MANJABERRIES LANCAR DUA PRODUK BAHARU, FOKUS SUPLEMEN SEMULA JADI UNTUK WANITA

Jenama tempatan suplemen kesihatan wanita, MANJABerries terus mencuri perhatian apabila melancarkan dua produk baharu berasaskan bahan semula jadi yang berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan dalam sebuah majlis pelancaran dan sesi penghargaan khas bersama para pelanggan setianya.

ManjaBerries ialah jenama suplemen kesihatan tempatan yang memfokuskan kepada kesejahteraan wanita dengan pendekatan semula jadi dan bebas bahan kimia tambahan.

MANJABERRIES LANCAR DUA PRODUK BAHARU, FOKUS SUPLEMEN SEMULA JADI UNTUK WANITA


Diasaskan oleh Norhasmiza Md Ghaus, ManjaBerries menekankan penggunaan 100% bahan semula jadi tanpa gula tambahan, kolagen, glutathione atau pengawet. Produk ini sesuai untuk wanita pelbagai usia dan gaya hidup, serta turut diterima baik oleh pengguna lelaki. Sejak pelancarannya, lebih 30,000 botol telah terjual dalam tempoh kurang lima bulan.

Produk yang dikenali dengan pendekatan 100 peratus semula jadi tanpa gula dan bahan pengawet, kini memperkenalkan dua varian utama yang disasarkan mengikut keperluan usia dan gaya hidup pengguna wanita.

MANJABERRIES LANCAR DUA PRODUK BAHARU, FOKUS SUPLEMEN SEMULA JADI UNTUK WANITA


Menurut Founder produk MANJABerries, Norhasmiza Md Ghaus, produk mereka mendapat sambutan luar jangka sejak dilancarkan, dengan lebih 30,000 botol terjual dalam tempoh kurang lima bulan.

“Ramai yang minta versi lebih ringan dan bajet. Jadi kami hasilkan MANJA Tab, sesuai untuk wanita bawah 40 tahun. Tapi bagi yang berusia 40 tahun ke atas, kami sarankan kekal dengan MANJABerries asal kerana kesannya lebih padat.

“Makanan tambahan ini dapat membantu untuk menjaga dalaman dan luaran seseorang tak kira lelaki, mahupun perempuan. Ia juga tidak ada had umur penggunanya. Malah produk saya ini juga tidak mengandungi kolagen atau glutathione. Rasa manisnya daripada rasa buah semulajadi,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.


FOKUS DIET SEMULA JADI DAN TESTIMONI POSITIF


Selain MANJABerries Tab, syarikat itu turut memperkenalkan produk baharu dikenali sebagai MANJABerries XS yang ditawarkan pada harga RM89 dan mula dipasarkan secara rasmi bermula 1 Mei ini.

Produk tersebut diformulasi khas untuk membantu menurunkan berat badan secara semula jadi menggunakan bahan seperti acar beri, dan telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama lebih setahun.

Tambah Miza, pihaknya turut menerima banyak maklum balas positif daripada pengguna termasuk pengurangan simptom cyst, buasir, paras gula darah dan kolesterol yang kembali normal serta kes yang tidak lagi perlu menjalani pembedahan selepas penggunaan konsisten produk tersebut.

Walaupun produknya telah mendapat sambutan hangat, namun sehingga kini Norhasmiza masih bersiaran membuat live mempromosikan produknya di Tik Tok. Selalunya beliau meluangkan masa selama dua jam pada waktu pagi, tengahari dan malam.

HUSNA KINI DUTA RASMI MANJABERRIES


Dalam perkembangan lain, pelakon dan personaliti media sosial, Husna Mustaffa, diumumkan sebagai duta rasmi jenama itu untuk tempoh setahun selepas beliau sendiri secara senyap mencuba dan berkongsi kesan positif produk tersebut.


MANJABERRIES LANCAR DUA PRODUK BAHARU, FOKUS SUPLEMEN SEMULA JADI UNTUK WANITA


“Saya sangat terkejut apabila Husna sendiri membeli dan mencubanya. Sebagai seseorang yang sangat berhati-hati dengan pengambilan suplemen, bila beliau bersetuju jadi duta, ia satu penghormatan besar,” kata Miza.


Sementara itu, kata Husna Mustaffa pula, dia tertarik nak makan suplemen tersebut memandangkan ianya hanya berasaskan buah-buahan dan tumbuhan.

“Saya memang takut nak cuba atau makan mana-mana suplemen kesihatan. Tapi bila tengok dan ikuti live Miza di Tik Tok yang juga rakan yang sudah saya kenali sejak lama dulu membuatkan saya terpanggil nak cuba produknya. Alhamdulillah sejak mencubanya banyak perubahan saya rasakan termasuk kulit saya yang semakin lembut dan halus.

“Tak sangka bila masul live Tik Tok Miza dan bercakap mengenai suplemennya ini terus Miza tawarkan saya untuk menjadi duta produknya. Bagi saya ini satu pelaung keemasan untuk saya bersama-sama membantu Miza.”


SAMBUTAN LUAR NEGARA DAN PERANCANGAN MASA DEPAN


Kini, produk MANJABerries telah mula memasuki pasaran Singapura dan Brunei, dan bakal melebarkan sayap ke Indonesia dalam masa terdekat.

Meskipun terdapat permintaan untuk menjadi ejen dan stokis, pihak syarikat masih menangguhkan tawaran tersebut buat sementara bagi memastikan kawalan kualiti produk.

Setiap batch produk hanya dihasilkan dalam kuantiti tertentu, tanpa disimpan lama, dan tekstur serta warna juga berubah mengikut musim buah, sejajar dengan komitmen jenama itu terhadap kesegaran dan keaslian bahan.

Dalam perancangan masa depan, syarikat turut bakal menghasilkan video promosi pendek yang diarahkan oleh Wan Hafiz, dan berkemungkinan akan mengembangkan rangkaian produk ke kategori penjagaan kulit apabila tiba masa sesuai.

“Saya mahu setiap produk yang dikeluarkan benar-benar memberi manfaat, bukan hanya ikut trend. Prinsip kami kekal – natural, selamat, dan berkesan,” tambahnya.


Selain ManjaBerries Advance, Norhasmiza juga mempunyai produk MANJABerries Sunscreen, Soap, MANJA TAB dan MANJABerries XS.

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama