THE CURVE RAIKAN HARI RAYA DENGAN KEMPEN NOSTALGIA 'BERAYA DI KOTA RAYA' | Assalammualaikum semua! Jom alami kemeriahan Hari Raya Era 90-an dengan memori ikonik, membeli-belah dan aktiviti aktiviti amal. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, the Curve menjemput para pengunjungnya untuk mengimbau nostalgia Hari Raya di era 90-an dengan kempen ‘Beraya di Kota Raya’.
the Curve merupakan pusat beli-belah pejalan kaki pertama di Malaysia, yang menampilkan pelbagai jenis kedai makan dan runcit popular. Terletak strategik di tengah-tengah Mutiara Damansara, pusat beli-belah ini dimiliki dan diuruskan oleh Boustead Curve Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Properties Berhad.
Berlangsung dari 28 Februari hingga 6 April 2025, kempen ini menyaksikan Centre Court diubah menjadi sebuah terminal bas retro yang meriah bagi menonjolkan suasana keindahan nostalgia Hari Raya di kota. Daya tarikan utama kempen ini adalah sebuah bas mini berwarna merah jambu ikonik, yang pernah menjadi pemandangan biasa di Lembah Klang serta sebahagian daripada sejarah pengangkutan Malaysia.
Bagi melengkapkan tema nostalgia ini, hiasan Raya the Curve turut menampilkan sebuah rumah kayu kampung yang diilhamkan daripada Rumah Biru di Kampung Baru, perhentian bas vintaj, kaunter tiket, dan hiasan Hari Raya klasik, yang pastinya akan mengembalikan nostalgia kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di era dahulu.
Bagi membantu usahawan tempatan, the Curve membawakan lebih 100 reruai jualan Raya, termasuk lebih 10 reruai selebriti yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian Raya, aksesori, kuih-muih, dan Juadah.
Para pengunjung boleh menikmati kemeriahan Hari Raya melalui persembahan kebudayaan seperti Dikir Barat, Zapin, dan Tarian Muzikal Raya, manakala kanak-kanak berpeluang untuk menyertai Bengkel Raya seperti Menganyam Ketupat dan Membuat Kad Raya pada hujung minggu.
Pengunjung yang berbelanja di the Curve bakal menerima ganjaran melalui program Hadiah dengan Pembelian (Gift with Purchase / GWP). Dengan perbelanjaan minimum RM200, mereka akan menerima sampul Raya dan pelekat edisi terhad. Dengan perbelanjaan RM450 ke atas pula, mereka akan menerima beg istimewa dan pelekat yang direka oleh pelukis doodle terkenal, Ann Jaafar, bersama sampul Raya.
Bagi mereka yang gemarkan cabaran pula, peraduan media sosial ‘Cari dan Menang’ anjuran the Curve menawarkan peluang untuk memenangi baucar beli-belah dan cenderahati eksklusif.
Seiring dengan amalan bersedekah, kempen Raya the Curve ini dimulakan dengan majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai Kuang. Sebahagian daripada inisiatif CSR Curve Lurve, acara iftar istimewa ini ditaja oleh Flint untuk memberikan pengalaman berbuka puasa yang bermakna kepada kana-kanak tersebut. Vendor the Curve juga menyumbangkan barangan keperluan, pakaian baru, duit raya, hamper, dan kuih-muih untuk memastikan kanak-kanak tersebut dapat menikmati pengalaman sambutan Hari Raya yang tidak dapat dilupakan.
the Curve turut bekerjasama dengan Suria FM untuk mengedarkan Bubur Lambuk terkenal dari Masjid Kampung Baru. Bubur Lambuk tradisional ini disediakan dan diagihkan kepada para pengunjung dengan kehadiran En. Khairul Azizi Bin Ismail, CEO Boustead Properties Berhad, En. Jazmi Kamarudin, serta personaliti radio Suria FM DJ Lin, Iman, dan Chiwan.
Sebuah reruai sumbangan ‘Kongsi Rezeki’ akan ditempatkan di Centre Court dari 28 Februari hingga 6 April untuk membolehkan para pengunjung menyumbang barangan keperluan kepada Rumah Anak Yatim Damai Kuang.
Merangkumi hiasan nostalgia, persembahan kebudayaan, inisiatif CSR bermakna dan juga bazar Raya yang meriah, kempen ‘Beraya di Kota Raya’ di the Curve menawarkan pengalaman perayaan yang istimewa. Pengunjung boleh menikmati keindahan memori Hari Raya Aidilfitri masa lalu, mengimbau kenangan manis, dan mencipta detik baharu yang lebih bermakna bersama insan tersayang.
En. Jazmi Kamarudin, Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad, berkongsi, “Pada Hari Raya ini, kami teruja untuk meraikan warisan budaya sambil membantu perniagaan tempatan dan juga menyemarakkan semangat berkomuniti. Melalui kempen ‘Beraya di Kota Raya’, kami ingin mengimbau kembali nostalgia sambutan Hari Raya Aidilfitri di kota, di mana tradisi yang dihargai, bazar meriah, dan suasana perayaan komuniti mencipta pengalaman yang istimewa untuk semua generasi.”
Bagi membantu usahawan tempatan, the Curve membawakan lebih 100 reruai jualan Raya, termasuk lebih 10 reruai selebriti yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian Raya, aksesori, kuih-muih, dan Juadah.
Para pengunjung boleh menikmati kemeriahan Hari Raya melalui persembahan kebudayaan seperti Dikir Barat, Zapin, dan Tarian Muzikal Raya, manakala kanak-kanak berpeluang untuk menyertai Bengkel Raya seperti Menganyam Ketupat dan Membuat Kad Raya pada hujung minggu.
Pengunjung yang berbelanja di the Curve bakal menerima ganjaran melalui program Hadiah dengan Pembelian (Gift with Purchase / GWP). Dengan perbelanjaan minimum RM200, mereka akan menerima sampul Raya dan pelekat edisi terhad. Dengan perbelanjaan RM450 ke atas pula, mereka akan menerima beg istimewa dan pelekat yang direka oleh pelukis doodle terkenal, Ann Jaafar, bersama sampul Raya.
Bagi mereka yang gemarkan cabaran pula, peraduan media sosial ‘Cari dan Menang’ anjuran the Curve menawarkan peluang untuk memenangi baucar beli-belah dan cenderahati eksklusif.
Seiring dengan amalan bersedekah, kempen Raya the Curve ini dimulakan dengan majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai Kuang. Sebahagian daripada inisiatif CSR Curve Lurve, acara iftar istimewa ini ditaja oleh Flint untuk memberikan pengalaman berbuka puasa yang bermakna kepada kana-kanak tersebut. Vendor the Curve juga menyumbangkan barangan keperluan, pakaian baru, duit raya, hamper, dan kuih-muih untuk memastikan kanak-kanak tersebut dapat menikmati pengalaman sambutan Hari Raya yang tidak dapat dilupakan.
the Curve turut bekerjasama dengan Suria FM untuk mengedarkan Bubur Lambuk terkenal dari Masjid Kampung Baru. Bubur Lambuk tradisional ini disediakan dan diagihkan kepada para pengunjung dengan kehadiran En. Khairul Azizi Bin Ismail, CEO Boustead Properties Berhad, En. Jazmi Kamarudin, serta personaliti radio Suria FM DJ Lin, Iman, dan Chiwan.
Sebuah reruai sumbangan ‘Kongsi Rezeki’ akan ditempatkan di Centre Court dari 28 Februari hingga 6 April untuk membolehkan para pengunjung menyumbang barangan keperluan kepada Rumah Anak Yatim Damai Kuang.
Sumbangan ini akan dihantar dalam dua peringkat iaitu pada 17 Mac dan 7 April. Selain itu, setiap Jumaat sebelum waktu iftar, pasukan pengurusan the Curve akan mengedarkan 50 pek hadiah Ramadan istimewa sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung.
Dalam semangat kebersamaan, the Curve menaja tiket bas VIP untuk inisiatif #theCurveBelanjaBalikKampung bersama Suria FM. Peraduan media sosial ini mengalu-alukan peserta untuk menghantar Pantun Raya paling kreatif bagi memenangi tiket bas VIP pulang ke kampung dengan destinasi ke utara, selatan dan timur.
Tahun ini, the Curve turut memperbanyakkan tawarannya dengan ketibaan penyewa baharu seperti Serai, Kenangan Coffee, Toast Maker, Koppiku, Summer Bliss, dan Richeese, bersama jenama fesyen dan aksesori seperti Original Classic, Osmanli Oud, Hyrem, dan Case. Keluarga dengan anak-anak kecil juga akan teruja dengan Moonbug Cocomelon, sebuah pengalaman pendidikan sambil berhibur untuk kanak-kanak.
Untuk keselesaan pengunjung sempena musim perayaan, waktu operasi the Curve di The Street akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam pada minggu terakhir Ramadan. Langkah ini memberi lebih masa kepada para pengunjung untuk membeli-belah, menjamu selera, dan membuat persediaan untuk Hari Raya.
Dalam semangat kebersamaan, the Curve menaja tiket bas VIP untuk inisiatif #theCurveBelanjaBalikKampung bersama Suria FM. Peraduan media sosial ini mengalu-alukan peserta untuk menghantar Pantun Raya paling kreatif bagi memenangi tiket bas VIP pulang ke kampung dengan destinasi ke utara, selatan dan timur.
Tahun ini, the Curve turut memperbanyakkan tawarannya dengan ketibaan penyewa baharu seperti Serai, Kenangan Coffee, Toast Maker, Koppiku, Summer Bliss, dan Richeese, bersama jenama fesyen dan aksesori seperti Original Classic, Osmanli Oud, Hyrem, dan Case. Keluarga dengan anak-anak kecil juga akan teruja dengan Moonbug Cocomelon, sebuah pengalaman pendidikan sambil berhibur untuk kanak-kanak.
Untuk keselesaan pengunjung sempena musim perayaan, waktu operasi the Curve di The Street akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam pada minggu terakhir Ramadan. Langkah ini memberi lebih masa kepada para pengunjung untuk membeli-belah, menjamu selera, dan membuat persediaan untuk Hari Raya.
Merangkumi hiasan nostalgia, persembahan kebudayaan, inisiatif CSR bermakna dan juga bazar Raya yang meriah, kempen ‘Beraya di Kota Raya’ di the Curve menawarkan pengalaman perayaan yang istimewa. Pengunjung boleh menikmati keindahan memori Hari Raya Aidilfitri masa lalu, mengimbau kenangan manis, dan mencipta detik baharu yang lebih bermakna bersama insan tersayang.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.