STARVENDORS KL MEGA RAYA FEST 2025 FESTIVAL NO. 1 KEMBALI MEMERIAHKAN PERSIAPAN SYAWAL | Festival No. 1 negara, Starvendors, kembali meriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Kali ini, festival ini berlangsung di lokasi baru yang lebih menarik iaitu di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi. Berkonsepkan “Indoor” dan “Outdoor” yang menjanjikan lebih banyak aktiviti untuk seisi keluarga. Festival ini diadakan selama 80 jam tanpa henti bermula dari 20 hingga 24 Mac 2025.
Starvendors diasaskan pada tahun 2019, dipimpin oleh Dato' Saripah Raziah atau lebih mesra dipanggil Ifa Raziah, seorang usahawan dan selebriti Malaysia. Sebagai pengasas, beliau menggunakan platform Starvendors untuk membantu para peniaga dan vendor mengembangkan perniagaan mereka yang merupakan di kalangan peniaga kecil dan sederhana.
Ifa Raziah berperanan penting dalam mempopularkan Starvendors, serta membantu banyak perniagaan untuk memasuki pasaran e-dagang dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Dengan pengalaman dan latar belakang beliau dalam dunia hiburan dan perniagaan, Ifa Raziah telah membawa banyak pengetahuan dan kepakaran kepada Starvendors, menjadikannya sebuah platform yang berjaya di kalangan usahawan Malaysia.
Pada 22 Mac 2025, festival 80 jam tanpa henti Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di Pusat Pameran KL Base (KLBEC), Sungai Besi, Kuala Lumpur yang bermula pada Khamis dan berakhir pada Isnin berikutnya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Selain melawat bazar, YB Datuk Fahmi Fadzil turut berbual dengan peniaga dan pengunjung serta menyaksikan persembahan oleh Aisha Retno dan Agy.
Starvendors diasaskan pada tahun 2019, dipimpin oleh Dato' Saripah Raziah atau lebih mesra dipanggil Ifa Raziah, seorang usahawan dan selebriti Malaysia. Sebagai pengasas, beliau menggunakan platform Starvendors untuk membantu para peniaga dan vendor mengembangkan perniagaan mereka yang merupakan di kalangan peniaga kecil dan sederhana.
Ifa Raziah berperanan penting dalam mempopularkan Starvendors, serta membantu banyak perniagaan untuk memasuki pasaran e-dagang dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Dengan pengalaman dan latar belakang beliau dalam dunia hiburan dan perniagaan, Ifa Raziah telah membawa banyak pengetahuan dan kepakaran kepada Starvendors, menjadikannya sebuah platform yang berjaya di kalangan usahawan Malaysia.
Pada 22 Mac 2025, festival 80 jam tanpa henti Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di Pusat Pameran KL Base (KLBEC), Sungai Besi, Kuala Lumpur yang bermula pada Khamis dan berakhir pada Isnin berikutnya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Selain melawat bazar, YB Datuk Fahmi Fadzil turut berbual dengan peniaga dan pengunjung serta menyaksikan persembahan oleh Aisha Retno dan Agy.
Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 tahun ini merupakan penganjuran kali ke-6 sejak 2019. Menariknya konsep Indoor dan Outdoor diperkenalkan. Di mana “Indoor” memfokuskan kepada persiapan Syawal, manakala konsep “Outdoor” pula khas untuk pencinta makanan. Starvendors beroperasi dari jam 3 pagi 20 Mac sehingga 6 pagi 24hb Mac 2025. Kawasan outdoor di luar yang menempatkan gerai makanan beroperasi bermula dari jam 3 petang hingga 6 pagi.
Tahun ini, SPayLater merupakan Rakan Pembayaran Eksklusif untuk Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Perkhidmatan “Buy Now, Pay Later” dari Shopee memudahkan para pengunjung untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel dan mudah sepanjang festival ini.
Dato' Saripah Raziah, Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, yang juga seorang artis versatil terkenal tanah air, berkata bahawa Starvendors bertekad untuk terus memberi peluang kepada usahawan industri kecil dan sederhana (SME) serta selebriti untuk mengembangkan jenama mereka melalui platform ini. "Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Starvendors juga akan menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia, termasuk Melaka, Pahang, dan Pulau Pinang dengan konsep Starvendors Foodstival yang sama. Acara ini akan berakhir pada penghujung tahun 2025," kata Ifa.
Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 juga akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat solat, tempat berbuka puasa, dan sahur yang selesa. Pengunjung boleh membeli-belah sambil menikmati pelbagai aktiviti kekeluargaan pada waktu malam, termasuk kereta berhias, pertunjukan lampu, dan persembahan daripada artis-artis terkenal.
Festival ini turut menyaksikan penyertaan 50 artis terkenal tanah air yang membuka "booth" dan menjual produk mereka sendiri. Di antara selebriti yang terlibat termasuklah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Dato Fizz Fairuz, Dato’ Afdlin Shauki, Elyana, Kak KM, Chacha Maembong, Siti Sairah, Ako Mustapha, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Rita Rudaini dan ramai lagi. Pempengaruh media sosial juga turut menyertai sebagai vendor. Pelbagai barangan jualan terdapat di sini. Anda boleh dapatkan pakaian raya, produk kecantikan, kuih raya, wangian, barang kemas dan dekorasi rumah.
Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk mendapat Hujan Duit dan goodie bags bernilai lebih RM100,000 dan cabutan bertuah di acara kemuncak iaitu kerusi urut sumbangan jenama Gintel. Bukan itu sahaja, pengunjung dari seluruh Malaysia, termasuk Brunei, Singapura, dan Indonesia, dijemput hadir untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025.
Kehadiran selebriti terkenal memeriahkan festival, para pengunjung dapat mencuba produk, membeli dan bergambar bersama selebriti yang mereka sayangi. Konsep SPayLater amat memudahkan para pengunjung dengan kaedah pembayaran yang Patuh Syariah. Pengunjung boleh membeli barang keperluan dan bersedia untuk Hari Raya dengan hanya satu klik. SPayLater boleh digunakan di semua booth terdapat di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025! Pengunjung boleh memilih untuk pembayaran dengan 0% caj, atau secara ansuran sehingga 12 bulan dengan diskaun eksklusif dari SPayLater! SPayLater, bayar dengan fleksibiliti, berbelanja dengan bijak.
Lobak Merah, World of Buzz, Demalayan Event, Ruang Rama, dan Hitman Group, Park Inn by Radison Putrajaya turut serta sebagai rakan media dan rakan strategik dalam menjayakan festival ini.
Ifa Raziah juga menambah, “Festival kali ini melibatkan selebriti dari pelbagai generasi, dari Biduanita negara , artis lagenda sehinggalah generasi muda Gen-Z, termasuk influencer terkenal. Setiap artis mempunyai peminat tersendiri, dan kami percaya ia akan memberi peluang terbaik kepada semua yang terlibat. Harapan saya untuk tahun ini adalah kita semua dapat bangkit bersama, termasuk usahawan-usahawan dan rakan-rakan selebriti, untuk terus maju ke hadapan. Tagline festival : Starvendors Pasti Mega!” ujar Ifa.
Seronoknya ke Starvendors KL Mega Raya Fest 2025, tempat di mana kegembiraan, pembelian dan keseronokan bertemu!
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.