Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad

Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad

Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad. Assalammualaikum semua! Pada Jumaat yang lalu, ruby berkesempatan hadir ke Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018 di PWTC dan baru ruby tahu wujudnya WADIRA FELCRA, ia adalah program untuk wanita kepada peserta FELCRA Berhad. Selain suami sibuk menguruskan pertanian. Isteri boleh menjana pendapatan dengan menjahit, mengandam, menjual produk makanan dan sebagainya.

Semasa program Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018 di PWTC, ruby dapat lihat beberapa program dari FELCRA yang membantu peserta FELCRA. Jika peserta FELCRA mempunyai anak-anak, boleh masuk ke Kolej FELCRA, ia adalah kolej bersama UiTM. Malah disediakan pinjaman pelajaran. Jika pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang, pasti pinjaman akan bertukar sebagai biasiswa. Bagus kan? Anak-anak FELCRA juga bijak pandai. Tidak dinafikan!

Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad

Semasa sesi temu bual bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad. Ruby tertanya-tanya apakah fungsi SERANTA? Ingatkan Datuk cakap berkenaan jawatan beliau adalah Head of Regional Director FELCRA. Hahaha. Rupanya SERANTA! Lagi satu, ruby ingatkan SERANTA hanya ada di FELDA sahaja. Jadi, sesi temu bual ini banyak maklumat yang ruby dapat dan berbangga dengan tertubuhnya unit SERANTA FELCRA.

Unit SERANTA FELCRA Berhad adalah unit yang memantau isu-isu semasa peserta dan mengadakan sesi penerangan di setiap negeri seluruh negara diketuai seorang Ketua Pegawai SERANTA dan dibantu dua Timbalan serta 14 Pegawai SERANTA FELCRA di setiap negeri. SERANTA FELCRA dirasmikan pada April 2017 oleh YABhg Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Kinabatangan, Sabah. Kewujudan unit ini adalah cetusan idea YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wllayah

Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad


Fungsi SERANTA FELCRA Berhad

Ia adalah unit paling bongsu di dalam FELCRA Berhad. Mengaspirasikan hasrat kerajaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang ingin merapatkan jurang diantara agensi kerajaan, rakyat iaitu peserta Felcra sendiri dan diterjemahkan oleh YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob ; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Digerakkan oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin; Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad. Maka, SERANTA FELCRA memainkan peranan mendekati dan mengisi jurang yang ada diantara birokrasi kepimpinan kerajaan dari peringkat negeri bersama penduduk tempatan agar mendapat maklumat dan maklumbalas segera.

SERANTA FELCRA terdiri dari pengarah negeri dari pemimpin-pemimpin tempatan yand dikenali diperingkat negeri dan terlibat dalam NGO dan kepimpinan kawasan. Jelajah FELCRA di peringkat negeri lebih dekat dengan pekerja dan peserta. Sesi taklimat dan bersosial bersama kepimpinan dan peserta dapat mengusulkan permasalahan dan maklumbalas secara santai.

Aktiviti & Perancangan SERANTA FELCRA

Gerak kerja SERANTA FELCRA adalah memberi penerangan kepada peserta dan penduduk kampung. Teknologi yang sedia ada mungkin memberi maklumat yang tidak tepat dan mungkin mengelirukan rakyat. Peserta bertemu dengan kepimpinan setiap negeri, kemudian SERANTA FELCRA mengkaji sosio politik, sikap, penerimaan penduduk luar bandar, peserta dan apa yang difikirkan oleh mereka.

Setiap negeri memberi maklumbalas berbeza. Ini kerana latar belakang berbeza. Dari situ dapat dikenal pasti bagaimana ingin mendekati peserta. SERANTA FELCRA menggerakkan dan meyakinkan bahawa kita berada di dalam pentadbiran yang baik. Peserta luar bandar bagus memberi pendapat dan idea. Apa yang mereka inginkan dan aspirasi. Berikut adalah pelan yang ingin dilaksanakan oleh SERANTA FELCRA

  • Pembangunan Usahawan Bersama Belia
  • Persatuan Wadira dari Kalangan Isteri-Isteri Peserta
  • Konvensyen Perdana Wadira Felcra

Harapan & Hala Tuju WADIRA FELCRA

Bercakap tentang WADIRA FELCRA, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berbangga dengan program Konvensyen Perdana Pertubuhan Wanita Dinamis Felcra (WADIRA) baru-baru ini. Ia adalah buat julung kalinya diadakan dan mengumpulkan kesemua WADIRA seluruh negeri. Malah ia dapat membantu Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berjasa kepada ahli keluarga peserta FELCRA.

Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad
Dari kiri YBhg, YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad; YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Datuk Zulkarnain Md Eusope, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad; YBhg. Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad.

Konvensyen selama dua hari itu menjadi titik penting memandangkan WADIRA ditubuhkan sejak 1979 memerlukan transformasi selain pendekatan baharu untuk meneruskan legasi pembangunan wanita FELCRA di negara ini. Program konvensyen ini telah dijalankan secara interaktif menerusi sesi dialog dalam usaha membantu peserta bertukar pandangan serta memberi input untuk memperkasakan lagi WADIRA.

Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad
Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mengiringi YBhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ; Ikon Inspirasi Wadira 2018


Lebih teruja, kehadiran isteri Perdana Menteri, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyempurnakan perasmian konvensyen dan dilantik sebagai IKON INSPIRASI WADIRA 2018 berjaya menyuntik sema­ngat pertubuhan itu dalam memperjuangkan nasib dan kepenti­ngan ahli-ahlinya. Apatah lagi beliau cukup dikenali sebagai individu yang banyak memberi sumba­ngan kepada pembangunan sosio ekonomi dan kualiti kehidupan rakyat khususnya wanita dan kanak-kanak.

WADIRA merupakan sebuah organisasi wa­nita yang bertindak sebagai penyelaras dalam merencanakan aktiviti-aktiviti sosial dan ekonomi untuk FELCRA. Antara objektif WADIRA adalah melahirkan wanita berpengetahuan, maju, progresif dan dinamik. WADIRA ditubuhkan pada 1979 menerusi projek FELCRA Berhad Seberang Perak. Sejak itu, WADIRA diwujudkan di kawasan perkampungan FELCRA Berhad ataupun di perkampu­ngan berhampiran projek FELCRA yang mempunyai penempatan peserta yang ramai.

Sehingga kini, terdapat 83 WADIRA ditubuhkan di projek yang berpenempatan dengan keahlian seramai 17,562 orang. Wadira turut aktif menjalankan perniagaan restoran dan perkhidmatan katering, salon dan spa, perkhidmatan pengurusan inap desa, jahitan tudung dan telekung, tenunan songket, perusahaan mi kuning, roti dan pastri, lebah kelulut, pengeluaran dan penjualan kerepek dan makanan di atas jenama Wadira sendiri.

Wadira mampu menonjolkan diri sebagai pertubuhan wanita yang berketrampilan khususnya dalam mengharu­ngi cabaran ekonomi masa kini. Wadira adalah lambang kejayaan pembangunan wanita Felcra yang legasinya akan berterusan selaras dengan kejayaan dan pembangunan ekonomi negara. Kemajuan arus ekonomi perlu bergerak seiring dengan Wadira bagi memastikan ia terus dinamik dalam memperju­angkan kepen­ti­ngan wanita Felcra. Felcra memperuntukan bantuan pengubahsuaian bangunan dan pusat aktiviti ekonomi tidak lebih daripada RM15,000 selain menganjurkan kursus, latihan dan bengkel dalam usaha meningkatkan penge­tahuan ahli Wadira. Manfaat ini terdapat di dalam Pelan Transformasi WADIRA FELCRA 2018-2022

Biodata Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris

Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad
Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad

  • Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan di Leeds Metropolitan University yang kini namanya Leeds Beckett University, UK
  • Anak Malaysia pertama diberikan penghormatan untuk membentangkan tesis PhDnya di Parlimen Britain pada 14 Mac 2005. Pembentangan beliau mengenai teknologi nano yang masih baru pada ketika itu dan membuatkan para tetamu terhormat dan saintis yang hadir di House of Common terpegun.
  • Setiausaha Sulit Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
  • Ketua Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Taman Setia Burung Kuala Trengganu
  • Ketua Pemuda Cawangan Cawangan Taman Setia Burung Kuala Trengganu
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
  • Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad
  • Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH)
  • Ketua Pengarah SERANTA FELCRA Berhad
  • Suami kepada pereka dan pemilik jenama fesyen terkemuka BIANCO MIMOSA iaitu Datuk Ida Suraya Mustapha
  • Dilantik sebagai Ikon MIMOSA MEN

Video Perasmian Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA 2018 & Sesi Temu Bual Bersama Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris

 

www.felcra.com.my
www.facebook.com/felcraberhad.official
www.instagram.com/felcraberhad_official
www.twitter.com/felcraberhad

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال