RAMADAN LEBIH CERIA DENGAN NUTELLA

RAMADAN LEBIH CERIA DENGAN NUTELLA | Ramadan ini, raikan keriangan bersama insan tersayang dengan Nutella. Sesuai dihidangkan ketika waktu sahur atau pemanis mulut selepas berbuka puasa, Nutella hadir menceriakan setiap meja makan kita semua. Setuju? Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Nutella dengan riangnya memperkenalkan bungkusan edisi perayaannya yang direka khas untuk meraikan semangat kebersamaan, keakraban, dan tradisi keluarga yang dihargai. 

RAMADAN LEBIH CERIA DENGAN NUTELLA

Di bulan yang mulua ini, Nutella mengajak kita bermuhasabah diri dan mengeratkan silaturahim, Ramadan memberi peluang untuk mengukuhkan ikatan dengan berkongsi hidangan di mana Nutella hadir untuk menambah kemanisan dan menceriakan setiap detik kebersamaan. 

Sapuan hazelnut ikonik Nutella yang berkrim adalah pilihan lazat dan serba boleh bagi para ibu yang ingin menyediakan hidangan sahur dan iftar yang cepat tetapi tetap memuaskan untuk seisi keluarga. Sama ada disapu pada roti begitu sahaja, di atas roti bakar yang masih panas, dituangkan ke atas lempeng, atau dipadankan dengan kurma dan buah-buahan, Nutella menambah keceriaan di setiap meja makan, menjadikan setiap saat kebersamaan lebih bermakna.

Ramadan adalah bulan yang kaya dengan tradisi keluarga dan ikatan yang tulus, di mana setiap hidangan yang dikongsi menjadi lambang kebersamaan dan kasih sayang. Nutella memahami betapa pentingnya detik-detik ini dan berhasrat menjadikannya lebih istimewa dengan menawarkan pilihan yang enak dan mudah dinikmati oleh semua. Dengan teksturnya yang halus serta rasa yang menggoda, Nutella mengubah hidangan biasa menjadi sesuatu yang luar biasa, memastikan setiap suapan menghadirkan kegembiraan dan kemesraan.

Sempena Ramadan ini, Nutella memperkenalkan bungkusan edisi terhad dengan rekaan yang mencerminkan semangat musim penuh barakah ini, menjadikannya pelengkap sempurna untuk setiap hidangan Ramadan. Tersedia di peruncit utama seluruh negara sementara stok masih ada, Nutella edisi terhad ini hanya ditawarkan dalam balang 680g.

RAMADAN LEBIH CERIA DENGAN NUTELLA

RAMADAN LEBIH CERIA DENGAN NUTELLA

Bagi menyemarakkan lagi keindahan Ramadan, Nutella menggalakkan keluarga untuk berkumpul dan berkongsi resipi serta tradisi kegemaran mereka. Tidak kira idea sahur yang kreatif mahupun juadah iftar yang lazat, Nutella berharap dapat menginspirasi lebih banyak detik bermakna, kegembiraan, dan kebersamaan bagi setiap keluarga yang menyambut bulan mulia ini.

Selama lebih 60 tahun, Nutella® telah menyerikan meja sarapan buat jutaan orang di seluruh dunia, membawa keceriaan untuk memulakan hari. Sepotong roti yang disapu Nutella® terasa sungguh lazat. Dengan resipi unik dan tiada tandingannya, Nutella® telah menjadi sapuan hazelnut dan koko paling ikonik serta digemari di seluruh dunia.

Nutella merupakan salah satu jenama di bawah syarikat Kumpuan Ferrero. Perjalanan Ferrero bermula di bandar kecil Alba, Piedmont, Itali pada tahun 1946. Hari ini, ia merupakan salah satu syarikat makanan manisan terbesar di dunia, dengan lebih 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan untuk masyrakat di seluruh dunia melalui snek dan manisan kegemaran ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac®, dan Ferrero Rocher®. 

Dengan dedikasi lebih 47,000 tenaga kerja, Ferrero komited untuk menjadikan setiap detik dalam hidup lebih bermakna. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini memasuki generasi ketiga, berpegang teguh kepada kualiti dan kecemerlangan, warisan yang berharga, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.

Ramadan ini, jadikan setiap detik bersama insan tersayang lebih manis dengan Nutella.


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama