik mempunyai kaitan langsung dengan keradangan dalam badan. Ini termasuk penyakit yang mungkin kita anggap biasa, seperti sakit sendi, keletihan melampau, dan masalah imuniti yang lemah. Namun, dalam dunia yang penuh dengan ubat sintetik, alam semula jadi telah menyediakan satu penyelesaian luar biasa untuk melawan keradangan, iaitu Kunyit Hitam (Curcuma caesia).
Kunyit Hitam (Curcuma Caesia)
MANFAAT NATURMERIC
Kunyit Hitam (Curcuma caesia) telah lama dikenali sebagai antara agen penyembuhan anti radang yang paling tertinggi. Berikut adalah sebab mengapa ia begitu berharga:
- Ia kaya dengan Curcumin & Antioksidan – membantu mengurangkan keradangan & melawan radikal bebas.
- Menyokong kesihatan jantung & sendi – penting untuk mereka yang mengalami arthritis atau masalah peredaran darah.
- Menguatkan sistem imun – membantu badan melawan jangkitan & penyakit kronik.
- Meningkatkan tenaga & daya tahan badan – menyokong gaya hidup aktif & sihat.
KOMITMEN NATURMERIC KEPADA KESIHATAN MASYARAKAT
Terlalu banyak produk di pasaran yang mengelirukan pengguna dengan mendakwa menjual Kunyit Hitam (Curcuma caesia) , tetapi sebenarnya ia adalah Halia Hitam. Naturmeric adalah produk yang telah diperakui oleh pihak UPM, diuji secara saintifik, dan mengandungi 100% Kunyit Hitam Tulen (Curcuma Caesia) – bukan Halia Hitam atau campuran bahan lain. Naturmeric hadir untuk membantu memberikan penyelesaian yang berpotensi memberi kesan yang positif kepada masyarakat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dengan cara semula jadi yang lebih selamat.
Jenama Naturmeric™️ memperkenalkan produk yang berasaskan kunyit hitam tulen (curcuma caesia atau "black turmeric"), dalam usaha membantu isu kesihatan kronik yang berkaitan dengan keradangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Naturmeric, Shah Hafiz Borhannudin, berkata Naturmeric™️ dihasilkan menerusi penyelidikan saintifik dan perubatan moden bagi memastikan keberkesanan serta keselamatan produk. Memilih kunyit hitam (Curcuma caesia) sebagai bahan mentah untuk dikaji bagi menghasilkan produk berasaskan herba ekoran keberkesanan bahan tersebut yang membantu meningkatkan tahap kesihatan dirinya sebelum ini.
Beliau berkata, sebagai bahan semula jadi, kunyit hitam terkenal sebagai agen anti-radang dan mempunyai manfaat termasuk kaya dengan curcumin dan antioksidan berpotensi membantu mengurangkan keradangan dan melawan radikal bebas, ia juga menyokong kesihatan jantung, respiratori dan sendi, sesuai untuk pesakit arthritis, gout, masalah pernafasan serta masalah peredaran darah.Menurut beliau, proses R&D tersebut telah dijalankan di Institut Biosains di universiti berkenaan bertujuan untuk memastikan produk Naturmeric dikaji secara menyeluruh bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk tersebut. Tambahnya sehingga kini, produk Naturmeric masih melalui kajian intensif bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya dan proses berkenaan telah diketuai oleh Pengarah Penyelidikan Institut Biosains, Prof. ChM. Dr. Intan Safinar Ismail.
“Proses penyelidikan ini akan berterusan sehingga ke peringkat kajian klinikal, yang mana ujian akan dilakukan ke atas manusia untuk mengkaji tindak balas tubuh terhadap manfaat kunyit hitam. Untuk menghasilkan produk bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mengambil kira aspek keselamatan dan ketulenan agar tiada isu yang tidak diingini berlaku di masa hadapan. Selain daripada memastikan kajian berjalan lancar, cabaran lain yang dihadapi termasuklah mendapatkan bekalan kunyit hitam kerana herba ini berasal dari Madhya Pradesh, India dan ia sukar diperoleh.” katanya.“Selain itu, kunyit hitam juga membantu menguatkan sistem imun dan meningkatkan daya tahan badan terhadap jangkitan serta ia boleh menambahkan tenaga bagi menyokong gaya hidup aktif. Dengan pasaran suplemen kesihatan berasaskan herba yang semakin berkembang, peningkatan kesedaran pengguna terhadap produk semula jadi terbukti secara saintifik.,” katanya
“Dengan pendekatan berasaskan penyelidikan dan jaminan kualiti, Naturmeric™️ menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam segmen suplemen tempatan, sekali gus membantu masyarakat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik secara semula jadi,” katanya.
LADANG SELUAS 40 HEKTAR DI JOHOR
“Sebagai langkah strategik, syarikat kini mengusahakan ladang penanaman kunyit hitam seluas 40 hektar di Johor Bahru. Dengan ini, kami dapat memastikan bekalan herba ini sentiasa mencukupi tanpa perlu bergantung kepada bekalan import,” ujarnya .
Shah Hafiz mengakui bahawa membina kepercayaan dalam industri kesihatan adalah satu cabaran besar, memandangkan Naturmeric masih baharu di pasaran tetapi pihaknya yakin produk yang berkualiti pasti akan mendapat tempat di hati pengguna. Sementara menunggu kajian untuk produk kapsul Naturmeric selesai, syarikat ini merancang untuk melancarkan makanan berfungsi berasaskan Kunyit Hitam, yang digabungkan dengan bahan semula jadi lain seperti habbatus sauda dan madu.
Shah Hafiz berkata, syarikat juga sedang meneroka lebih banyak kajian usahasama bersama Naturmeds UPM bagi memperluaskan manfaat kunyit hitam kepada pengguna.
“Ini kerana, dalam pasaran suplemen tempatan, terdapat banyak produk yang mendakwa mengandungi kunyit hitam, tetapi sebenarnya menggunakan halia hitam atau campuran bahan lain. Produk Naturmeric yang sedang kami bangunkan telah disahkan 100 peratus mengandungi kunyit hitam (curcuma caesia) tulen oleh UPM, tanpa sebarang bahan tiruan atau campuran lain. Kami berharap kajian ini berjalan lancar supaya kami dapat membantu lebih ramai orang meningkatkan kesihatan secara semula jadi,” ujarnya.
KUNYIT HITAM (CURCUMA CAESIA) DISAHKAN ASLI OLEH UPM
Produk Naturmeric telah disahkan menggunakan Kunyit Hitam (Curcuma caesia) yang benar-benar asli oleh pihak UPM. Ia juga telah melalui ujian keselamatan dari makmal-makmal yang diiktiraf dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Pihak Naturmeric dan pihak Naturmeds UPM juga dalam proses meneroka untuk menjalankan kajian dengan lebih mendalam tentang kunyit hitam yang akan berpotensi memberikan lebih banyak manfaat kepada pengguna.
Lebih membanggakan, produk ini dipandu oleh seorang tokoh penyelidikan yang dihormati, iaitu Prof. Dr. Intan Safinar Ismail. Beliau bukan sahaja seorang saintis, tetapi telah menerajui lebih daripada 10 projek penyelidikan mengenai Kunyit Hitam (Curcuma caesia) sepanjang karier akademiknya. Kini, selepas bersara, beliau menyertai Naturmeric sebagai Pengarah Penyelidikan, memastikan produk ini benar-benar berkualiti, selamat, dan berkesan.
Pengarah Penyelidik Naturmeric Yang Berbahagia Profesor Kanmis Doktor Intan Safinar Ismail, Profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM.
Profesor Madya ChM. Dr. Siti Munirah Mohd Faudzi, Ketua Laboratori Institut Biosains, Laboratori Penyelidikan Ubatan Dan Produk Semulajadi (NaturMeds) UPM.
Fasiliti & Teknologi kajian di Institut Biosains.
Penggabungan laboratori telah dilaksanakan sejak tahun 2020 bagi meningkatkan dan memantapkan penyelidikan & pembangunan, inovasi dan pengkomersilan dalam bidang bioubatan dan bioterapeutik. Laboratori ini berteraskan dua program penyelidikan utama iaitu Nutri-kosmesutikal, & Nutrigenomik pengangkutan Nano dan Kejuruteraan Protein Terapeutik.
Kedua-dua program ini menjurus ke arah penyelidikan dan pembangunan kosmesutikal, nutraseutikal dan ubatan bioterapeutik untuk pencegahan dan rawatan pelbagai penyakit gaya hidup seperti penyakit kardiovaskular, kanser kolon, kencing manis dan penyakit Alzheimer.
Bagi mencapai matlamat yang disasarkan, Laboratori Bioubatan Molekul bekerjasama dengan institusi penyelidikan terkenal serta syarikat terkemuka di industri masing-masing melalui kolaborasi projek penyelidikan, pertukaran inovasi dan pemindahan teknologi.
Bagi mencapai matlamat yang disasarkan, Laboratori Bioubatan Molekul bekerjasama dengan institusi penyelidikan terkenal serta syarikat terkemuka di industri masing-masing melalui kolaborasi projek penyelidikan, pertukaran inovasi dan pemindahan teknologi.
Di samping itu, Laboratori ini juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan berteknologi tinggi kepada penyelidik dan pelajar pasca siswazah tempatan dan luar negara untuk bersama-sama membangun dan memajukan inovasi dan industri bioubatan molekul di Malaysia.
KAJIAN MELALUI ZEBRAFRISH
Ikan zebra (Danio rerio) ialah spesies ikan bersirip sinar air tawar kepunyaan keluarga Danionidae dari ordo Cypriniformes. Berasal dari Asia Selatan, ia adalah ikan akuarium yang popular, sering dijual di bawah nama dagang zebra danio (dan oleh itu sering dipanggil "ikan tropika" walaupun ia adalah tropika dan subtropika).Ikan zebra ialah organisma model vertebrata yang penting dan digunakan secara meluas dalam penyelidikan saintifik, khususnya biologi perkembangan, tetapi juga fungsi gen, onkologi, teratologi, dan pembangunan dadah, khususnya pembangunan pra-klinikal. Ia juga terkenal dengan kebolehan regeneratifnya, dan telah diubah suai oleh penyelidik untuk menghasilkan banyak strain transgenik.
“Mengikut statistik, sehingga 70 peratus daripada masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, gout, arthritis, masalah respiratori seperti asma dan resdung berpunca daripada kaitan langsung dengan keradangan dalam badan. Naturmeric ini bukan sekadar suplemen biasa di pasaran, malah ia telah disahkan menggunakan kunyit hitam tulen oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan produk makanan ini turut menjalani ujian keselamatan di makmal diiktiraf,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Naturmeric, Shah Hafiz Borhannudin.
Mahu berkongsi pengalaman, rahsia dan rezeki bersama masyarakat termasuk usahawan di pasaran untuk jangka masa panjang, beliau berkeyakinan bahawa ini adalah langkah tepat bagi syarikat untuk memberi nilai kepada produk yang bakal diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi selepas selesainya kajian berkenaan. Meskipun ia melibatkan sejumlah kos pelaburan yang besar tapi demi untuk merealisasikan misi tersebut, Shah Hafiz tidak menoleh kebelakang lagi malah lebih bersemangat untuk melihat hasilnya nanti sebelum ia dipasarkan.
"Revitalizing Health, Naturally."
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.