PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB | Setelah kejayaan pembukaan Restoran Itik Ke Ayam? di Taman Melawati, Kuala Lumpur oleh Haji Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz yang lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak. Pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia Johan telah mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan melancarkan konsep jualan melalui “Vending Machine”, kolabrasi bersama Chef Dato' Fazley Yaakob dan 2 produk baharu RTE (Ready-To-Eat) Itik Ke Ayam? Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Itik Ke Ayam? Ayam Salai Masak Lemak Cili Api.

Sebagai pemilik dan pengasas Itik ke Ayam?. Konsep perniagaan baharu beliau melalui “Vending Machine” sangat mudah diselenggara. Pembeli boleh mendapatkan produk jualan pada bila-bila masa mengikut waktu operasi AEON BiG. Produk ini sangat dekat dengan hati Rakyat Malaysia kerana Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api adalah masakan tradisi Negeri Sembilan. Johan, tidak mengambil mudah dalam penyediaan produk, di sini peranan Chef Dato' Fazley Yaakob yang merupakan juara “MasterChef Selebriti Malaysia Musim Pertama ” amat diperlukan.




PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB
Johan, Pengarah Itik Ke Ayam? bergambar bersama Chef Dato' Fazley Yaakob, MasterChef Selebriti Malaysia semasa pelancaran Itik Ke Ayam? Vending Machine dan produk retort Itik Ke Ayam? Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Itik Ke Ayam? Ayam Salai Masak Lemak Cili Api.

Buat pengetahuan semua, jenama restoran Itik Ke Ayam? diasaskan pada 1 October 2023 di Taman Melawati Kuala Lumpur. Menu utamanya berasaskan itik dan ayam. Dimiliki oleh selebriti terkenal tanah air iaitu Johan Raja Lawak. Johan mula dikenali apabila muncul dalam pertandingan Raja Lawak dan seterusnya menjadi penyampai Radio lebih dari 12 tahun. Johan seterusnya mengembangkan bakat dalam bidang perniagaan dengan menaikkan jenama Itik ke Ayam? yang kini semakin popular.

EKSKLUSIF HANYA DI AEON BIG

Johan, Pengarah Itik ke Ayam? menegaskan bahawa kedua-dua menu ini eksklusif hanya di AEON BiG. Menu ini tidak terdapat di Restoran Itik Ke Ayam?. Restoran Itik ke Ayam? kekal menjual Nasi Itik dan Nasi Ayam sahaja. 

Kini Itik Ke Ayam? melakar sejarah baru apabila memperkenalkan produk sedia dimakan “Ready To Eat (RTE)” melalui khidmat “Vending Machine” atau juga dikenali sebagai “Itik Ke Ayam? Vending”. Untuk fasa pertama terdapat empat lokasi strategik telah dipilih iaitu:

AEON BIG SEKSYEN 23 SHAH ALAM
AEON BIG AMPANG
AEON BIG WANGSA MAJU
AEON BIG TUN HUSSEIN ONN

Fasa seterusnya akan mula dikembangkan ke banyak lagi cawangan-cawangan AEON, Lotus's dan pasaraya-pasaraya lain di seluruh Malaysia. Sasaran syarikat ialah untuk memiliki 100 “Vending Machine” bagi tahun pertama di pasaran. 

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB
Lokasi Itik Ke Ayam? Vending Machine di AEON BIG Shah Alam.


ITIK KE AYAM? VENDING MACHINE DAN PRODUK MASAKAN TRADISI

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB


Menurut Johan, Pengarah Itik Ke Ayam?, "Kolabrasi bersama Chef Dato' Fazley Yaakob termerterai kerana hubungan baik di antara kami yang sudah bertahun lamanya. Sebenarnya kami sering berkunjung ke restoran masing-masing. Malah anak-anak kami bermain bola sepak dalam pasukan yang sama. 

Perancangan untuk menyediakan produk ini mengambil masa dalam tempoh satu tahun. Namun, impian kolabrasi tercapai dalam tempoh hanya 3 hingga 6 bulan. Cabaran yang kami lalui sepanjang menghasilkan produk adalah berbeza kerana kami telah siap siaga dengan pembahagian tanggungjawab masing-masing walaupun semuanya kami buat bersama. Kami tetap ambil tahu dan beri maklum balas tentang rekaan jenama, bungkusan, material kertas, kualiti dan rasa produk. 

Cabaran Chef Dato' Fazley Yaakob pula lebih kepada proses penyediaan produk. Wajib menjaga kualiti masakan. Kerjasama dalam penyediaan perlu komitmen dari semua pihak. Komitmen perniagaan dan maklum balas orang ramai akan membuatkan produk kami lebih maju.

Buat masa ini, dua-dua produk ini eksklusif dijual melalui Vending Machine dan berada di AEON BiG terpilih. Cadangan seterusnya di Lotus's, universiti-universiti dan kolej untuk memudahkan mahasiswa mahasiswi mencari comfort food. Kami harap masyarakat mendoakan kolabrasi dan perniagaan kami agar kekal berpanjangan. Kami menggunakan Vending Machine untuk menjual produk retort masakan tradisi, insyaAllah dari komen orang ramai akan memberi peluang perniagaan kami untuk pergi lebih jauh." jelas beliau.

PEMILIHAN CHEF DATO' FAZLEY YAAKOB


Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Pertama 2012 iaitu Chef Dato’ Fazley Yaakob telah dipilih sebagai rakan kerjasama penghasilan produk pertama projek RTE Itik Ke Ayam?. Chef Dato’ Fazley Yaakob memulakan kerjaya seni beliau pada lewat tahun 90an dan popular dengan lagu “Asmara ini”, “Bila April” dan sebagainya. Pada tahun 2012 Chef Dato’ Fazley Yaakob telah berjaya merangkul juara “MasterChef Selebriti Malaysia Musim Pertama ” seterusnya melanjutkan pelajaran di dalam bidang “Culinary Arts- Diplôme de Pâtisserie di Le Cordon Bleu (Paris), beliau juga memiliki Masters in Sugarcraft (London UK). 

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

Chef Dato’ Fazley Yaakob telah mencapai pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang kerjaya beliau dalam industri kulinari, antaranya:

1. Anugerah Dato’: Chef Fazley telah dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang atas sumbangannya dalam industri kulinari dan pendidikan. Gelaran ini juga mengiktiraf sumbangannya kepada masyarakat melalui perniagaan dan usaha mempromosikan masakan Malaysia.

2. Restoran dan Perniagaan: Beliau adalah pemilik beberapa restoran, termasuk yang terkenal dengan hidangan masakan Melayu dan masakan fusion. Sebagai seorang usahawan, Chef Fazley telah berjaya mengembangkan jenama perniagaan kulinari yang berprestij.

3. Pengalaman dan Pendidikan Kulinari: Chef Fazley telah mendalami bidang kulinari di luar negara dan memiliki latar belakang yang kukuh dalam pendidikan masakan. Beliau mempelajari seni masakan di Institusi Kulinari di luar negara sebelum kembali ke Malaysia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

4. Personaliti Televisyen: Beliau terkenal dengan penyertaan dalam program televisyen seperti MasterChef Selebriti Malaysia dan Apa Kata Chef. Chef Fazley sering menjadi juri dan pengajar dalam rancangan kulinari ini, di mana beliau membantu peserta mengasah kemahiran mereka dalam dunia masakan.

5. Buku Resepi: Selain daripada muncul di televisyen, Chef Dato’ Fazley Yaakob juga menulis buku masakan yang memperkenalkan pelbagai resipi dan teknik memasak yang mudah diikuti, menjadikannya lebih dekat dengan peminat dan pengikutnya.

6. Sumbangan kepada Pendidikan Kulinari: Chef Fazley juga terlibat dalam memberi latihan dan bimbingan kepada chef-chef muda di Malaysia. Melalui perkongsian ilmu dan kemahiran, beliau berusaha untuk mengangkat standard industri kulinari negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Pencapaian-pencapaian ini menjadikan Chef Dato’ Fazley Yaakob sebagai salah satu tokoh kulinari yang dihormati di Malaysia.

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

Produk pertama yang dihasilkan mengunakan resepi Chef Dato’ Fazley Yaakob iaitu Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Resepi ini telah memenangi pelbagai anugerah sebelum dijadikan sebagai produk RTE. Jika ke Japan, makanan asas mudah didapati. Kami ingin menu tradisional juga mudah didapati seperti itu.

Menurut Chef Dato’ Fazley Yaakob, Juara MasterChef Selebriti Malaysia, "
Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api ini adalah menu tradisi yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Keistimewaan menu ini adalah penghasilannya yang menggunakan ramuan premium dan berkualiti. Masakan ayam salai dan itik salai yang kami hasilkan juga dari kasih sayang. 
Menu masakan salai tidak semua mahir menghasilkannya. Ini kerana proses yang renyah dan ambil masa lama. Jadi kami sediakan menu tradisi istimewa ini dalam bentuk retort dan mudah di dapati hanya dari vending machine. 
Harga yang ditawarkan adalah berbaloi untuk 200 gram. Saiz hidangan yang sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Perancanga untuk menu buat masa ini hanya dua menu. Menu tambahan akan dilancarkan pada masa akan datang. Kami amat mengalu-alukan maklum balas daripada masyarakat.
Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api ini melalui proses R&D (Research & Development) selama 6 bulan untuk mendapat kelulusan. Kita tidak boleh syok sendiri. Sebab saya ingin produk ini berada di peringkat antarabangsa. 
Selepas melakukan survey di media sosial, ramai memberi maklum balas yang menginginkan menu masakan tradisional dijadikan menu retort untuk memudahkan para pelanggan bawa semasa travel atau hanya di makan di rumah pada bila-bila masa. Maka, 2 menu ini menjadi pilihan." jelas beliau. 


Buat pengetahuan anda semua, menu ini telah memenangi 7 anugerah dan kemenangan utama di MasterChef Selebriti Malaysia yang dirangkul oleh Chef Dato' Fazley Yaakob.


PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB
Naufal Nafis, Business Development Director Itik Ke Ayam?

HARGA MAMPU MILIK BERSESUAIAN DENGAN KUALITI R&D


Itik Salai Masak Lemak Cili Api RM 25.90 (200 gram)
Ayam Salai Masak Lemak Cili Api RM 23.90 (200 gram)

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

Kedua-dua produk ini telah melalui proses retort iaitu proses kelangsungan menjaga masakan dalam suhu yang sempurna tanpa perlu disimpan ke dalam peti sejuk. Boleh dinikmati pada bila-bila masa. Produk yang melalui proses retort mampu bertahan 1 hingga 2 tahun. Namun kebiasaannya apabila pelanggan membeli, mereka terus makan dalam masa terdekat. Itik ke Ayam? sentiasa menghasilkan produk agar kualiti dan jaminan rasa asli kekal. 

Retort merupakan cara moden untuk memastikan sesuatu makanan kekal segar sehingga 2 tahun, tanpa sebarang penggunaan pengawet. Makanan yang ingin diretort akan diisi ke dalam pouch aluminium. Kemudian pouch yang telah di dimeteraikan akan disterilisasi pada suhu & tekanan tinggi di dalam mesin retort. Proses ini menghapuskan semua mikroorganisma yang merosakkan makanan (terutama sekali Clostridium botulinum) sekaligus menghalang produk daripada rosak. Produk yang telah diretort boleh disimpan pada suhu bilik tanpa perubahan rasa, rupa dan nutriennya. 

Makanan yang menggunakan teknologi retort telah dimulakan oleh tentera Amerika sekitar 1960an. Ia sebagai pengganti makanan dalam tin tentera. Pada tahun 1969, makanan retort telah dibawa oleh angkasawan dalam misi Apollo 11 ke bulan.

Akan tetapi, penggunaan retort lebih terhad kepada misi kententeraan dan ekspedisi. Kesedaran tentang makanan retort di kalangan orang awam tidak meluas lagi pada ketika itu. Menariknya, negara yang menjadi pelopor yang memperkenalkan makanan retort kepada orang awam adalah Jepun. Di Jepun makanan retort pertama yang dijual kepada awam dimulakan oleh Otsuka Holding yang menjual kari dalam pouch pada sekitar tahun 1968.

Sejak diperkenalkan, makanan dengan teknologi retort mendapat sambutan luar biasa di Jepun. Jika teknologi ini hanya dikenali beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, makanan dengan teknologi retort telah digunakan lebih 50 tahun di negara itu. Di Jepun, makanan sedia makan dengan teknologi retort disusun bagaikan buku dan ia diminati kerana dilihat lebih sihat.

Di antara produk retort yang dihasilkan dari makan bayi, makanan siap masak pada waktu bencana hinggalah ke makanan yang dihidang di dalam pesawat oleh syarikat penerbangan Jepun ANA. Di Malaysia, pada tahun 2019 makanan retort telah mula mendapat tempat dari agensi besar Tabung Haji yang menyediakan makanan untuk jemaah haji semasa jemaah berada di Mina dan wukuf di Arafah.

InsyaAllah produk retort Itik Ke Ayam? iaitu Itik Salai Masak Lemak Cili Api serta Ayam Salai Masak Lemak Cili Api akan menembusi pasaran antarabangsa sehingga ke Mekah dan negara lain. Ini kerana masakan tradisi sentiasa dekat dengan hati masyarakat yang berada di perantauan. 

CARA PENYEDIAAN

Produk retort sebenarnya boleh di makan terus. Tetapi lebih enak apabila dipanaskan. Anda boleh panaskan terus di dalam ketuhar mikro atau rendam dalam air panas. Mudah kan? 

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

PELANCARAN VENDING MACHINE ITIK KE AYAM? X CHEF DATO FAZLEY YAAKOB

Pada pendapat Ruby selepas merasai kedua-dua menu Itik Ke Ayam? Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Itik Ke Ayam? Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Rasa memang raso asli nogori. Nostalgia sebab rasa macam masakan segar dari periuk dapur mak. Rasa kuah dari ayam dan itik salai sangat sedap. Membangkitkan selera, sedap di makan bersama nasi putih, roti dan lemang. Ye Ruby cuba dengan lemang. Ayam dan Itik lembut. Berbaloi dengan harga sebab ayam yang digunakan jenis ayam salai yang bila kita makan akan rasa kenyal sedap.

PELUANG PERNIAGAAN MELALUI VENDING MACHINE


Johan, Pengarah Itik Ke Ayam? turut berkongsi,"Perniagaan vending machine ini sangat luas, macam-macam boleh jual dan lebih selamat kerana menggunakan sistem pembayaran yang efektif melalui kad debit dan e-wallet. Kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan vending machine, mulakan langkah pertama. Kami ingin membuka peluang kepada sesiapa yang berminat termasuk usahawan dan penggiat seni untuk menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan “Vending Machine” ini.

Perniagaan vending machine sangat popular di negara Jepun yang berada di mana-mana untuk memudahkan masyarakat membeli makanan dan minuman. Malah, ia tidak terhad kepada minuman di dalam botol. Vending Machine di Jepun mempunyai makanan lengkap dari nasi hingga ke makanan utama yang lain.

Inovasi Vending Machine ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis perniagaan. Saya pun menyediakan maklumat untuk perniagaan vending machine. Boleh jumpa saya di Restoran Itik ke Ayam? di Taman Melawati untuk maklumat lanjut. " jelas beliau.



Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama