12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah

12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah. Baru-baru ini ruby telah menyertai trip ke Tawau, Sabah. Ini adalah kali pertama ruby ke sini dan ruby rasa teruja sangat sebab tidak sangka semua ini terdapat di Tawau, Sabah. Kebiasaannya ruby akan ke Tawau, Sabah untuk transit ke Semporna, Sabah sahaja. Tidak akan ke pekan Tawau. Tawau adalah bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Ia bersempadan dengan Laut Sulu di timur, Laut Celebes di selatan Cowie Bay dan berkongsi sempadan dengan Kalimantan Utara.

12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah

Penerbangan Ke Tawau, Sabah

  • Malaysia Airlines : MH terbang 14 kali seminggu dari KUL ke TWU
  • AirAsia : AK terbang 28 kali seminggu dari KUL ke TWU dan 4 kali seminggu dari JHB ke TWU bermula 28hb April 2017

Sejarah Tawau, Sabah

Sebelum penubuhan Tawau, kawasan di sekitarnya menjadi subjek pertikaian antara pengaruh British dan Belanda. Pada tahun 1893, kapal dagang British yang pertama belayar ke Tawau, menandakan pembukaan pelabuhan laut di bandar. Pada tahun 1898, British menubuhkan sebuah penempatan di Tawau. The British North Borneo Chartered Company (BNBC) mempercepatkan pertumbuhan penduduk dengan menggalakkan imigresen berbangsa Cina.

Ketika penjajahan Japanese occupation of British Borneo, kuasa-kuasa berikat mengebom bandar sehingga musnah, pada pertengahan tahun 1944.. Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, 2900 tentera Jepun di Tawau menjadi tawanan perang dan telah dipindahkan ke Jesselton. Tawau telah dibina semula selepas perang dan pada akhir tahun 1947 ekonomi dipulihkan semula ke dalam status pra-perang.

Tawau juga merupakan titik utama konflik semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia dari tahun 1963 hingga 1966. Pada masa itu, ia telah diselia oleh Special Boat Service, dan dijaga oleh Australian Destroyers dan pesawat tempur. Pada bulan Disember 1963, Tawau dibom dua kali oleh Indonesia dan tembakan berlaku di seluruh sempadan antarabangsa Tawau-Sebatik Island. Indonesia telah meracuni bekalan air di bandar.

Pada bulan Januari 1965, perintah berkurung dikenakan untuk mengelakkan penyerang Indonesia dari membuat hubungan dengan penduduk Indonesia yang tinggal di bandar. Manakala pada bulan Jun 1965, satu lagi cubaan pencerobohan oleh tentera Indonesia telah ditolak oleh pengeboman oleh Australian Destroyers. Konflik ketenteraan akhirnya berakhir pada bulan Disember 1966.

Menariknya sejarah Tawau, Sabah. Pada hari ini Tawau adalah bandar yang terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan budaya. Pengembaraan ruby kali ini dapat lihat banyak pengaruh budaya dari masyarakat Cina di bandar Tawau. Terutamanya meja makan bulat yang mudah dipusing. Hehehe.

12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah.

1. Tawau Mural Art di Bangunan Majlis Perbandaran Tawau bersebelahan HSBC Bank Tawau

Tawau Mural Art

  • Majlis Perbandaran Tawau
  • Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah, Malaysia

Food Hunting di Tawau, Sabah

2. Sarapan Pagi Nasi Kuning di Restoran Haji Tamrin

Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin

3. Makan Tengahari di Ocean Area Seafood Restaurant

Ocean Seafood Restaurant Ocean Seafood Restaurant Ocean Seafood Restaurant Ocean Seafood Restaurant Ocean Seafood Restaurant Ocean Seafood Restaurant

4. Makan Tengahari di Balung River Eco Resort

Balung River Eco Resort Balung River Eco Resort Balung River Eco Resort

Balung River Eco Resort
Asam Pedas

  • Balung River Eco Resort
  • No. 30, Jalan Dr Yamamoto, 91009, Tawau, Sabah, 91000, Malaysia
  • +60 12-538 4833

5. Minum Petang di Indo Cafe Tawau

Indo Cafe Tawau Indo Cafe Tawau Indo Cafe Tawau Tawau Indo Cafe Tawau

6. Makan Malam di Sri Titingan Seafood Restaurant

Sri Titingan Seafood Restaurant Sri Titingan Seafood Restaurant Sri Titingan Seafood Restaurant Sri Titingan Seafood Restaurant Sri Titingan Seafood Restaurant Sri Titingan Seafood Restaurant Sri Titingan Seafood Restaurant Sri Titingan Seafood Restaurant Sri Titingan Seafood Restaurant

Flora & Fauna, Muzium, Pusat Membeli-Belah, Hotel di Tawau, Sabah

7. Tawau Hills Park

12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah 12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah

  • Air Terjun, Gudang 4, Bal Estate, Tawau
  • Waktu Operasi : 7:00am – 6:00pm (Setiap Hari)
  • Yuran : MyKad (18 tahun ke atas) : RM3.00
    MyKad (18 tahun ke bawah) : RM1.00
    Others (18 tahun ke atas) : RM10.00
    Others (18 tahun ke bawah) : RM6.00

8. Columnar Basalt Balung Cocos

Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos

Masa ruby ke Columnar Basalt di Balung Cocos, teruja tengok batu-batu di sini. Selalu tengok dekat dalam filem je batu-batu unik ni. Tapi bila di Tawau juga ada, ruby rasa bersyukur. Yelah batu-batu ni terjadi disebabkan lava gunung berapi. Columnar Basalt adalah batuan igneus jenis ektrusif terbentuk daripada penyejukan lava basalt yang terdedah sangat dekat dengan permukaan planet atau bulan. Menariknya apabila setiap saiz batu bulat-bulat lebih kurang sama saiz dan membentuk seperti tangga di tebing sungai.

9. Teck Guan Cocoa Museum

Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum Teck Guan Cocoa Museum

Disini anda dapat melihat sejarah koko. Teck Guan Factory adalah pengeluar utama produk koko untuk seluruh dunia. Banyak jenama terkenal menggunakan koko Teck Guan Factory. Di muzium ini anda akan menonton video penghasilan koko dan produk-produk Teck Guan Factory. Anda juga boleh membeli produk Hoko di sini. Dari serbuk koko asli, sehinggalah kepada serbuk segera. Malah sabun dari koko juga turut dijual. Bagi penggemar chocolate seperti ruby, ruby tidak ketinggalan mencuba secawan koko panas, kuih onde-onde hoko, popia koko, chocolate bar dan pop corn koko.

  • Mile 2, Tanjung Batu Laut, Teck Guan Factory, Tawau
  • Waktu Operasi
  • Isnin – Jumaat : 8am to 5pm
  • Sabtu : 8am to 1pm
  • Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum
  • Yuran : RM100 untuk 5 orang

10. Ole-Ole dari Pasar Tanjung Tawau

Pasar Tanjung Tawau Pasar Tanjung Tawau Pasar Tanjung Tawau Pasar Tanjung Tawau Pasar Tanjung Tawau Pasar Tanjung Tawau Pasar Tanjung Tawau

Di Sabah, kalau ke pasar. Mesti bersih. Pelik betul. Pelik sebab bersih sangat. Hahaha. Pasar Tanjung Tawau adalah pasar ke dua ruby pergi setelah ke Pasar Sandakan. Bersih dan mudah untuk membeli belah. Kalau ke Sabah, pasti mak dan saudara mara kirim belikan ikan bilis, ikan masin, udang kering dan amplang. Ikan bilis di Tawau besar-besar dan bersih. Malah sudah siap di kopek. Tinggal untuk dimasak je. Harga? Amat berpatutan siap boleh tawar menawar. Budi bahasa budaya kita, pujuklah makcik pakcik tu. Hehehe.

11. Mutiara & Pakaian di Pasar Gantung Tawau

Pasar Gantung Tawau Pasar Gantung Tawau

Kalau nak cari souvernir selain makanan, Pasar Gantung Tawau adalah tempatnya. Pakaian dari pelbagai corak dan material. Ruby beli seluar kain batik style harem pants. Hahaha. 2 helai RM 60 je makcik tu bagi. Kain tu cantik, masalah sekarang ruby kena slimkan perut ni. Hahaha. Barulah cun pakai seluar tu. Kemudian kalau nak cari mutiara, di sini ada! Macam-macam jenis. Siap dengan pin tudung, jarum peniti lah, lepas tu kerongsang, gelang, rantai leher lagi. Aduh rambang mata. Kipas di atas tu makcik tu jual RM 5 je. Hehehehe. Kami semua beli.

12. Menginap di Promenade Hotel Tawau

Promenade Hotel Tawau Promenade Hotel Tawau Promenade Hotel Tawau

Apa yang menarik di Promenade Hotel Tawau adalah hotel ini bersambung dengan pasaraya Eastern Plaza. Sangat bersesuaian untuk anda yang ingin membeli barang keperluan. Kot kecemasan perlukan tuala wanita, ubat-ubatan atau nak menonton filem. Boleh terus ke Eastern Plaza. Jika anda ingin melawat bandar Tawau, mungkin sarapan pagi tidak diperlukan. Boleh pilih pakej hotel yang bersesuaian dengan aktiviti anda. Harga amat berpatutan di laman sesawang Booking dan Agoda. Rancang percutian anda sebaik dan sejimat mungkin k.

  • Promenade Hotel Tawau
  • Eastern Plaza, Eastern Plaza Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Malaysia
  • +60 89-982 888

12 Perkara Menarik Dilakukan Di Tawau, Sabah

Antara tarikan pelancong di Tawau adalah: Tawau International Cultural Festival, Menara Loceng Tawau, Tanah Perkuburan Perang Jepun, Memorial konfrontasi, Muzium Koko Teck Guan, Taman Negara Bukit Tawau, Bukit Gemok, dan Pasar Tanjung Tawau. Aktiviti-aktiviti ekonomi utama bandar adalah : balak, koko, perladangan kelapa sawit, dan penternakan udang.

Lawatan FAM dianjur oleh Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Gaya Travel Magazine. Ikuti ruby dan rakan-rakan media di social media dengan hashtag #SeaYouInSabah. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Tawau, Sabah.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال